Showing posts with label food court. Show all posts
Showing posts with label food court. Show all posts

Thursday, January 3, 2019

Nasi Goreng Gila Di Bangi Square

Hi Korang,

Aduimak iklan kat Facebook ni melambak-lambak betul pasal Nasi Goreng Gila di Food Valet Kajang ni. Memula tuh kak lily buat dek je tapi kalau dah setiap kali bukak FB nampak iklan ni je mane boleh tahan kan huahauhauha 

Tapi asal balik keje lalu depan Food Valet ni ya ampun parkingnya penuh manjang. 

Kemain banyak betul kereta di kiri kanan jalan, nampak jugak orang beratur-ratur panjang dalam kawasan kedai ni ermm jawabnya tak de rezekilah nak rasa kan. 

Tup-tup ada siapa ntah yang bagitau kak lily yang Nasi Goreng Gila ni ada outlet kat Bangi Square so apa lagi haruslah di terjah kan. 


Bangi Square ni salah satu tempat makan di Bangi ni. Dia macam ala-ala food courrt gituh yang ada banyak jenis makanan yang tak terjangkau dek akal fikiran. Ada makanan thai, western, sate, dimsum, kedai ala mamak, kedai arab, ayam penyet dan memacam lagi. Kalau nak makan steamboat pun ada jugak di bahagian depan area Bangi Square ni. 


Masuk-masuk je pandang sebelah kiri dah nampak kedai Nasi Goren Gila ni. 

Terus terjah ke situ dulu. 

Kalau kat Food Valet Sg Ramal tuh kemain panjang orang beratur tapi kat sini langsung tak payah nak beratur ek. Pergi depan kedai then cakap nak order apa, bayar nanti diaorang akan hantar kemudian. 

Basic menu Nasi Goreng Gila ni, of courselah mesti kena ada nasi goreng yang di dalamnya ada macam-macam bahan, kerepok moni, telur goreng mata, sup, sos cili dan sambal belacan. Kemudian korang boleh tambah nak letak udang goreng ke, ayam ke, sotong ke kan mengikut kesesuaian tekak korang lah. 


So malam tuh Mr Big order Nasi Goreng Gila ni bersama dengan Sotong Goreng berharga RM25.00. 

Hah amik ko portion dia kemain besar lagi ni, macam makan sedulang nasi bersama lauk pauk hehehhe memang sedulang pun. Nasi gorengnya banyak, lauknya banyak, kerepok moni pun banyak. Harus kena makan berdua berkongsi. Kalau Mr Big dia makan sorang je, kak lily just tumpeng-tumpang sket hah. 


Rasa? 

Nasi goreng memang style nasi goreng mak-mak goreng kat rumah, terasa belacannya banyak dan pedasnya menyengat tapi dihujung-hujung bila kita nak telan nasi tuh. Ke kak lily yang tak makan pedas ni kata pedas. Ermm rasa itu kan subjektif so ikutlah tekak masing-masing. 

Cuma kak lily nak komen yang goreng-gorengan tuh. Kan Mr Big order lauk sotong kan, memang banyak dan besar portionnya cuma saduran tepung tuh (batter) tuh tebal dan agak masin sket tapi kalau makan dengan nasi goreng tak rasa kot. Ni ktorang makan cam tuh je memang terasa benau nau di tekak hah. Sudahnya ktorang makan sotong tuh tanpa kulit tepung tuh, hah sedap sket. Ermm memang tak abis pun sebab Mr Big duk paw kak lily punye cheese naan dengan beef kima kan hahahahhaa. 

Apapun tekak kita berbeza kan so why not korang datang cuba dulu then baru nilaikan 

ini alamat Bangi Square kalau korang nak datang ek

Ok dah tu je…









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, February 9, 2015

Makan Asam Pedas Ikan Patin Di D'Laila Mee Udang SupPower

Hi Korang,


Memang seronok pi makan kat MMA Santai Corner Nilai ni. Alah kat kedai D'Laila Mee Udang Suppower lah mane lagi. 

Hari ahad hari tuh, tak de menda nak buat petang coz Mr Big pi bike ride ke Melaka so haruslah tak masak kan. Sudahnya FOODBLOGGER melayu sibuk ajak aku ke kedai kat D'Laila Mee Udang ni. 

Of courselah mesti bukannya jauh dengan rumah pun.

Sesampai tak tau nak makan apa, rasanya macam semua dah cuba kan. Mee Udang pun sudah. 


Tup-tup ternampak ikan patin sg Pahang ni.

Ermm nak cuba ke tak ek sebab aku tak pernah makan sebelum ni. Biasalah ikan patin ni orang akan masak dengan tempoyak kan, so aku kan tak makan durian jadi tak dapatlah nak merasa kesedapan yang diperkatakan ramai ni

Aku mintak tolong kak Laila masak asam pedas dengan ikan patin tuh. Siap pesan, masak sedap-sedap sket kan, agak melampau di situ ek hahahhahaa. Memintaklah sedap macam drama ASAM PEDAS UNTUK DIA tu ek. Ewah kemain lagi ek.

Hampir 10 minit menunggu sampai Hazman punya daging salai masak lemak cili api sampai dulu dan dia dah mula makan then baru sampai asam pedas aku ni. 

Jeng jeng jeng...



Inilah dia Asam Pedas Ikan Patin




especially untuk Cik Lily Putih yang first time nak makan kan. Memula hirup kuah dulu, of course sedap dan pedas. Kemudian rasa isi ikan patin tuh, mak oi lembut sungguh walaupun ada rasa cam berminyak sket kat kulit ikannya.

Dapat makan seketul pun jadilah janji rasakan. 


Terima kasih kak Laila coz sedap segala jenis lauk pauk kat sini. Next time nak makan menda lain plak kan. Terima kasih kat Blogger Masuk TV jugak coz sudi ajak aku pi makan lagi ke sini.

Jomlah ke sini ek:


D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Contact : 017-2253337 ( kalau nak special request tau)

Facebook : D’Laila Suppower

Landmark : masuk toll nilai, terus ke arah Giant tuh. Sebelum sampai Giant ada traffic light belok kiri then sampai ke roundabout amik simpang yang pertama kiri. Dari situ dah nampak MMA Santai Corner alah yang ada kepala kereta tersangkut tu ek.

Next time nak makan seafood plak ek...


Tuesday, January 20, 2015

Makan Masakan Kampung Tradisional di MMA SANTAI CORNER NILAI

Hi Korang,

Dah 5-6 kali food blogger Hazman ajak aku kemari.


Tapi tu lah masa tak de walaupun malam, bayangkan betapa busynya aku ni. Kalah Perdana Menteri kata Mr Big. So bila dah set appointment dengan semua orang, barulah Hazman setkan dengan tuan punya D'Laila Mee Udang Superpower.

Malam Khamis lepas, ktorang berempat pun ke Nilai ni. Sebab aku dah biasa dengan area ni dulu so tak delah sesat barat sangat kan. Keluar rumah lepas maghrib gitu then kul 8 dah sampai dah.

Actually kedai D’LAILA Mee Udang ni memang majornya menghidangkan mee udang but aku rasa diaorang slightly tambah menu kan. Jadi malam tuh, ktorang dapat cuba beberapa hidangan masakan kampung instead of mee udang yang hebat diperkatakan oleh bloggers yang rajin singgah di situ.





Ermm masakan kampung ? haruslah yang berlemak, ada pedas sket, ada tempoyak sket, ada ulam-ulam sket kan. Aku memang tak tau menahu pasal menu ni, semuanya Hazman yang uruskan coz dia selalu ke sini bersama Shakiddo. Aku dengan Madi makan jelah hehehhehe buruk perangai ek..




Ni ktorang sempat tengok lagi cara lauk-lauk ini di masak. Semua dalam claypot untuk kekalkan rasa panas once dah di hantar pada customer. Bagus gak, aku makan memang mesti nak kena panas-panas baru umpph!

Bila tengok gegambar ni, jangan plak kata ktorang tamak dan pelahap plak tau. Ktorang food blogger memang cam ni, kena cuba semua k!

Lemak Cili Api Kulit Lembu Keladi Lambuk

Aku rasa menu ni yang unik sket sebab agak payah nak dapatkan kulit lembu fresh ni. Selalunya kulit lembut ni jadi hidangan orang-orang Jawa untuk masak sayur tahuun. Bila masak lemak di campur dengan keladi lambuk ni memang awesome

Asam Tempoyak Ikan Bawal Mas

Aku tak makan coz ada tempoyak kan but Mr Big yang makan so dia cakap memang rasa tempoyak tuh cukup mild tak strong sangat. Kena plak dengan ikan bawal ni. Sedap

Asam Pedas Ikan Sembilang

Ambik jugak, rasa makan ratah je. Sedap siap hirup kuahnya sekali

Kari Telur Ikan Tenggiri

Lauk ni asyik depan mata aku je sebab aku memang suka makan telur ikan ni. Lagipun payah nak dapat, then kalau ada tak berapa pandai plak masak so better aku pi makan kat kedai jelah.

Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dengan Jering

Jering or jengkol memang awesome bila di campurkan sekali dengan lauk-lauk masak lemak cili api ni, langsung tak de rasa pahit pun tau.

Masak Lemak Cili Padi Ketam Dengan Nenas


Kari Kepala Ikan Mayong

Hah amik ko. Makan sampai tak ingat

Berpeluh-peluh jugak sampai Mr Big pi beli air mineral botol besar lagi. Tisu abislah sepaket kerana duk sibuk mengelap peluh kan hahahhaha. Walaupun ada menu yang pedas tapi tetap makan dengan tanpa pandang kiri kanan kan.


Bagi aku in terms of harga sangat berpatutan alah tak sampai RM25 pun sehidang, termasuk nasi putih, telur masin dan sedikit ulam-ulaman kan. Ikut harga pasaran lah kata Kak Laila. Takkan udang galah nak jual semangkuk RM5 plak kan, patut-patutlah.

denaihati network hadiahkan something kat K Laila

kami orang-orang beso

Apa pun terima kasih kepada tuan punya D’LAILA Mee Udang sebab sudi menjemput kami orang-orang beso makan di sini. Ye orang-orang beso sebab ktorang semuanya saiz beso-beso hahahahha

Jom la ke:


D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Contact : 017-2253337 ( kalau nak special request tau)

Facebook : D’Laila Suppower

Landmark : masuk toll nilai, terus ke arah Giant tuh. Sebelum sampai Giant ada traffic light belok kiri then sampai ke roundabout amik simpang yang pertama kiri. Dari situ dah nampak MMA Santai Corner alah yang ada kepala kereta tersangkut tu ek.

Next time nak cuba Mee Udang plak, dengar-dengar kata orang udangnya bersusun cantik dan banyak plak tuh kan.

Hahahahahha