Showing posts with label geng tali barut. Show all posts
Showing posts with label geng tali barut. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Kenduri Kahwin Anak Blogger Kak Ina KL

Hi Korang,

Walaupun banyak nau aktiviti last week sampai jetlag turun flight kan sempat aku ke kenduri kahwin anak blogger K Ina KL.

Memula tuh, rasa cam tak sempat je coz sampai dari Penang kul 8.30pagi dek sebab flight delay kan. Aik MAS pun boleh jadi cam ni kan, ermm dah nak kena nak buat cam ne.

Kitorang keluar rumah dekat kul 1.00 petang cam tuh.

Ikut highway Utara-Selatan coz nak cepat lagipun senang sket jalan tuh, la rupanya jem teruk oulls. Bukan ade accident pun kan, alah kereta-kereta kat Malaysia ni walaupun mahal tapi bila time naik bukit terus jadi slow. Dekat 40minit gaklah tersangkut kat situ.

Lepas je toll Nilai, terus je berdezup Mr Big drive. Yelah ko dah dekat kul 2.30 petang cam tuh. Dengan perut lapar lagi plak, nasib baik dah biasa jalan area Nilai ni. 

time ni k ina tengah busy agihkan goodies tau, berpeluh-peluh

Sesampai je dekat rumah baru K Ina KL ni, mak oi parking memang penuh. Maklumlah anak pertama, orang mesti ramai punya yang datang. Sebagai tuan rumah a.k.a mak pengantin, memang K Ina sibuk manjang, dengan nak menyambut tetamu, nak melayan besan lagi.

Lepas salam je, terus ktorang pi amik makan.

malas nak makan sayur, ini pun dah cukup terbaek oo

Rupanya menu kampung. Nasi putih bersama ulam-ulaman, sambal belacan, kuah lemak nangka, ayam goreng berempah dan ikan keli bercili. Apa lagi terus sampedek lah.

Ada lagi wei, sate, soto, bubur kacang dan kuih muih. Belum air 4 jenis, 2 panas dan 2 sejuk. Kata blogger MatJoe, teh tarik terbaik oooo.

Lepas makan, lepak plak temankan blogger jamar sekeluarga makan. Si Dayyan comel tu ngantuk plak, sekejap je Mr Big dapat dukung budak ni tau.

memang comel goodies wedding ni.

Anyway, terima kasih kepada blogger K Ina KL sekeluarga kerana sudi menjemput ktorang ni. Nasib baik cepat sampai, kalau tak hujan bukan main lebat lepas je ktorang keluar dari rumah K Ina tuh.

p/s:malas nak ambil gambar bebanyak coz lapo time tuh..




Friday, September 14, 2012

Sempat Ke Event BioCypess Time Lunch


Hi Korang,

2 hari lepas aku sempat ke event BioCypress anjuran E-Qurban dan Denaihati.com. Ingatkan tak sempat nak attend tup-tup tengok tempat pun dekat dengan opis so apa salahnya.


Event di adakan di Restoran Tupai-Tupai di Bukit Petaling, alah belakang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Masa aku sampai tuh, belum rasa lagi so parking pun senanglah.


Majlis di rasmikan oleh Y. B. Senator Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim. Air BioCypress ini merupakan air kesihatan keluaran E-Qurban dan baik untuk kegunaan harian.So sapa-sapa yang ada penyakit-penyakit kronik ke penyakit biasa ke boleh minum air ni.


Antara yang sempat jumpa bro Dehaihati sendiri, Khairul Arnam, Jaws Ismail dan bebudak Geng Tali Barut (GTB) ada  K Ina, Eyriqazz dan Mat Joe.




Makanan adalah yang terbaik, semuanya aku makan walaupun dapat makan dalam kuantiti  yang sket kan. Memang sedap lah.

Aku tak tunggu sampai abis majlis pun coz nak masuk office balik.

Terima kasih kepada team Denaihati.com yang sudi menjemput aku ke majlis ni ye.


Balik tadi terus minum air BioCypress ni, ermm ada rasa cam fresh sket badan ni. Kena cubalah minum banyak lagi pas ni. 

Agak-agak air BioCypress ni boleh kurus tak? khahkahkahak

Insyallah..