Showing posts with label friends of KPDNKK. Show all posts
Showing posts with label friends of KPDNKK. Show all posts

Tuesday, November 14, 2017

Karnival Jualan Mega 2017 Di Bulatan Amanjaya, Ipoh Perak. Moh Kita Shopping Beramai-ramai!!

Hi Korang,


Kalau bab shopping korang kemain lagi lagi nak baca ek. 

Yelah kita ni kalau orang perempuan kalau tak suka shopping memang menipu kalau korang tak suka shopping ek 


Kak lily nak kongsikan berita baik ni kepada korang-korang kat luar sana khususnya rakyat jelata Perak ni yang bahawasanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bakal mengadakan Karnival Jualan Mega 2017 Di Bulatan Amanjaya, Ipoh Perak.

Sebab tu lah orang Perak beruntung sangat wei, eh kita pun boleh pi jugak lah kan cuti hujung minggu tuh. 

Ishk mana kak lily dapat info baik punya ni?


Eh biasalah kita kan retis tak jadi so dapat pi ke majlis Pra Pelancaran Karnival Jualan Mega 2017 bertempat di lbu Pejabat KPDNKK, semalam. Alah dekat je dengan office so kita singgah kejap hehehhee


Majlis ini diadakan bagi mempromosikan Karnival Jualan Mega yang akan diadakan pada 22 hingga 26 November 2017 di Dataran Amanjaya, Meru lpoh, Perak yang dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Hamzah Zainudin.


Hadir sama, Ketua Setiausaha, Dato' Sri Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (PON), Dato' Basaruddin Sadali dan Timbalan Ketua Setiausaha (K&P), Dato' Razali Othman dan barisan pengusaha dan barisan artis turut memeriahkan majlis ni semalam. 


Karnival ini diadakan secara bersepadu dengan menggabungkan beberapa program KPDNKK yang berimpak tinggi di bawah satu jenama, antaranya Sambutan Hari Francais Kebangsaan, Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan, Sambutan Hari Penjaja Kebangsaan, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Kempen Back To School.

Penganjuran karnival ini adalah untuk memberi peluang kepada pengguna berbelanja pada harga berpatutan dan merancakkan lagi kegiatan ekonomi dan perniagaan domestik disamping memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk memahami peranan serta tanggungjawab yang dimainkan oleh KPDNKK dan agensi-agensi yang berada di bawah seliaan melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersama masyarakat seperti pameran, forum, seminar dan sebagainya.


Kita boleh membeli-belah barangan dapur, peralatan sekolah, barangan keperluan rumah dan pelbagai lagi dengan diskaun sehingga 70% di KJM2017. Terdapat 9 pasaraya terkemuka seperti Jusco, Tesco AEON Big, Econsave dan banyak lagi menyertai dan kesemua barangan mereka di tawarkan pada harga seminimum mungkin. 


Untuk korang yang kaki makan-makan macam akak lily ni jugak, terdapat Festival Food Truck yang akan bersama juga Karnival Jualan Mega 2017. Bayangkan 100 trak makanan akan memenuhi sepanjang Bulatan Amanjaya tuh ermm akak lily memang tak terbayanglah perut camner besarnya nanti bila acara makan-makan ni ek. 

Boleh korang bertukar barangang lama kepada barang baru pada harga rendah…. hehehhehe malu nak cakap lah serta pelbagai booth jualan dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga, cabutan bertuah, pameran automotif, ceramah perdana, konsert dan lain lain lagi. 

So jangan lupa


Karnival Jualan Mega 2017 
Bulatan Amanjaya, 
Ipoh, Perak.

Tarikh : 22-26 NOVEMBER 2017 
Masa : 10 PAGI – 10 MALAM

#MohKitaYeop
#KarnivalJualanMega2017 
#KJM2017

Ni lagi satu, akak lily nak perkenalkan aplikasi terbaik punya kepada korang yang kaki shopping ni

Pernah dengan aplikasi PRICE CATCHER?


Kalau nak tau download je dulu 

Download je Apps #PRICECATCHER kat handphone korang. Dengan aplikasi ni kita boleh dapatkan pelbagia jenis harga barangan terbaik, ermm gerenti korang mesti suka punya.


Selain dapat maklumat harga barangan keperluan semasa, korang juga boleh tahu kedai yg menawarkan HARGA PATUT! Eh penting tuh kita kena tau kedai-kedai sebegini ye.

Lagi pulak kalau korang masuk info KOMUNITI korang boleh mengetahui perkongsian maklulmat di mana di sinilah tempat para peniaga dapat mempromosikan perniagaan mereka dan kita sebagai pelanggan pula dapat mengetahui harga barangan terpilih di kawasan sekitar.

Nak cari pejabat atau cawangan KPDNKK yg paling hampir dengan korang semua pun ada jugak di dalam aplikasi PRICE CATCHER ni.

Ada lagi ni, pada SETIAP RABU, korangg akan jadi yang terawal mengetahui HARGA MINYAK TERKINI ye

Meh layan video ni plak..


Dah meh download aplikasi PRICE CATCHER dari KPDNKK ni dan jadilah pengguna yang bijak

Klik je link kat bwh ni okey!



#PriceCatcher
#mykpdnkk
#CaringMinistry
#PenggunaBijak


Credit photos dari www.google.com dan www.facebook.com/kpdnkk









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, September 25, 2017

Tips Pengguna Kepada Pengguna, Jangan Sampai Tertipu Ye

Hi Korang,

Kali ni kak lily nak kongsikan beberapa tips untuk korang para pengguna di luar sana. 

Maklumlah kita kalau tak de ilmu dan hak-hak mengenai pengguna ni dah tentu confirm-confirm kita kena tipu. Bila dah dapat kena tipu barulah menyesal kan.

Hah itulah kan!

Ok kak lily nak kongsikan tips membeli belah kepada korang para pengguna semuanya

Yelah makin hari harga barang makin naik seharusnya kita berbelanja dengan lebih bijak dan kreatif lagi untuk meningkatkan ekonomi perbelanjaan keluarga kita.

Di antaranya adalah:-

1) Menyenaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

2)Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus dan jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

3)Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.

4)Utamakan Barangan Buatan Malaysia dan berubahlah kepada produk tempatan

5)Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga. Kena tengok dulu betul ke tidak kan

Cukuplah tu kan, nanti kak lily tambah lagi ek

Bagaimana pulak tiba-tiba korang dapat tau yang barangan di pasaraya korang membeli belah harga barangannya kemain mahal kan. Apa yang korang patut buat, takkan nak pi mengamuk dengan pisau depan pasaraya tuh kan. Kang korang kena tangkap plak.

So kak lily kongsikan lagi apa yang patut korang buat, ermm kak lily dapat info ni dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Aduan Kenaikan Harga Barang kepada KPDNKK

Aduan Kenaikan Harga Barang kepada KPDNKK melalui saluran berikut:

1) Talian hotline 1-800-886-800 atau


3) Aduan melalui SMS dengan menaip “KPDNKK ADUAN dan butiran aduan; ” dan hantar ke 15888 atau

4) Lapor / pergi ke pejabat-pejabat cawangan KPDNKK yang terdekat.

Jadi tak payahlah korang jadi tarzan bagai ek! Ikut saluran yang betul, kan senang. Buat senyap-senyap je so siapa pun tak tau, tup-tup pasaraya yang korang report tuh dah dikenakan tindakan ek.

Friends of KPDNKK


Friends of KPDNKK adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat.

Keahlian Friends of KPDNKK adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dengan had umur untuk menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas. Pendaftaran adalah PERCUMA tau. Yang penting korang boleh dapat diskaun masa membeli belah nanti.

Tunggu apa lagi, cepat cepat daftar di  Friends of KPDNKK


Selesai sahaja daftar, korang akan diberikan kad seperti di bawah ni. Haa boleh lah bawa ke mana mana kad ni ke mana mana. Terutamanya bila korang berbelanja di Pasaraya Mydin. Potongan harga menarik menanti nanti. Haa jimat lagi kan? Tak susah pun nak daftar.



Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (Loyalty Card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai 3 fungsi iaitu sebagai:

    - Kad Diskaun
    - Kad Loyalti
    - Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK
  
Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, korang boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini..Moga kita mampu jadi pengguna yang bijak dan membantu ahli keluarga, rakan rakan dan masyarakat lain supaya dapat bertindak bijak juga.

Website KPDNKK: www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/

 
Website Friends of KPDNKK: www.fok_sp.1pengguna.com/sp/