Showing posts with label gadget terkini. Show all posts
Showing posts with label gadget terkini. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Ricoh PENTAX K-3

Hi Korang,


Aku memang tak berapa familiar dengan DSLR camera keluaran Jepun ni.

amik gambo sendiri coz tak de orang nak amikkan

Yelah ko, aku kan dah terbiasa dengan brand lain. Bila pi event gadget brand tak biasa ni rasa cam susah sket nak adapt.


PENTAX K-3 ni merupakan siri DSLR yang terbaru dalam keluarga RICOH, yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing - inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.

Good news pada kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapid optikal anti-aliasing pada kamera. Inovasi canggih ini memberi pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis (filter) atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek.

Pengurus produk, Takashi Arai berkata Pentax Siri K mempamerkan paparan imej yang lebih efektif dengan 24mp megapixel dan sensitiviti ISO 51200 terunggul. "Pentax K-3 lebih baik daripada produk hi speed continuous shooting lain dengan kuasa 8.3fps dan tentunya, fungsi simulator anti-aliasing memenuhi kehendak pencinta dunia fotografi" katanya.


Turut hadir, Pengurus Jualan Ricoh Imaging Co. Japan Malaysia, Ryota Shimamoto.





K-3 turut dilengkapi sensor imej terbaru APS-C-size CMOS (23.5mm x 15.6mm). Siri itu turut digabungkan dengan engin memproses imej PRIME III - yang melonjakkan kemampuan pemprosesan imej sekaligus mengurangkan bunyi bising secara efisyen. Hasilnya, kualiti gambar berkualiti tinggi walaupun dalam suasana terlalu terang.



Monitor LCD mudah dilihat 3.2 inci dengan anggaran 1,037,000 dot (dalam nisbah 3:2) dan kaca tempered pada panel depan sebagai jaminan ketahanan.


Ini plak Mr KL Yeam yang telah pun mereview Pentax K-3 ni, lihatlah hasil fotografinya sangat cantikkan.


Ini ciri-ciri yang ada di Ricoh Pentax K-3 :

· 24 megapixels

· APS-C (23.5 x 15.6 mm) CMOS Sensor

· Prime III Imaging Processing

· ISO 100 - 51200

· 27 Number of focus points

· 3.2" fixed LCD with 1,037,000 Screen dots

· 1920 x 1080 (60i, 50i, 30p, 25p, 24p) video recording

· Weather and dust resistant

· Lithium-Ion D-LI90

· 800 grams

· 131 x 100 x 77 mm


So far harga untuk Pentax K-3 ni belum dikeluarkan secara rasmi lagi oleh pihak Ricoh but dengar-dengar dalam RM4199 body sahaja, belum termasuk accessories lagi ye.

Itu je nak citer.

p/s : payah gak nak menulis bahasa gadget ni. Kena banyak kali baca dan pahamkan ayat then baru boleh translate ye hehehehhe


Monday, October 29, 2012

Dapat Camera Samsung Pink!

Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang ni.

Jeng jeng jeng


Aku dapat camera pink NX1000 dari Samsung Malaysia. Bangga kejap tau, nasib baik tak terkoyak suar ek.

Wewewe tak sabar nak snap sana sini walaupun hanya dapat guna sebulan je. Barulah blogger tegar kan.


So mari bercamwhore yeah!




Wednesday, July 11, 2012

Review | Samsung SCX-3405 FW Monochrome Laser Multifunction Printer

Hi Korang,

Printer merupakan salah satu keperluan harian dalam segala urusan di office. Eventho sekarang ni kita semua mula mengamalkan eco-friendly but kalau nak print segala jenis report atau assignment bagi student, printer still jadi kesayangan diorg nombor satu.


Macam aku, kalau kena baca dokumen tebal2 yang di email dari bos , aku memang kena print sebab aku tak selesa baca thru monitor sakit mata ooo. Korang pun sama kan? Boleh tangkap pening dibuatnya tengok huruf dan nombor yang kecil2 tu kan.


So sekali lagi aku dapat peluang untuk review salah satu produk printer daripada Samsung Iaitu 


Samsung SCX-3405 FW Monochrome Laser Multifunction Printer selama 2 minggu.

Macam biasa lah haruslah unboxing dulu kat printer ni.  Takkan tak keluarkan plak. Ada printer, USB cables, power cables, installation CD dan operation manual.


Aku dah set-upkan tempat untuk printer ni dekat dengan PC ktorg kat bilik entertainment cuma Mr Big tolong aku pasangkan je segala mak neka cable, wayar kan sebab aku malas nak pasang sendiri.


Pandangan aku tentang Samsung SCX-3405 FW Monochrome Laser Multifunction Printer nie.

Rekabentuk
Biasa je macam printer lelain di pasaran. Tak delah berat sangat aku boleh angkat tanpa bantuan orang lain. Designnya simple. Sekali pandang je aku dah boleh tahu kat mana nak masukkan kertas, masukkan ink.
Pemasangan

Pun senang gak, pasang semua cable dan printer dah boleh ON. Kemudian install in program kat PC. Sekejapan dah boleh running the printer.

Fungsi



COPY
Sangat mudah. Letak je apa yang nak di copy kat surface atas tu. Then tekan button COPY. Tak sampai beberapa saat dah siap pun.



PRINT
Hasilnya cepat dan clear. Licin je text yan diprint kat kertas tuh.


SCAN
Ini pun senang. Letak je apa yan koranG nak scan then tekan je button scan. Terus je hasilnya masuk ke folder yang telah disetupkan.



FAX
Asalkan ada telefon lain, terus je boleh fax keluar.

WiFi
Senang sangat. Connect laptop/smartphone/tablet ke printer dan dah boleh guna printer ni.   


Apa pun SamsunG printer ni memanG sesuai diGunakan oleh semua GolonGan masa kini. Untuk bloGGer macam aku pun penting jugak. Kalau ade kerja-kerja advertorial yanG nak kena print, rasanya printer ni  sanGat membantukan.

Thanks to Nuffnang dan Samsung for this review opportunity.



Saturday, June 23, 2012

Tak Sangka Dapat Lagi

Hi Korang,

Memang tak sangka aku boleh dapat buat review gadget lagi. 

Sepatutnya semalam aku pi office Nuffnang untuk amik printer untuk direview dan tiket London Musical tup-tup diorg suruh sign satu surat plak. Aku tak baca pun, pakai sign je sambil borak-borak dengan diorg ni. Bila nak balik je, ada plak satu kotak kecil atas printer tuh lah tengok2 menda ni plak.


Hak ko memang tak sangka, dapat jugak review Samsung Digital Camera WB150F ni. Terperanjat dibuatnya, nak gelak pun ada. ehehheheh

Ni pun belum try lagi still duk godek2 function, maklum lah camera ni function dia macam DSLR ooo tu yang pening2 sket tuh.

Ok nanti aku citer sket demi sket pasal camera ni ek. Kalau korang nak tau apa-apa pasal camera ni, bagitau ek aku akan cuba settle kan.

Seriussss still cam tak caya lagi ni

CLP notes : Nak jadi blogger mestilh rajin dan sabar kan, so baru lah sentiasa murah rezeki. Ingat tu korang ye




Thursday, April 26, 2012

Deria Rasaku Dengan LG Cinema 3D Smart TV

Hi Korang,

Lately segala gadget di pasaran kesemuanya 3D. Tak kiralah handphone ke, camera ke even TV pun dah 3D tau, eh 3D no ekor tu lain wokeh.


Yang korang sebut 3D tu, tau ke 3D tu apa? 
3D is based on the way the human brain and eyes work. Because the pupils of a person’s eye are about 6.5 cm (about 2.5”) apart, each eye views a scene from a different angle and generates a unique image. - cilok dari google.


So kalau TV 3D maknanya kita menonton TV dalam bentuk 3 dimensi. So segala pergerakan dalam TV tu nampak cam real dan nyata. Alah macam tengok wayang 3D tuh. Kan best!.



Abis tu tak kan tiap2 hati nak duk mengadap wayang 3D kan. Haruslah mencari alternatif lain untuk menghiburkan diri tanpa keluar umah.


Jawapannya... jeng jeng jeng.. harusla dengan 



LG Cinema 3D Smart TV.



So, the questions is 'Why do you want to excite your senses with LG Cinema 3D Smart TV?

Rasanya apa ek, ermm




1. Sound effect dan gambar lagi menarik
Yelah dah nama pun LG Cinema 3D Smart TV, seharusnya lagi best dari wayang. Pasti lagi terpesona aku menonton sebab effectnya yang macam keluar dari tv kan. Time tu segala mulut, tangan, mata, kaki terlopong lah kan. Hebat kan


2. Berehat Sesama Keluarga
Hah, bila dah ada LG Cinema 3D Smart TV nie, seharuslah lepak sesama keluarga kan. Yelah semua excited nak tengok cinema canggih kan. Jimat gak duit tak yah nak kuar untuk pi tengok wayang 3D kan. Tambahan boleh eratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. 




Ermm nak lagi best, meh korang layan video cool ni kat LG punya website then barulah korang lebih paham lagi apa itu LG Cinema 3D Smart TV ni.




Hopefully dapatlah Nuffnang jemput aku ke LG party ni yang tak lama lagi ni.





Date: 19th May 2012 (Saturday)
Time: 6.30pm – 8:30pm
Venue: Courtyard Garden, Bukit Damansara
Dress code: Casual



Ermm cam best kan. Itu yang aku jadi tak sabo tuh. Memintaklah dapat invitation yang cukup special ni dari Nuffnang ye..


Hopefully..









Sunday, November 13, 2011

Teman Setia Di Hujung Minggu

Hi Korang,

Hari ahad cam ni korang buat ape ek? Confirm mestilah kuar berjalan cuci mata, shopping dengan love one kan. Tak kan nak memerap kat umah plak. 

Aku? malas lah. Letih lah nak merayap ke mana2 ari cuti ni sebab inilah masanya untuk aku rehat2 sambil kemas2 sambil luruskan pinggang kat umah kan. Mana taknya time keje, keje x henggat dah sampai cam bangla keje. Siang keje2 kat site, malam plak kene attend event. Mana tak patah pinggang kan. Sampai si gray aku pun mintak nyawa nak rehatkan enjin2 dan roda2 dia yang tak henti bergerak kan.

Agak-agak apa aku buat ek?


Jeng jeng dengan bertemankan 2 gadget penting time cuti2 ni memang dah cukup mereleasekan tension dan letih badan aku. Dengan melayan segala mak neka apa yang ada kat tv dan internet tuh, aku rasa dah cukup terhibur selain dari kena sakat dengan  Mr Big kan.

Korang buat ape plak ek petang2 nie, tidur ke?

Anyway, happy Sunday korang...