Lately ni banyak plak produk kesihatan dan kecantikan muncul bagai cendawan lepas hujan kan hehehe kemain dramatik bagai ayat ek.
Baru-baru ni aku sempat ke majlis pelancaran produk Transbella dari Zenia Beauty ni. Terima kasih kepada blogger gorjes mak si sheindong iaitu blogger
Suraya Sulatin yang sudi mengajak mak pompuan moks yang tak berapa cantik tapi comelnya ade hehehehe…
Majlis di adakan di Teh Tarik Place, The Mines Seri Kembangan, nasib baik tau tempat dan dekat dengan umah ek kalau tak mesti lambat sampai hehehhe. Sebab sampai awal apa lagi sempat bergambar dengan blogger-blogger yang gorjes dan meletops ni ek sambil nak tunggu event start. Kemain memasing ikut warna tema tau purple, nasib baik ada baju kalau tak malu la mak kan sebab rasa terasing di situ.
Ok ok event start..
Nak tau emcee pada majlis ni of courselah Diva Azwan Hj Ali atau lebih di kenali dengan Diva AA, senantiasa dengan tongkat sakti untuk handphonenya sebab senang nak selfie katanya. Hah ko memang meriah oo event tuh, biasalah kan kerenah Diva AA siapa yang tak kenal kan. Non-stop bercakap je macam bertih goreng semata-mata untuk hiburkan kitaorang bloggers ni ek.
Majlis di mulakan dengan kata-kata aluan daripada Co-Founder Transbella, Blogger
Suraya Sulatin, bercerita mengenai Transbella dan juga Transgluta, dan juga berkongsi pengalaman beliau sendiri yang mengamalkan produk ini. Ternyata kesannya, boleh nampak kak Sue makin cantik. rupanya ini lah rahsia kecantikan kak Sue ye. Dialah co-founder dan dia jugaklah jadi testimonial. Baguslah kan so baru orang nak percaya produk dia.
Meh citer sket mengenai Transbella ye
Transbella adalah produk anti-aging supplement yang memberikan 5 kali whitening power booster, mampu mencerahkan jeragat serta dapat meningkatkan tekstur kulit muka menjadi tegang, melembutkan serta bebas jerawat. Di samping itu juga, Transbella juga dapat meningkatkan skin complexion dan memberikan kulit muka yang putih cantik berseri dengan mengamalkannya sebiji setiap hari, anda pasti akan nampak perubahannya.
Untuk pengetahuan korang, Transbella mengandungi Ekstrak Yis, Serbuk Mutiara, Ekstrak Sakura, Vitamin C dan jugak Collagen Trepeptide.
Seperti diterangkan pada hari itu, Transbella boleh diamalkan oleh mereka yang berumur antara 16 - 60 tahun, wanita mengandung 6-7 bulan ke atas dan juga wanita yang menyusu bayi lebih dari 6 bulan. bukan sahaja wanita, lelaki juga boleh mengamalkan Transbella untuk dapatkan kulit yang sihat dan bersih.
Bagi mereka yang alergik pada kolagen, korang boleh amalkan Transgluta. Supplement yang fokus pada pemutihan seluruh badan. Transgluta yang berbentuk kapsul sangat mudah dimakan. Dengan mengambil 1 biji sebelum makan dan 1 biji sebelum tidur selama 7 hari dan pada hari ke-8 seterusnya, boleh amalkan sebiji je sehari. Sepanjang mengambil Transgluta ini, pasti akan nampak perubahan ditubuh badan dimana tiada lagi warna kulit yang tidak sekata. atau senang cerita, no more sunburn ok.
Gituh citernya kan.
Salah seorang pengguna Transbella, Cik Intan Dayana jugak berkongsi pengalaman beliau dari sebelum mengamalkannya, sehingga lah sekarang, perubahan yang nampak ketara pada dirinya. Memang nampak perubahannya hari demi hari, beliau mengamalkan produk Transbella ni selama 3 bulan tau.
Oh ye Duta Transbella, Atita Haris tak ketinggalan juga berkongsi cerita pengalaman beliau mengamalkan Transbella setiap hari. tengok la secara live, memang cantik orangnya selalu tengok kat Instagram je kan. Flawless sungguh muka dia ek, ermm memang patut aku makan Transbella ni lah.
Majlis dimeriahkan lagi dengan gelagat Diva AA yang mengajak tetamu menari sambil mempromosikan Transbella dan salah sorang penarinya aku lah kann hahahahahha, kak Sue memang saje je ek pilih aku. Hah amik ko kena follow Diva AA menari sambil memegang Transbella, rasa cam kayu je aku menari hahahahha tapi seronok sebenarnya gelak tak henti-henti je kat atas pentas comel tuh.
dapat jugak transbella dan transgluta untuk di cuba ek, ishk tak sabar lah
founder dan co-founder Transbella, Ms Anny dan K Sue
Oh ye, last but not least acara memotong kek di adakan sebagai tanda majlis pelancaran Transbella sampai ke kemuncak.
Ya ampun, sedap wei menu istimewa pada petang tuh yang di sediakan khas untuk kitaorang iaitu Chicken Chop with Dragonfruit sauce, memang sedap bila makan panas-panas kan
Harga untuk kedua-dua produk ini adalah:
Transbella 30 tablets,
berharga RM80.00
Transgluta pula 30 kapsul,
berharga RM69.90
Promosi lagi menarik, setiap pembelian free postage. Syiok kan!
Untuk info lanjut boleh la layari
FB :
Instagram :
Email : zenia.sales@gmail.com
Hotline : 013-6915915 / 019-3173715
Aku baru je cuba makan Transbella jugak, baru hari kedua. Belum nampak lagi perubahannya sebab aku makan sebiji sehari lepas tu boleh terlupa plak nak makan kan, hauhauahuha sengal lah kan.
Nantikan perubahan pada aku ek
Thanks Kak Sue for the exclusive invite ni ek…