Showing posts with label gila TV. Show all posts
Showing posts with label gila TV. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

Mencari Jannah Di Maal Hijrah

Hi Korang,

Salam Maal Hijrah.


Tak de buat apa pun hari nie selain merehatkan diri kat umah sambil berblogwalking + tengok tv. Seronok tu tengok tv kan. Macam2 citer yang aku tengok. Dalam bebanyak citer tu, aku tertengok citer nie. Mencari Jannah kat TV Astro Oasis.


So telemovie nie mengisahkan seorang remaja 'Jannah' yang masih bersikap kebudak-budakkan even dia nie dah remaja. Bersikap tak matang dan suka menyakitkan hati keluarganya. One day, dia lari dari rumah kerana keputusan SPM nya yang teruk. So sepanjang pengembaraannya dalam satu hari tu bermacam-macam dugaan dan kesukaran yang dia temui yang membuatkan dia pulang ke pangkal jalan kepangkuan keluarganya.


Bagi aku citer nie bagus.Sesuai untuk remaja yang kat luar sana. Maklumlah zaman remaja nie orang kata yang akan tentukan masa depan kita kan. Yelah sempena maal hijrah nie kan. Elok jugaklah kite nie berubah arah ke arah kebaikkan.

Aku? Akan cuba berubah jugak.

Sunday, October 10, 2010

Raya Musim Luruh

Korang,


Aku baru je abis tengok cerekarama Tv3 nie tadi. Raya Musim Luruh.

Wah tajuk cerita saje sudah gempak. Memula aku ingatkan cerita sedih. Maklumlah cerita raya kan. Rupa-rupanya cerita kelakar tapi banyak jugak pengajarannya tau.

Nah, baca sket sinopsis nie (TQ to Bro FrameStone):-


Comel je Dottie kena marah dengan MakLongnya.


Hah, sedih muka bila x dapat lemang, ketupat kan.

Itulah dia. Kalau dah orang melayu tu melayu jugaklah. Jangan degil cakap orang tua. Syurga bawah tapak kaki ibu. Tapi sebenarnya betul jugak, apa yang diorg buat tu. At least bagi peringatan sket buat anak2 yang x nak balaik beraya kat kampung kan.

Anyway, cerita nie kelakar lah. Yang best tu siap ada ikrar family lagi tau.

p/s: Sekarang nie tengah layan citer Pendekar Bujang Lapok plak kat CH 132 (Astro Warna)

Thursday, September 23, 2010

Episod Akhir Epilog Syurga Cinta - Memang Di jangka!

Hi Korang,


Aku baru je abis masak lepas tengok episod akhir citer Epilog Syurga Cinta nie. Memang dah di jangkakan kata mr Big. Mesti happy ending. Eventho 1/2 jam yang pertama tu menampakkan Siti Syuhadah masih lagi dengan egonya yang tinggi.


Lepas je Irham berterus terang dengan Mia yang dia adalah ayahnya, Mia menangis tak henti2 sebab takmau percaya tentang hakikat itu. Tapi akhirnya beralah dan terus mengajak Irham mencari Cikgu Siti.


Sebelum Cikgu Siti pulang ke teratak untuk berkahwin dengan Ustaz Ryan, sempatlah jugak dia ke rumah Irham untuk berjumpa kali terakhir sebelum dia menjadi isteri. Tapi sampai disana, dia dengan tidak sengaja terpandang gambar Irham sewaktu kecil dan dia teringat bahawa Irham inilah yang dicari2 selama ini. Apakan daya, janjinya kepada Ustaz Ryan harus di kotakan. Dia terpaksa jugak berkahwin dengannya.


So di terataklah segalanya terbongkar, kisah cinta Irham dan Xeera yang lalu, pertemuan Cikgu Siti dan Irham di jeti dan segala2nya lah. Setelah atuk memberi kata2 nasihat kepada mereka berempat, so dapatlah kata sepakat.



Seperti yang mr Big cakap, mesti happy ending. So memang happy ending pun, Irham disatukan dengan Cikgu Siti dan Suhaila dengan Ustaz Ryan dan yang paling bahagia sekali Mia lah.

That's all geng!