Showing posts with label flagship store. Show all posts
Showing posts with label flagship store. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

NIVEA MEN Flagship Store Bersama Pereka Fesyen Rizman Ruzaini Kini Di Farenheit Kuala Lumpur

Hi Korang,


Lepas kerja minggu lepas aku sempat ke media launch Nivea Men Flagship Store di Farenheit88 Kuala Lumpur. 

Seronok jugak wei tengok fashion show di Bukit Bintang yang penuh dengan ramai pelancung kan hehehhe..


Meh aku kongsikan sket butirannya

NIVEA MEN melancarkan gedung sementara hitam dan putih pertamanya di Malaysia sempena kempen “Don’t Stain Your Favourite Outfit” (Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda) dengan kolaborasi terbarunya dengan butik fesyen mewah, RIZMANRUZAINI. Dua replika produk Black and White Deodorant Spray dan Roll On besar telah didirikan untuk menarik perhatian orang ramai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.


Pelancaran rangkaian deodoran antikesan NIVEA dan NIVEA MEN yang membantu menyelesaikan isu kesan tidak diingini pada pakaian telah mengilhamkan RIZMANRUZAINI untuk mereka 12 fesyen pakaian harian yang berlainan bersama dengan NIVEA MEN. Ini juga adalah kali pertama RIZMANRUZAINI mereka koleksi pakaian eksklusif untuk lelaki dengan kerjasama jenama lain. Selain itu, satu pertunjukan fesyen jalanan telah dianjurkan untuk memperlihatkan koleksi edisi terhad mereka bersama dengan NIVEA dan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White semasa pelancaran. Dua belas fesyen berlainan dalam koleksi ini boleh didapati secara eksklusif untuk pembelian di gedung sementara NIVEA MEN Black & White (B&W) di laluan pejalan kaki luar Fahrenheit88, Bukit Bintang, bermula dari 7hb September 2016 hingga 13hb September 2016 dan juga di laman web Fashion Valet.


“Deodoran NIVEA bukan sahaja mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di pasaran, tetapi juga mencatat pertumbuhan yang lebih cepat daripada pertumbuhan pasaran, menjadikan NIVEA jenama deodoran nombor satu di negara ini! Pelancaran NIVEA Deodorant Invisible for Black & White telah menaikkan jenama ke mercu lebih tinggi dan kami amat bangga dengan kejayaan rangkaian deodoran antipeluh NIVEA ini sebagai deodoran paling laris di pasaran dan saluran runcit. Sebagai pakar antikesan, NIVEA gembira kerana dapat membantu anda merasa yakin, kekal segar dan kering, dengan memastikan tiada kesan pada pakaian anda yang bergaya,” kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura di majlis pelancaran yang dianjurkan di Kuala Lumpur hari ini.


Sempena kerjasama fesyen eksklusif NIVEA MEN dengan RIZMANRUZAINI dan sebagai tanda penghargaan, pengguna setia NIVEA/NIVEA MEN akan menerima baucar diskaun 25% untuk koleksi edisi terhad RIZMANRUZAINI apabila membeli mana-mana produk NIVEA/NIVEA MEN. Baucar diskaun ini boleh digunakan sama ada di gedung sementara B&W atau laman web Fashion Valet. Selain itu, satu lagi promosi eksklusif melayakkan seramai 300 pengguna pertama yang membeli produk NIVEA/NIVEA MEN bernilai RM30 dan ke atas untuk mendapat kemeja ekslusif pereka B&W percuma dalam masa 7 hari selepas pembukaan gedung sementara B&W. Terdapat juga peraduan selfie yang memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hamper NIVEA bernilai RM100 apabila mereka menangkap dan memaparkan gambar dengan replika deodoran raksaksa di gedung sementara hitam dan putih NIVEA MEN dengan tag #NIVEAMENBLACKANDWHITE.


“Fesyen adalah satu cara untuk menunjukkan siapa kita tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Saya berpegang pada prinsip ini setiap hari supaya saya dapat membaiki diri saya sendiri untuk mencapai mercu jaya yang lebih tinggi. NIVEA MEN merupakan rakan kerjasama yang hebat untuk RizmanRuzaini berkembang maju dan menjadi gedung fesyen yang lebih terkenal,” kata Rizman bin Nordin, pemilik Rizman Ruzaini. 

Peminat dan orang ramai juga berpeluang untuk bertemu dan berkenalan dengan Rizman bin Nordin dan Wan Ruzaini dari RIZMANRUZAINI pada 7hb September di pelancaran gedung sementara di Fahrenheit, Bukit Bintang.

Beberapa koleksi daripada RIZMANRUZAINI,


















Cantik plak hitam putih ni, senang nak match kemana jua kan

Serentak dengan kempen ini, NIVEA MEN juga menganjurkan peraduan seluruh negara dari 1hb September hingga 30hb September 2016. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM40,000 termasuk koleksi RIZMANRUZAINI dengan petikan kata-kata peribadi mereka tertera padanya. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook Malaysia NIVEA MEN di www.facebook.com/myniveamen.


Boleh didapati dalam bentuk semburan dan roll-on, NIVEA/NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White berbau segar dan lembut menawan, membuat anda terasa segar dan kering sebaik sahaja digunakan. Rangkaian deodoran antikesan NIVEA/NIVEA MEN masing-masing berharga RM5.50 (roll-on 25ml), RM10.50 (roll-on 50ml) dan RM16.90 (semburan 150ml). Produk boleh didapati di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara.

*****

MENGENAI RIZMANRUZAINI

RIZMANRUZAINI adalah label gabungan bakat kreatif dua pereka muda, Rizman bin Nordin dari Pulau Pinang dan Wan Ruzaini yang dilahir dan dibesarkan di Perak. Kini, kedua-dua pereka ini mengusahakan sebuah butik fesyen mewah dan sangat popular dalam industri fesyen Malaysia. Jenama mereka setanding dengan jenama terkenal lain di negara ini. Graduan UiTM dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Rekaan Fesyen ini mula menempa nama mereka sejak mereka masih menuntut, dan telah dianugerahkan pelbagai sijil kecemerlangan oleh Universiti mereka kerana menaikkan nama Universiti, selain menerima Anugerah Dekan kerana kecemerlangan pembelajaran. 

Kini RIZMANRUZAINI sudah dikenali sebagai salah satu nama fesyen yang paling diminati dalam industri fesyen tempatan. Nama-nama besar dalam industri hiburan dan fesyen seperti diva Dato’ Siti Nurhaliza dan Ziana Zain, Ratu Soul Malaysia, Ning Baizura, dan Primadona Erra Fazira sering menggayakan busana rekaan mereka, terutama sekali untuk majlis formal. Dengan pilihan fabrik dan gaya mereka yang menawan, digabungkan dengan sentuhan keanggunan klasik tetapi tetap menarik, dua pereka ini sentiasa menjadi buruan ramai VVIP dan kerabat diraja dari Selangor, Terengganu dan Pahang.