Showing posts with label happy birthday cik lily putih. Show all posts
Showing posts with label happy birthday cik lily putih. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Happy 35th Birthday Cik Lily Putih

Hi Korang,

Jumaat lepas genap umur aku 35 tahun. 

Sekejap je rasanya.

Aku sendiri pun tak sangka, pejam celik pejam celik dah meningkat lagi setahun umur. 


Tak de apa pun celebration, hari tuh ktorang just pi makan dan tengok wayang je. Alah malas nak beria sangat lah celebrate coz da jadi remaja purba kan.


Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Asalkan apa yang baik, aku tetap bersyukur.


Kepada kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang  semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.


Penuh timeline facebook, twitter, instagram dengan wish korang tapi aku suka sangat.


I love you korang...


Friday, September 7, 2012

34 Is Just A Number, Happy Birthday Cik Lily Putih

Hi Korang,

Genap 34 tahun aku diizinkan bernafas di muka bumi ini semalam 6th Sept. 

Ye aku sendiri pun hampir terlupa di buatnya. Sambil aku menyusun schedule event/ kerja/ advertorial untuk bulan ni, tup-tup Mr Big tegur 'Ai 6hb pun ada event ke, tak kan tak ingat hari apa kan?' Termangu aku sekejap depan buku planner ni dekat 10 minit sambil duk memikirkannya.

Until Mr Big suruh aku keluarkan IC dari purse dan tunjukkan kat aku then baru aku teringat kan. Ishk Melayu Memang Mudah Lupa lah. Lately ni penyakit lupa dah mula melekat sejak awal 30 an lagi dan aku rasa akan terus menular kalau aku lambat bertindak

Thank you Don

Ermm ada apa dengan 34?

Bagi aku ianya sekadar nombor yang akan berubah setiap tahun. Lifestyle tetap sama lagi, walaupun aku ni nampak cam gila-gila but I learn a lot with people around me this entire life. Mana yang elok aku ambil jadikan pedoman dan yang mana buruk aku tinggalkan sebab benda-benda begini mematangkan diri aku lagi.

Birthday Celebration?

Tak sempat pun nak buat dek sebab sibuk kan but next weeknya plan pi honeymoon untuk yang keberapa kali pun aku tak ingat dah


Harapan tahun ni?

Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Aku dah start dengar orang cakap yang aku ni mandul tak boleh beranak kan yang mana datangnya dari mulut orang yang paling respect sekali. Memang tak sangka betul, tapi apakan daya aku cuba boleh bersabar, bersabar dan bersabar. 

Kepada 142 orang kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.

I love you korang...

CLP notes : Amat susah menulis mengenai perasaan, emosi akan turut terganggu...










Tuesday, September 6, 2011

Cik Lily Putih Turns 33

Hi Korang,

Macam tak caya kan? Itulah realitinya. 


Dah 33 tahun aku hidup kat dunia nie. Dah macam2 pengalaman yang aku tempuhi. Baik suka, duka, ada duit, tak de duit, duit terlebih, bank cari suruh bayar hutang, muka masuk suratkhabar, gaduh dengan orang sana sini dan memacam lagi lah. Itu belum kira buatkan mak aku nangis, aku gaduh dengan ayah aku, pukul adik aku lagi kan.. Ishkk ganas sungguh bunyinya kan. Ternyata memang seronok. 

My Wish..

Hopefully berbahagia hendaknya dengan Mr Big yang tersayang walaupun lately ktorg suke nau gaduh2 manja kan. Rasanya aku dah ready kot untuk build up a family. Workwise, aku still cam catch-up lagi dalam bidang yang aku rasa mencabar nie kan. 


Duniawi dah ok kot but Ukrawi still struggle lagi untuk memperkemaskan lagi ibadah walaupun kekadang2 terbabas.

Korang, thks for all the wishes kat FB, Twitter, Email, SMS, yang call. Really appreciate that. Rasanya lebih 200 orang yang wish and number still increase lagi tau. Untung aku majoriti doakan aku cepat dapat anak tuh.. Suke sesangat.

Umur je dah 33 tahun tapi perangai, masyallah... Mr Big sampai tak sesebut nak cakap kan hehehe. Yang penting makan makin kuat okehhh...

Apa pun I love my life and people around me..

P/S : Mano lah Mr Big nak bawak aku pi makan malam nie ek.. Dia suruh pakai cecantik sket je tadi.. Ishkk musykil betul lah.