Showing posts with label gelang tangan. Show all posts
Showing posts with label gelang tangan. Show all posts

Monday, January 23, 2017

Koleksi Gelang Tangan ‘Dreams and Aspirations’ Dari Guardian Yang Cantikkk

Hi Korang,

Mungkin tak ramai daripada kita yang mampu nak gelang Pandora bersama charms tuh kan. Yelah memang ada budget tapi why not kita pilih yang bersesuaian dengan budget kita.

Ye tak?

Itulah kan

Ni aku nak kongsi dengan korang gelang tangan cantik dari Guardian ni tau.


Kita mungkin mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza, tetapi kita semua mempunyai satu perkara yang sama iaitu menyimpan azam untuk berjaya dan mengidamkan masa depan yang cerah. Sempena tahun 2017 ini, tunjukkan azam dan impian anda dengan aneka set gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ dibawa khas oleh Guardian Malaysia. Dengan menggunakan kristal Swarovski, set gelang tangan ini akan bersinar seperti sinaran cahaya impian anda.


“Ceritakan impian dan cita cita anda menerusi set gelang tangan dan charms ini. Gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ dari Guardian Malaysia ini adalah khas untuk semua golongan wanita yang mempunyai impian mereka sendiri,” kata Christina Low, Pengarah Pemasaran bagi Guardian Health dan Beauty Sdn Bhd. “Setiap rekaan ini mempunyai maksud yang tersendiri. Guardian Malaysia mahu memberikan kebebasan bagi setiap wanita untuk bercerita tentang inspirasi dan aspirasi mereka menerusi gelang tangan charms ini,” tambahnya.


Terdapat 10 rekaan unik yang membawa tema dan maksud yang tersendiri. Untuk si Riang, batu kristal Swarovski jenis Light Siam digunakan manakala bagi mereka yang mementingkan nilai kekeluargaan, rekaan dilengkapkan dengan swarovski jenis Darling Peridot. Kesemua idea untuk rekaan charms oleh Guardian Malaysia memberi tumpuan kepada aspek kelembutan dan periang untuk si pemakai. Selain dari charms Riang (Carefree) dan Keluarga (Family), anda juga boleh memilih rekaan Penggemar Fesyen (Fashionista), Stailista (Style), Kesihatan (Health), Rumah (Home), Cabaran (Adventure), Persahabatan (Friendship), Bergaya (Trendy) dan Hadiah (Presents).

Dengan hanya RM12.90, setiap pelanggan akan menerima satu charms iaitu Tuah (Lucky) yang berbentuk empat kelopak daun Clover yang membawa maksud tuah untuk pemakai. Untuk melengkapkan gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’, pelanggan perlu membuat belian barangan lain terlebih dahulu (PWP: Purchase With Purchase). Bagi setiap RM30 di Guardian Malaysia, pelanggan boleh mendapat satu (1) set yang datang dengan dua (2) charms dengan harga RM19.90.


Bermula dari sekarang hingga 29 Mac 2017, Guardian Malaysia akan mengeluarkan charms edisi istimewa pada setiap bulan. Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, charms Kemakmuran (Prosperity) - charms comel dalam bentuk bunga ceri yang membawa maksud pembaharuan boleh didapati sepanjang bulan Januari. Pada bulan Februari pula, bersempena hari memperingati kekasih atau Valentine’s Day, charms Cinta Sejati (True Love) akan dikeluarkan khas dan charms Kelembutan (Grace) pula adalah charms istimewa untuk bulan Mac. Setiap charms edisi khas ini cuma berharga RM11.90 dan dikeluarkan dengan kuantiti yang sikit jadi jangan ketinggalan!

Gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ oleh Guardian Malaysia ini telah menerima sokongan dari Bio-Essence, L’Oreal Paris, Panadol dan Schwarzkopf. Penaja bagi set ini juga termasuklah Ammeltz, BIO-LIFE, Blackmores, Botaneco Garden, Brand’s Cebion, Flavettes, Hada Labo, Kinohimitsu, Kordel’s Laurier, Lennox, LipHop, Nivea, Nivea Men, NH Detoxlim, Redoxon, Surbex dan Sunsilk.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati,

WEBPAGE 

FACEBOOK 

INSTAGRAM 

TWITTER 








Tuesday, June 16, 2015

Beli Jugak Bracelet SOUFEEL Jewellery Ni

Hi Korang,


Ingat entry aku pasal SOUFEEL Jewellery harituh?

Hah la yang tuh.

Tengok ni jeng jeng jeng… akhirnya


Beli jugak kan

Walaupun beli secara online tapi packagingnya fantastic kan. Macam beli kat kedai pulak, siap paper bag sekali.


Masa sampai tuh, kesemua item di letakkan dalam beg plastic secara berasingan. So bracelet lain dan charms pun plastic satu-satu tau.



Siap ada kain lagi untuk nak lap bagi bersinar lagi. 

Aku letak gambar jelah, korang layan ek

Kat bracelet pun ada labeling ek

Nampak tak betapa originalnya Soufeel Jewellery ni

Charms yang dah dibukak plastik

Hah cantik kan, itulah betapa gembiranya hati bila tengok set bracelet ni. 

Boleh pakai 2 charms

Nak pakai satu charms pun cantik gak

Alah pakai whole set la, cantik ooo

Simple tapi menarik.


Cantik je terletak kan

Posing dulu

Ni yang close up punya ek..

Eleh korang tuh, minat la tuh. Yelah harga pun tak de mahal sangat kan.


Ok untuk info lanjut korang boleh check it out di 

Telefon kami di 1-800-816-559




Alah beli jelah, so nampak sket duit hasil usaha kerja kita kan.

Sunday, June 14, 2015

Gelang Cantik Dari SOUFEEL Jewellery

Hi Korang,

Aku selalu perasan iklan bracelet yang warna-warni di facebook kan.

Rasa macam terdetik hati untuk klik dan tengok apa yang ada dalam iklan SOUFEEL Jewellery ni. Terus klik ke http://www.soufeel.com.my/ hah terbuntang mata. 


Rupanya Soufeel Jewellery ni merupakan barangan perhiasan diri 925 sterling silver seperti gelang, cincin, anting-anting dan pelbagai lagi. Kesemua barangan ini di import khas dari luar negara dan di daftarkan di London.

Jomlah kite tengok beberapa koleksi barangan perhiasan diri yang cantik ni kan.

Bracelet

Charms

Earings

Necklace

Rings

Bukan tu jugak, ada juga barangan yang boleh dijadikan hadiah or dalam bentuk gift set.

Dalam website ni jugak, kita boleh pilih sendiri atau pun orang call panggil mix & match segala bracelet dan charms yang ada. Kalau malas dan tak reti nak pilih, korang boleh je beli yang dah siap dalam satu set ni kan


Not bad jugak harga yang ditawarkan. Aku rasa agak berpatutanlah daripada korang pi beli bracelet yang ada kat pasaran luar tuh. 

Semua transaction secara online even payment pun, dah lagi satu FREE delivery bagi pesanan berharga RM342 tau. Tambahan lagi ada 365 days return and change.

Ok untuk lanjut korang boleh check it out di 

Telefon kami di 1-800-816-559




Ermm rasa teringin pulak nak beli bracelet dan charms kann bila tengok semua ni tadi. Yang mana satu ek? Hehehhehe so tunggu tau