Hi Korang,
Ye hari ni 5hb Mei 2013 hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia.
Yang oversea dah mengundi seminggu lepas kan, betul tak Kakak Cantek? Nampak ari tu kat FB awak tau.
Aku ni kali kedua mengundi so tak delah rasa cam pelik pun. Alah macam mengundi masa study dulu nak pilih PPP kan so biasa je.
Korang yang first time haruslah excited kan, nak bercamwhore bagai masa time tu. Ni aku nak pesan ni jangan lupa bawa Kad Pengenalan or IC korang ye. Kalau tak de babai je lah.
Memang tak de chance korang nak tengok kertas undi tu tau.
Ni kat bawah ni aku letak gambar proses mengundi yang sebenar
Ok ada paham tak adik manis ?
Mudah kan.
Kalau korang ikut je arahan pengawai yang jaga undi tu korang kira ok lah tuh. Jangan plak duk lelama kat kotak undi, kasi chance orang lain plak ek dan janganlah sesuka hati pangkah borang undi tu sebab korang boleh dapat kertas undi tu sekali je.
Kalau korang pangkah semua kotak yang ada dalam kertas undi, itu dah di kira undi rosak. Maknanya korang ni tak de pendirian dan matlamat dalam menentukan masa depan korang.
Wah, dah macam YB berucap macam berkempen plak aku ni kan.
Ok itu je info pasal PRU13 ni.
Hopefully semua yang aku citer ni jadi panduan untuk korang tau.
Jangan lupa, bloggers dalam bilik mengundi tu tak boleh amik gambo ye so simpan je camera korang tuh. Keluar dari bilik mengundi tu sambunglah camwhore balik ye
SELAMAT MENGUNDI
Marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada Negara tehtehtehtehtehtehteh…. (nyanyi sambil beratur tu tau)