Showing posts with label great performance. Show all posts
Showing posts with label great performance. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Weekend Dengan BMW 320i Sport

Hi Korang,

Lambat sket update lah sebab tup tup kena demam ngada2 plak. Yelah dah nak weekend boleh demam plak kan, baru je nak pi bergumbira.


So masa aku update blog ni, aku tak de kat KL. Ktorg ada weekend gateway ke pantai timur. Dah sampai pun pun even demam2 gak kan. Siap dah lepak2 lagi kat sini. 


Comey je kan kunci kete baru aku ni. Bukan kunci pun but indicator untuk di cucuk kat dashboard. Tak de bende alah ni confirm tak leh nak gerak langsung.

Nanti lah aku update pasal  BMW 320i Sport ni, ternyata lagi best. Tak sia-sia beli kan. Hehehhe

Yang penting BMW okeh. Kaw hadoh ke?


Have A Great Weekend Korang...

Wednesday, July 27, 2011

Terasa Muda Kembali @ David Archuleta Asia Tour Concert, Stadium Negara KL

Hi Korang,

Baca tajuk ke dah geli kan ketiak korang kan? ermm aku pun rasa gitu gak. Dah lah mr Big kata concert hadek2  noks.. Ishk geram aku.. Sudahnya aku pi tengok sorang je malam tadi.


Aku dapat tiket konsert David Archuleta ni coz menang Digi Evangelist Contest hari tuh. So pi lah collect semalam kat Nuffnang office. Ingatkan free seating rupanya VIP uols. Terkesima kejap dibuatnya. 

Di sebabkan mr Big malas nak pi so aku pi jelah sengsorang. Ok je aku coz DD dah ada tunggu kat sana. Dalam tiket stated kul 8pm start tapi aku kuar rumah kul 8pm gitu sampai 8.45pm pun konsert belum start lagi. Tengah borak2 dengan DD, ktorg di mintak tukar tempat. Yeah! maknanya dapat duduk lagi depan lah kan. 


Tapi bila dah duk depan, si RELA ni plak sibuk tak bagi amik2 gambo plak. Ishk nasib baik aku bawak 2 camera, so compact untuk amik gambo dekat2 DSLR utk shoot jauh. Nasib baik si DD tukang cover bila tu aku guna yang beso tuh.


Persembahan David Archuleta, ermm memang amazing bak kata Thara. Tak sangka budak umur 22 tahun ni leh menang American Idol kan. Suara dia sedap di tambah dengan hensem plak tu kan. Lagu2 yang dia bawak semua best2 dan ada juga lagu lelama yang aku leh nyanyi sekali tau. Teringat plak zaman muda2 dulu, aku pun cam gituh jugak, terjerit2 masa pi tengok konsert Peter Pan dulu, terasa muda plak lah.


Memang David Archuleta ni menjadi kegilaan bebudak pompuan remaja masa kini lah. Dia muncul depan stage je dah terjerit2, baru nyanyi sket terjerit2, dia bagi flying kiss pun semuanya terjerit2 lah. Pendek kata boleh cair tahi telinga aku lah, dah kiri kanan atas bawah menjerit kan. 

Aku tak tunggu sampai abis pun coz malas nak berebut2 balik dengan diorg ni semua kan. Dalam kul 9.30pm  cam tu aku dah kuar dari stadium negara tuh but sempat amik few long shoot yang cantik2 gaklah. Banyak gambo amik but malas nak letak, boleh??


Anyway, David Archie you really rocks my nite..

TQ Digi Telco dan jugak Nuffnang.


Monday, June 13, 2011

Gala Premiere of Magical Musical @ Sunway Lagoon

Hi Korang,

Last friday ktorg dapat invitation ke Magical Musical kat Sunway Lagoon amphitheatre. Ermm semuanya under AMBP project. Untung wei ye lah, memula dapat pi flash mob, kemudian minggu lepas dapat pi behing the scene and now dapat jugak pi Gala Premiere Magical Musical ni.

Blue Zone okeh

Sign dulu guest book

Masa registration sempat borak2 with Shemah, Camie, Dusty. Lepas amik ticket then terus hang out dalam Sunway Piramid kejap. By the time kuar balik, beratur punya panjang but nasib baik flow moving kan.

Pintu masuk

Nampak cam kecik tapi beso sebenarnya

Masuk dalam amphitheatre , uit ramai betul orang. Semua tengah sibuk cari seat memasing kan. Rupanya aku duk sebelah bella kat blue zone. Not bad jugak viewnya.


Mula dengan Mr Aaron from Sunway give some speech sket then followed by Chris and David as wakil from West End Production. Apalagi shows begin lah. Rupanya masa behind the scene yang aku tengok hari tuh is part one. So kira oklah sebab aku dah tahu jalan citer pasal Magical Musical ni.









Ada intermission sekejap 15 minit. Then sambung balik untuk part two. Masa part two ni, cerita mereka selepas 5 tahun. Semuanya dah bergelar artis dan celebriti so more and more singing and dancing. Lagu2 plak makin best rasa cam nak joget plak time tu lah.






Show di akhiri dengan lagu2 evergreen which is taken from glee, mama mia dan memacam lagi lah. Aku sempat juga tanya David Kort kenapa payung tu tak kuar lampu. Nak tau apa dia cakap? hehehe 'Made In China'. Tergelak2 aku dengan Shemah dengar diorg cakap.

We all meet back the ladies blogger last week and plan to go to back stage. Nasib baik tak kene tangkap tau. Dapat jugak ktorg masuk walaupun sekejap je. Dapat jumpa Amanda sekejap je. Thanks to Shemah kids and Christy sister. Kalau tak sampai sudah tunggu diorg bagi signal kan. Itu untungnya pi behind the scene hari tuh.

Camie, Diese,

Shemah, Me and Bella yang sebelah tuh

Bagi aku show ni memang best sesangatlah. Lighting, laser, fireworks, outift sangat2 menakjubkan and the casts pulak memang begitu berkerja keras untuk menjayakan show nie.


Show Magical Musicals Sunway Lagoon sedang berlangsung 10 June – 17 July 2011 at The Amphitheatre @ Sunway Lagoon

Detailsnya ini :
Monday – Thursday @ 7PM
Friday – Sunday @ 7pm & 9:30pm

VIP @RM300
Red Zone @RM250
Blue Zone @RM200
Yellow Zone @RM100



Note : For overall show, mr Big dapat amik 500 shoot je dari tempat duduk ktorg. Tak dapat aku nak upload semua kat blog ni kan. Nanti lah aku letak kat facebook aku ek..

Monday, May 30, 2011

Best Join Flash Mob, Dapat Hadiah Pulak Lagi

Hi Korang,

Sabtu lepas aku dengan Mr Big sempat pi Sunway Piramid untuk join Flash Mob bagi Magical Musical yang akan di adakan bulan Jun nanti. Sebenarnya aku sesaje je register online untuk join flash mob ni tup tup dapat plak kan.

Masa ktorg sampai Sunway hari macam nak hujan so rasanya tak jadi kot flash mob nie. Keluar je parking je hujan bukan main lebat lagi turun. Berlari-lari ktorg pi kat tempat registration ni. Rupanya flash mob ni diorg buat kat dalam Sunway Piramid so dapatlah join kan.


Lepas makan terus je ktorg pi kat concourse LG1. Rupanya dah ramai yang tunggu. Alamak tempat kecik plak tuh. So ktorg pun cari2 ruang untuk joget lah nanti kan.


Then dengar ada marching band plak, ermm dah nak start lah kan. Tengah duk leka melayan marching band tu, flash mob tu pun start. Ermm totally best, sempoi je diorg dance. Dalam masa 3 minit memacam movement dance yang diorg buat ikut lagu seperti Hairspray, Glee dan memacam lagi lah.


Sebab duk leka tengok diorg joget2 nie, aku boleh terlupa nak join sekali. Bila dah abis baru aku teringat dah Mr Big duk gelak2kan aku kan. Ala x perlah nak buat cam ne kan. Mesti next time ada lagi punya lah.

Kemudian ktorg pi redeem gift yang diorg cakap masa registration. Bukak-bukan envelope rupanya ada :


Tiket untuk tengok Magical Musical pada 24th June

dan juga


Tiket masuk Sunway Lagoon all parks tau yang valid untuk 31st Dec dan juga sepasang jam dari Sunway Lagoon. Wah boleh lah pi bermandi-manda dengan Mr Big kan
Ermm macam tak percaya boleh dapat ni semua. Pegi suka-suka je but memacam dapat.
Apa-apa pun thank you to AMBP dan Sunway Lagoon for all these gift lah.