Showing posts with label food delivery service. Show all posts
Showing posts with label food delivery service. Show all posts

Thursday, July 9, 2020

Lokasi Kedai Makan Western Di Kuala Lumpur Yang Mesti Di Terjah

Hi Korang,

Citer pasal makan-makan lagi..  yak yak yeahhh

Selain makanan harian kita nasi, makanan-makanan jugak kita makan seperti chinese food, western food, indian food, fast food dan macam-macam lagi. 

Tapi kalau western food ni, terdapat beberapa lokasi yang patut korang cuba terjah.


Bagi peminat makanan barat seperti steak, chicken chop, spagetti dan lain-lain korang WAJIB berkunjung ke restoran di bawah ini. 

1) Me'nate Steak House 

Restoran ini memang Restoran kegemaran semua pengemar Steak sebab daging steaknya adalah "first class" punya. 

Pernah dengar daging "Matsusaka". Daging ini merupakan daging yang mahal tetapi rasanya sangat berbaloi kerana kelazatannya sangat terangkat. 



Di Me'nate Steak House terdapat pelbagai pilihan daging dari yang paling mahal kepada jenis daging yang mampu milik tetapi tetap sedap. Selain itu, layanan yang diberikan juga sangat bagus dan mesra. Restoran Me'nate Steak House ini sangat disarankan untuk mencuba. Selain di Kuala Lumpur Restaurant ini juga terdapat di Johor Baru. 

2) Copper 

Restoran copper ini menghidangkan masakan Eropah dengan pengaruh Mediterranean. Restoran ini menyediakan makanan Mediterranean dengan gaya yang mewah dengan harga yang berpatutan. 

Restoran ini menjadi pilihan ramai terutamanya pasangan kekasih, keluarga dan kumpulan beramai-ramai kerana suasananya yang ceria. Selain itu juga, pencahayaan yang disediakan di Restoran ini sangat cantik pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam. 


Disebabkan oleh itu, ianya menjadi tumpuan bagi mereka yang sedang bercinta. Terutamanya bagi mereka yang hendak mengajurkan "candy light dinner" buat pasangan yang sedang hangat bercinta. 

3) Spoon Steak House 

Restoran steak house ini di miliki oleh chef selebriti yang popular iaitu Chef Zam. Yang paling best sekali, Restoran ini pernah di kunjungi oleh kru Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Sudah menjadi kebiasaan Restoran yang di miliki oleh Chef terkemuka pasti akan menyediakan sajian makanan yang sangat lazat dan menyelerakan. 

Harganya pula sangat berpatutan mengikut hidangan dan kuantiti yang di sediakan. Restoran Spoon Steakhouse juga turut menyediakan hidangan tempatan bagi mempelbagaikan lagi pilihan dan bagi menyesuaikannya citarasa masyarakat tempatan. 


Penyediaan hidangan tempatan ini bagi menarik minat pelangan untuk memasuki restoran ini walaupun bukan bertujuan untuk merasai makanan Western. Restoran ini sangat di sarankan kepada pasangan yang gemar mengambil makanan Barat mahupun hidang tempatan. Setiap kali anda mencuba makanan di sini, pastinya anda tidak akan merasa kecewa. 

4) Paksu Chicken Chop

Nama kedai Paksu Chicken chop cukup terkenal dalam kalangan penduduk yang tinggal di area Gombak. Hal ini disebabkan kedai ini menyediakan makanan Western dengan harga mampu milik kerana harga satu set Chicken chop hanyalah RM6.90++ mengikut portion makanan yang tertentu. 

Tetapi, percayalah rasa dan kuantiti makananya sangat berbaloi-baloi. Selain itu, Paksu Chicken Chop juga ada menyediakan spagetti, dan pankek. Dengan harga yang berpatutan, anda mampu menikmati makanan Western ini. 


5) Moon's Kitchen 

Restoran moon's kitchen ini berkembang dari gerai kecil yang pernah diusahakan ahli keluarga pemiliknya sendiri. Suasana restoran ini juga comel serta ringkas dan ceria.

Dekorasi yang di pilih sangat menari kerana dindingnya dipenuhi dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Eiffel, Big Ben, patung Liberty dan banyak lagi. Setiap kali pelanggan menjejakkan kaki ke restoran ini, mereka akan merasakan diri mereka seolah-olah sedang berada di restoran mewah yang menenangkan jiwa. 



Masakan yang disediakan juga cukup sedap dan persembahan makanannya dibuat dengan menarik sekali. Disebabkan oleh itu, restoran ini mendapat start/comment yang tinggi dan positif dari pelanggan mereka dan comment yang diterima adalah jujur dari pelanggan mereka sendiri. 

Sekarang pilihan di tangan untuk memilih Restoran Western mana yang menjadi pilihan anda. Sebenarnya banyak lagi Restoran western di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai menu yang enak lagi lazat.

Satu perkara nak kongsikan kat sini, jika teringin nak nikmati menu western yang sedap-sedap begini, tak payah nak susah payah pun tak apa sebabnya sudah ada western food delivery yang mudah dan pantas. Pihak yang dimaksudkan ini adalah Foodpanda. 


Dengan Foodpanda, tak kisah berada di rumah ataupun di tempat kerja, buat saja tempahan kemudian boleh nikmati bersama keluarga mahupun teman. Pilih saja mana-mana menu western yang ingin di cuba dan jika tak tahu nak buat pilihan boleh terus gunakan khidmat Foodpanda saban hari untuk menjimatkan masa dan tenaga diri sendiri.



Wednesday, June 22, 2016

Buka Puasa Dengan SHOGUN2U Food Delivery

Hi Korang,

Dah dekat 2 minggu puasa ni dan lately ni sampai dah tak tau nak makan apa. 

Bukan tak boleh pi bazaar Ramadan tuh tapi bila dah terlampau banyak pilihan jadi tak tau nak makan apa. Sudahnya semua dibeli dan kemudian tak abis makan kan.

Dah membazir kat situh, ishkk ini kalau Alam Flora tau ni #matilanak kan huahauhauahua

Sudahnya aku bukak website SHOGUN2U ni.

Alah website yang buat delivery makanan secara online. Bukanlah hantar makanan online tapi order secara online lah. Apa ke sengal memasing bulan puasa ni ek.

So aku browselah website shogun2u ni http://shogun2u.com/

Bukak-bukak je dah nampak ada buka puasa promotion ek

BUY 1 FREE 1

Ok ni dah cantik dah ni ek..

Terus klik kat menunya



Hah ada 3 jenis menu untuk promotion ni, so aku pilihlah Beef Rendang Set RM28.90


Masukkan details bagai macam alamat, contact details, dan terus PROCEED. Hah bayo je samaada cash ataupun bayar online thru bank transfer je.

So sampai jugak ke office semalam sebelum aku balik ek. Budak delivery tu tunggu kat bawah je sebab aku nak balik terus kan.

Inilah dia


Bungkus kemain elok je tak de tumpah-tumpah pun. 

bayar 1 harga dan satu lagi percuma

Sampai rumah teruk bukak, kemain sedap plak. Tak sabar nak berbuka nanti makan Beef Rendang dengan Nasi Beriyani ek.

banyakkan portionnya, ni aku bawak naik motor so tunggang terbaliklah jadinya kan

Mudah kan dengan Shogun2u ni, selain daripada makanan melayu ada jugak makanan jepun, vegetarian, snacks, even biskut raya pun ada gak tau. 

Korang check it di www.shogun2u.com


Friday, October 17, 2014

Foodpanda Malaysia Raikan WORLD FOOD DAY Dengan Servis Penghantaran Percuma

Hi Korang,

Di pagi-pagi jumaat yang indah ni, meh baca sket mengenai kerja amal yang sedang dilakukan oleh FoodPanda sempena World Food Day ye..


Satu Minggu Perkhidmatan Penghantaran Percuma Dari Semua Restoran dan Meal Penajaan Untuk Rumah Kurang Bernasib Baik

Foodpanda Malaysia meraikan Hari Makanan Sedunia 2014 dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma di seluruh negara dari 16 hingga 24 Oktober 2014 Sempena sambutan ini, foodpanda Malaysia juga telah memilih Rumah Hope dan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR ) untuk penajaan foodpanda makan itu. 

sumber dari google.com

Dalam tempoh seminggu ni, pelanggan Foodpanda boleh menyumbang kepada rumah-rumah dengan klik pada "Penaja Meal" dan memilih nilai daripada hidangan iaitu RM10, RM30, RM50 dan RM100. Foodpanda Malaysia akan sepadan dengan jumlah yang didermakan kepada rumah-rumah. Selain daripada menyertai program penajaan foodpanda, pelanggan diingatkan daripada keluarga yang kurang bernasib baik di sekeliling mereka, sama ada jiran-jiran mereka, rakan-rakan atau saudara mara yang mana mereka juga boleh meminta untuk menghantar makanan kepada. 

Sambutan Hari Makanan Sedunia tahun ini yang bertemakan 'makan dunia, menjaga bumi' adalah amat sesuai untuk foodpanda. "Sebagai sebuah syarikat penghantaran makanan, selain daripada memenuhi jangkaan pelanggan kami untuk penghantaran makanan teratur dan menepati masa, kami juga memastikan bahawa kita mempunyai pilihan makanan sihat yang berkhasiat dalam sistem kami untuk menggalakkan pemakanan sihat di kalangan pelanggan-pelanggan kami. Rumah yang kurang bernasib baik juga diingati pada hari ini dan kami berharap untuk melanjutkan makan foodpanda ditaja untuk lebih banyak rumah dalam masa terdekat" kata Claudio Abitante, pengarah urusan foodpanda Malaysia. 

Foodpanda Malaysia menggesa orang ramai untuk menyokong program penajaan ini supaya rumah boleh menikmati makanan yang lebih berkhasiat dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik melalui sokongan mereka. Program ini akan memberi manfaat kepada seramai 130 kanak-kanak daripada kedua-dua rumah. 

sumber dari google.com

Syarikat itu bercadang untuk membuat Hari Makanan Sedunia merupakan sambutan tahunan dalam meningkatkan kesedaran mengenai makanan berkhasiat dan mengingati mereka yang kurang bernasib baik.

So korang yang terutamanya pelanggan setia Foodpanda ni, bolehlah sertai kempen ni. Bukan apa, selain dapat makan daapt jugak pahala kan..

Selamat beramal korang…



Saturday, July 12, 2014

Order Makanan Online Dengan FoodPanda.MY

Hi Korang,

Rasanya ramai kot yang biasa dengar tentang Foodpanda.MY ni kan, yelah yang kaki order makanan secara online kemudian terus dihantar ke tempat yang korang nak kan. 

Hah, yang itu lah. 


Foodpanda.MY ni merupakan service pesanan dan penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin German dan kini sudah pun memasuki 2 tahun berada di pasaran Malaysia 

Bermula dengan 40 restoran dan kini hampir 580 restoran bekerjasama dengan Foodpanda.MY di seluruh semenanjung Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Penang, Melaka dan Johor Bahru. Dengar-dengar mereka juga akan memasuki pasaran di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.


“We are confident of sustaining our business here as well as revolutionizing the food ordering and delivery service through our unconventional approach. Food ordering can now be done conveniently using our mobile app and at an affordable fee,” kata Claudio Abitante, Managing Director of foodpanda Malaysia. “We look forward to expanding our partnership with more restaurant owners and we also hope to establish our network of delivery service to cover all parts of Malaysia. Our recent partnership with Chaswood Resources has opened up an even wider selection of food choices for our customers to enjoy”, tambah Abitante lagi.


Chaswood Resources Sdn Bhd (Chaswood Resources) baru sahaja menandatangani perjanjian bersama dengan foodpanda Malaysia, dimana mereka akan membekalkan makanan daripada restoran dibawah naungan mereka iaitu TGI Fridays, Italiannies, The Apartment, Malones, Bulgogi Brothers, Watami dan Teh Tarik Place. 


Di antara major restoran yang berada dibawah senarai foodpanda Malaysia delicery service adalah Din Tai Fung, Kenny Rogers Roasters, Wendy’s, Starbucks, Gongcha, Chatime and Tony Roma’s. 

Foodpanda Malaysia hanya mengenakan charges sebanyak RM4 untuk penghantaran sementara harga makanan adaalah sama mengikut apa yang dipaparkan di restoran.

Mesti korang dah teruja kan pasal bab makan-makan ni. Meh aku terangkan sedikit cara memesan makanan secara online.

Langkah-langkah menggunakan perkhidmatan  Foodpanda.MY


1. Download apps Foodpanda.MY di smartphone korang tak kiralah ios, android, windows, Nokia X dan Asha. Download dari computer pun boleh. Pergi ke www.foodpanda.my

2. Ikut segala arahan yang dipaparkan di skrin

3. Register dulu details korang untuk proses penghantaran dan pembayaran.


4. Dah boleh pilih makanan yang korang nak order dan lokasi yang sesuai ye.

5. Buat bayaran dan sms akan diterima mengenai status pesanan korang.

6. Tunggu sajelah makanan sampai


Ermm senang kan. So kalau time lunch memana yang tak sempat keluar atau pun malas nak keluar sebab takut dek panas matahari, bolehlah start order makanan di foodpanda.MY ni ek


Masa event ni, sempat jugaklah aku order online makanan di Foodpanda.MY ni. Rasanya tak sampai 1 jam pun makanan sampai. 

Korang pun patut cubalah ek..