Showing posts with label halal chinese food. Show all posts
Showing posts with label halal chinese food. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Makan Tengahari Sempena Promosi CNY Di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

Hi Korang,


Lama betul tak kemari ek, yelah sejak dari food review untuk Krismas tahun lepas kan.


Bila diaorang jemput ke promosi Chinese food sempena CNY ni, haruslah jangan lepaskan peluang kan sebab tak nak miss yee sang tuh. Hehehhehe




Kita semua tau kan Tahun Baru Cina merupakan sambutan yang berkaitan dengan get together dengan family setelah berhempas pulas kerja sepanjang tahun kan, sebab tu bila petang CNY eve, diorang ni ada Reunion Dinner atau makan besar. Semua ahli keluarga balik ke pangkuan keluarga untuk makan bersama-sama. Ewah kemain ayat aku kan. Hahahaha

So of courselah mesti ada Yee Sang. 

Yee Sang ini macam makanan yang macam ala-ala salad yang di gaulkan sekali bersama bahan-bahan perasa yang tersendiri. Yang best tu semua orang memang kena gaul ek, lagi tinggal kita angkat bahan-bahan yee sang ni lagi bernasib baiklah kita untuk tahun ni. Itu kepercayaan orang Cina lah.


Ada beberapa jenis Yee Sang yang disediakan oleh Chef Patrick dan krewnya di Tung Yuen Chinese Restaurant ni iaitu Tuna and Abalone Yee Sang, Salmon Fish and Pacific Clam Yee Sang, Salmon Fish Yee Sang dan juga Vegetarian Yee Sang. Harga bermula dari RM38.00++ hingga ke RM 330.00+, sesuai untuk seminium 2 orang makan lah.

Mehlah tengok di antara menu yang menjadi hidangan ktorang untuk tenghari tu ek

Yee Sang with Salmon Fish

Fried Rice with Pumpkin Cube and Chicken

Roasted Chicken with Chinese Herbal Sauce

Baked White Prawn with Chrysanthemum Tea Leave and Creamy Milk

Stewed Fried Fish Maw with Crab Meat Roll and Broccoli

Braised Assorted Dried Seafood Soup with Dry Scallop and Crab Meat

Chilled Longan with Sea Bird Nest (Seaweeds Jelly) and White Fungus

So menu makanan ini akan di hidangkan sekali dengan menu yang lain mengikut pakej yang telah pun di sediakan yang di panggil Golden Prosperity CNY Set Menu yang sesuai sekali menjadi hidangan untu keluarga dan company gathering atau pun dengan kengkawan kan

RM 888.00+ (Set 1: 7 course)
RM 1,128.00+ (Set 2: 7 course)
RM 1,288.00+ (Set 3: 8 course with Shanghai Pancake)
RM 1,388.00+ (Set 4: 9 course) 
RM 2,888.00+ (Set 5: 8 course)


Set menu ini boleh di dapati setiap hari, semasa lunch mahupun dinner, just nice untuk 10 orang sekali makan semeja.

Promosi Gong Xi FaChai Chinese food Grand Blue Wave Hotel ni bermula dari 19hb Januari - 6hb Mac 2015.


Jom kita ke

Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level 1,
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

ini bukan bos aku ek... hehehe

Apa tunggu lagi, meh suruh bos korang banjer ek..






Wednesday, January 14, 2015

Dinner Di The Emperor, Grand Dorsett Subang

Hi Korang,


Citer makan-makan lagi yeah..


Kah Peng dan May (team Dorsett) yang ajak makan ni sebenarnya. Yelah sebab dah lama collaborate dengan diorang ni, so kira cam appreciation dinner lah.

Ermm makan sedap di The Emperor Chinese Restaurant, first time ni so excited nak cuba. Tak ramai pun yang ada, blogger Evelyn dan husbandnya, aku dengan Mr Big dan kak Ezzah Aziz Fawzy dan suaminya alah yang pengacara rancangan Nona dulu tuh. 




Siap ada demo lagi cara Peking Duck tu dihidangkan ek

Mehlah tengok yang menjadi santapan kitaorang malam tuh ek

Four Hot and Cold Combinations 

Sliced Abalone with Fish Maw and Spinach Soup


Emperor Peking Duck with Condiments

Peking Duck Sauteed with Spring Onions

Cod Fish Baked with Black Pepper and Green Vegetables

Wok-fried Tenderloin Beef Cube with Black Pepper

Stir Fry Asparagus

Fried Noodles with Fresh Water Prawn and Superior Sauce

Double-Boiled Bird's Nest with Ginseng adn Dried Longan


Chilled HoneyDew Melon with Sago and Ice Cream


Banyak kan.

Itulah sampai sneak-senak perut dibuatnya.

sempat lagi celebrate birthday husband Kak Ezzah


Nasib baik banyak topik yang di borakkan so tak delah rasa boring sangat citer pasal makan je. Ktorang banyak citer pasal banjir, pets, exercise dan memacam lagi lah.

Nak cuba,


DORSETT GRAND SUBANG

Address:

Jalan SS12/1,
Subang Jaya 47500, Malaysia 

Email:

Telephone:




Sekali sekala makan lain daripada biasa sedap jugak kan.