Bagi peminat ais krim terutamanya ais krim durian kan!
Wah kemai ek, dah ler ais krim durian lepas ais krim durian musang king plak tu kan
Kualiti nostalgia King’s Potong sememangnya tidak dapat dinafikan. Selama 40 tahun, King’s telah menghidangkan ais krim 'Potong' yang disukai ramai. Ia mengimbau kembali kenangan zaman dahulu dengan perisa yang diilhamkan dari Asia. Dengan hasil kualiti yang sama, kenikmatan yang diberi oleh rangkaian King’s Potong Gold sentiasa dijanji menerusi perisa 'Potong' yang berkualiti kerana ia diperbuat daripada hanya bahan-bahan berkualiti.
Para pengguna kini boleh menikmati rasa syurga dengan Ais krim Mao Shan Wang (Raja Musang) baru hasil keluaran King’s Potong Gold. Diperbuat dengan 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) dari Malaysia serta bebas daripada sebarang perasa tiruan, ais krim batang ini sama enaknya dengan yang asli. Penggemar durian akan teruja dengan rasa ais krim King’s Potong Gold ini yang enak pahit manis berserta dengan aroma yang begitu menggoda sekali. Adunan santan yang menambah kemewahan kepada perisa ais krim baharu ini pasti akan menarik perhatian pengguna, termasuklah mereka yang cerewet cita rasanya.
Bagi kebanyakan orang, menikmati seulas durian bagaikan rasa syurga yang boleh membangkitkan deria. Di sebalik duri yang tajam itu terserah kemanisan bak kastard berkrim yang menakjubkan, jadi tidak hairanlah buah ini diberi gelaran 'Raja Buah'. Walaupun terdapat pelbagai pilihan gred dan jenis durian di pasaran, ramai penggemar durian akan mengangguk kepala sebagai tanda setuju bahawa durian Mao Shan Wang (Raja Musang) sememangnya berada di senarai teratas. Rasanya yang pahit manis berserta dengan isinya yang lembut keemasan bak baldu adalah apa yang membuat durian gred ini antara yang tertinggi, jika bukan yang terbaik, di pasaran. Untuk memastikan bahawa Ais Krim Mao Shan Wang (Raja Musang) keluaran baru King’s Gold Potong sentiasa diperbuat daripada 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) dari Malaysia serta bebas daripada sebarang perasa tiruan, ahli panel perisa kami menggunakan kaedah sensorial rasa untuk membandingkan spesies campuran normal durian dan spesies Mao Shan Wang (Raja Musang) dengan jelas. Kaedah ini memastikan ketekalan profil setiap kelompok durian yang diterima daripada pembekal sentiasa memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Pasukan kawalan kualiti juga melawat pembekal di lokasi setiap tahun bagi memastikan pematuhan kepada keselamatan makanan dan juga kualiti produk yang dibekalkan.
Sedapnye nampak ek!
anak-anak ni kan ais krim memang favourite diorang tak kira apa flavour pun
Tapi aku tak makanlah so bebudak office aku ni yang jadi mangsa untuk ais krim tester, suka je diorang ni ek
Edisi terhad Ais Krim King’s Potong Gold Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) boleh didapati mulai April 2016 di pasar raya terkemuka, pasar raya besar dan kedai serbaneka terpilih pada harga RM3.80 sebatang (60ml) atau RM21.90 bagi sekotak enam batang.
Mengenai King’s Ice Cream
Sejak tahun 1975, King’s telah berkembang menjadi salah satu jenama ais krim terkemuka di Singapura dan Malaysia. Kepelbagaian produk ais krim King’s Potong tradisional serta ais krim premium King’s Potong Gold adalah bukti kepada dedikasinya untuk menawarkan produk inovatif berkualiti yang boleh dinikmati oleh ramai.
Mengenai F & N Creameries
F & N Creameries, Bahagian Ais Krim yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Fraser & Neave, menawarkan portfolio pelengkap produk ais krim untuk memenuhi segmen pelanggan yang pelbagai. Syarikat ini berhasrat untuk menjadi pengeluar utama ais krim terkemuka di pasaran ASEAN yang kini sedang berkembang dan menguruskan jenama ais krim sendiri yang terdiri daripada portfolio kegemaran ramai sepanjang zaman seperti MAGNOLIA, KING'S, JEWEL dan jenama GOLD MEADOW.
Mengenai Fraser and Neave, Limited ( 星狮集团 )
Ditubuhkan pada 1883, Fraser and Neave, Limited (“F&N”) adalah peneraju Kumpulan Pengguna Asia tenggara dengan kepakaran dan kedudukan utamanya di dalam industri Makanan & Minuman serta Penerbitan & Pencetakan.
F & N menyediakan sumber utama dan menetapkan hala tuju strategik untuk anak-anak syarikat di kedua-dua industri sebagai usaha memanfaatkan kekuatannya dalam bidang pemasaran dan pengedaran; penyelidikan dan pembangunan; jenama dan pengurusan kewangan; serta pengalaman pengambilalihannya yang sudah mencecah tahunan.