Showing posts with label goodies. Show all posts
Showing posts with label goodies. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

The Butterfly Project SPA Party @ Posh Nail Spa

Hi Korang,

Suka tak tengok gambar bloggers CUTE di Posh Nail Spa Party kat entry hari tuh. Kalau tak sure yang mana, korang klik je kat ENTRY NI. Haruslah suka kan, awek CANTIK dan HOT mesti korang suka layan kan.


Ok ok ini citer penuhnya.


Aku memang lucky dapat pi Spa Party anjuran The Bufferfly Project ni, sebab ape? Aku actually dah tolak pun coz ada hal lain dan tup-tup tak jadi plak. Dengan tebal mukanya aku slow talk women to women dengan tuan punya The Butterfly Project ni mamasan Tammy.  Nasib baik mood dia baik hari tuh, so dapatlah aku golden ticket ke SPA Party ni.

Disebabkan aku sampai agak awal so aku kene duk kat tangga dulu coz diorg nak surprisekan ktorg kan. So sambil main game mahjong kat iPad ni, aku perasan semua orang so busy sampai aku rasa nak pi tolong je kan. Bila cakap nak tolong terus diorg cakap ala tak per.

Hehehehhe

mana plak flip flop Havaianas aku ni, semua sama je

Dalam kul 12.30 tghari cam tu registration counter bukak, haruslah aku orang first then dapatlah hadiah special dari The BodyShop. Kemudian pi tukar baju coz theme petang tu bathrobe and slippers. Thank you Havaianas for comfy slippers. Pink lagi tau.




Bila masuk dalam party punya area tuh, cantik wei. Balloon sana sini, ada station Manicure, pedicure, TT Mask counter, Fotobox, D.I.Y station, tempat massage dan facial plak bahagian atas. Wah teruja sangat!



cantik kan, sekali sekala je

Terus pi buat manicure dulu. Rachelle tu baik sungguh membersihkan kuku tangan aku dengan tak banyak komplain tau. Ini dia warna yang aku pilih, cantik kan. Sesuai benau dengan jam yang dipakai.


Ok Ayna, hiburkan ktorg dengan lagu ciptaan dia sendiri berserta main ukulele. Pandainya dia ni, jeles mak wokeh.



Sket speech dari Tammy mengenai party ni. Dia pakai cakap je, no script no paper. Siap buat lawak lagi. Tammy memang cam tu, dari dulu sampai sekarang, she’s funny.


amoi cantik

Ada Bloggers Fashion Show tau dari Pink n Proper. Semua koleksi bajunya cantik-cantik but unfortunely aku tak muat pun. Yang jadi modelnya bebudak beauty bloggers gak. Semua aku kenal lah.







Ok berehat makan jap. Suka betul tengok makanan yang dihidangkan, walaupun simple tapi sedap oo. I like fat foods!





cantik kan kaki aku setelah di makeup kan

Buat pedicure plak, memula aku segan jugak but staff Posh ni bebaik je melayan kerenah aku. Abis semua disentalkan daki kat kaki ni siap urut-urut lagi sampai ke betis. Dapat plak kerusi empuk tu, haruslah terlelap sekejap.

with illy comel

bebudak comel lagi, Dalina, izzati dan wida

mira, aida dan sabrina (cantik bathrobe awak sab)

Bergambar lagi dengan diorang ni. Rasa cam muda plak bila dah bercampur dengan adik-adik comel ni kan.



Naik atas plak, nak berurut plak. Tengok list nama bukan main panjang, tapi aku dapat gak cilok dengan mudahnya. Hehehehhe best oo dapat urut-urut sekejap pun jadilah kan.
Tak perasan plak dah nak abis event. Tiba plak acara penyampaian hadiah, aku tak dapat apa pun alah its ok. Janji dapat enjoy, rileks dan hiburkan hati dengan bebudak ni kan.




Terima kasih pada mamasan Tammy yang sungguh bijak menganjurkan partyyyy syiok ni  dan juga  terima kasih pada IllyAyna & Laura yang sudi melayan kerenah beauty bloggers yang giler-giler ni kan.


Thank you Posh Nail Spa yang buat segala kuku aku jadi bersih dan cantik.

Thank you Aspen Spa untuk urutan bahu yang melegakan!


Thank you Good Friends Cafe untuk makanan yang sedap-sedap belaka!


Thank you Tres Chic Party Planner suka theme purple pink!


Thank you Fotobox coz banyak giler aku bergambar dengan diorg yang cun melecun ni!

Thank you Pink & Proper coz fashion baju-baju yang cantik tapi aku tak muat nak pakai lah!


and Thank you Thank you Thank you


coz goodies yang tak terhingga bestnya dan semuanya aku suka dan boleh di jadikan stok sampai tahun depan!!! 


p/s : gambar muka aku dalam ni memang sket tapi bersepah kat blog bebudak comel ni tau...

Wednesday, May 8, 2013

Blogger Coffee Talk 3.0 – Main Bowling Di Hari Pekerja 2013

Hi Korang,

Now baru ada masa sket nak citer pasal ni.

Memang diorg ni (team Blogger Coffee Talk) plan nak beriadah sempena cuti Labour Day 1st Mei 2013 tu kan, memula plan nak main bowling kat Times Square dan tup-tup bertukar venue ke Wangsa Walk.


Oklah Wangsa Walk, senang bagi ktorg nak singgah umah mama kasi kucing-kucing makan nanti.


On that day itself, hati cam berat nak pi coz duk rileks sarapan french toast dengan coffee  dulu kan. Siap kemas umah semua baru keluar. Mr Big cakap, dan lambat ni kita singgah jelah tengok diorg ni main then baru balik umah mama. Aku pun iya kan jelah.



Sampai tempat bowling je, diorg baru je dapat tempat. Apa lagi terus register nama kat pengelola majlis Yana Yassin dan DeqNoor. Bagus budak berdua ni, dedikasi je buat keje. Semuanya diorg yang uruskan, ktorg ni taunya main je kan.

Di antara bloggers yang hadir ialah :

4. Pak Lan
11. Kozumi Ro
12. Deq Noor

Ramai gak lah, ada yang aku dah kenal dan ada gak yang baru first time jumpa.


Tak sempat ice breaking pun, terus je main.






May 1, 2013 | Bowling time by CikLilyPutih on Keek.com


Memasing menunjukkan skill, aku tak de lah sebab aku memang tak reti pun main bowling ni walaupun ada bola bowling kat bawah katil umah. Dulu memang terrer tapi sebab tak praktis kot itu yang tangan jadi pengkar tuh.

1. Pak Lan - 289 mata
 2. Pena Berkala - 252 mata
 3. Melastik Bintang - 244 mata
4. Kozumi Ro - 225 mata
5. Yana Yassin - 216 mata
6. Ziera Zain - 211 mata
7. Deq Noor - 208 mata
8. Syukri Tahir - 193 mata
 9. Big (Hubby Cik Lily) - 165 mata
10. Muhammad Izwan - 159 mata
11. Eazy Izzuddin - 148 mata
 12. Nisa Kay - 117 mata
13. Cik Lily Putih - 99 mata

Tengok ni keputusan lepas 2 game, aku yang paling tercorot sekali hehehehehe… Buang duit je main kan, alah berape ringgit pun nak kira ke. Kira ok lah tu daripada tak de pin jatuh langsung kan




La rupa-rupanya ada hadiah wokeh. Walaupun tempat 13 but still dapat hadiah. Itu lah aku cakap baik pengelola majlis ni. Semua orang dapat hadiah, tak kira apa dalamnya yang penting ada hadiah tau.

Bowler terbaik lelaki dan perempuan Pak Lan dan Yana Yassin dapat hadiah special tau tajaan Kozumi Ro. Diorg dapat duit tuh dan kasut comel. Jeless sangat, kalau ku tau main bersungguh-sungguh tau.

Abis tu pi makan tapi aku tak join pun coz sibuk pi cari usb cable untuk iPad punya charger ni, duk pusing-pusing sampai terlupa nak call bebudak ni diorg pi makan kat ner. Sudahnya ktorg pi makan kat tempat lain.


Anyway thanks to Blogger Coffee Talk punya team coz sudi arrange program beriadah untuk ktorg bloggers ni kan. 

Hopefully lepas ni ada lagilah event sebegini ek.

info link: TQ DeqNoor tau..


Wednesday, March 13, 2013

Nuffnang 6th Birthday Bash


Hi Korang,

Cerita dah basi kot coz aku baru ada masa nak update.

Sebelum tu, meh tengok gambo bebudak gile masa malam party hari tuh ek


Ktorg dapat invitation dari Nuffnang ke birthday party Stickman yang ke 6. Kejap je dah 6 tahun kan. Party di adakan di Lust Club kat area Changkat Bukit Bintang ni.





Ramai gak blogger baru yang hadir. Blogger yang tak berapa muda cam aku ni tak sampai berapa kerat pun. Ok mingle around dulu ek. Say hi to each other.

Opening ada yang macam ala-ala break dance tu ermm shuffle tu lah. Mr Big tak sempat amik gambo pun coz dia kat belakang kan.

Kemudian ada speech sket dari tokeh Nuffnang Mr Timothy Tiah. Cam biasa citer sejarah NN sket, achievement and more coming campaign.


So sebelum start acara bagai, makan dulu ye. Ok beratur ye jangan nak cut ‘que’. Aku tukang jaga meja dulu lah.




Party malam tu simple je, a few games bertemakan ‘Music-Man’. Bagai nak rak meneka lagu pelbagai genre yang sampai tergagap-gagap aku nak jawab. Kemudian ada game humming itulah ini lah. Tapi aku tak join pun, alah kasi chance blogger lain. Aku bagi moral support je.


Ada gak ‘LIVE BAND’ performance dari alah x ingat plak dan Halfpast6. Not Bad gak persembahan diorg, siap aku boleh nyanyi-nyanyi lagi plak.



Ok potonG kek time. Bos kuat sket potonG tu ek...

Seronoknya ke party cam ni bukan apa, dapat kenal-kenal blogger lain jugak kan. Dahlah bebudak ni cakap aku ni sombong kan, so kenalah rajin-rajin but networking mana tau kot-kot ada rezeki baik punya kan pas tuh.


Sempat gak borak-borak dengan orang-orang beso dari team DiGi dan team Genting. Diorg siap cakap apsal dah lama tak join event diorg, merajuk ke… hehehe ada plak cam tuh. Kalau ada masa, boleh je join.



Anyway thanks to Nuffnang coz sudi jemput ktorg berdua lagi untuk tahun ni, awesome party dan great food.

Congrats and all the best to Nuffnang ye…