Showing posts with label fine dining dinner. Show all posts
Showing posts with label fine dining dinner. Show all posts

Tuesday, November 14, 2017

Marché Mövenpick Di Pavilion KL, Boleh Pilih-Pilih Nak Makan Apa

Hi Korang,

Ingat lagi tak pada restoran Marche Movenpick kat The Curve dulu? Alah kedai makan yang ada replika seekor lembu kat depan kedai tuh. 


Kak lily pernah makan kat siti sekali je, lepas tu bila nak pi makan lagi eh dah tutup plak. Ermm maybe sambutan kurang menggalakkan kot kan.





Hari tuh bila ada orang ajak pi makan kat Marche di Pavilion KL ni terus jadi pelik, eh Marche dah tukar lokasi ek.Wah Pavilion KL gituh curlass sesangat. So petang jumaat tuh lepas kerja terus gerak ke sana, dengan Mr Big sekali akak lily heret. Eh partner in crime mesti kena bawak sekali.


Cara nak order still sama kalau dulu kita gunakan menu card tulis tangan untuk order sekarang ni guna kad je masa order tuh, semua computerized. Once masuk je kami di berikan sorang satu tau. 



Konsep makan kat sini ala buffet, semua sekali menu macam appetizer, main course, dessert termasuk sekali drinks tau. Korang pi je ke setiap stesyen dan order apa korang nak makan then they will swipe the order into the card. 

Disebabkan diaorang ada promosi dinner set so haruslah kak lily cuba kan, Mr Big dia selera besar so dia pi order menu ala-carte yang lelain. 

Freshly Set Dinner (RM59.90)

Soup of the day or Ceasar Salad with chicken topping

Vegetarian Pasta or Chicken Tomato Pasta

Or

Savoury Crepe roasted chicken or smoked salmon

Or 

Swiss Rosti with Chicken cheese sausage

Rotissserie of the day with choice of potatoes

Cake or Dessert

Homemade Drinks and Coffee

Kak lily kalau bab makan memang tak berkira, mahal pun mahallah janji sedap di tekak dan di perut ek. 

So menjelajahlah dari satu stesyen ke stesyen yang lelain







Kalau ikutkan hati rasa nak order semua dan makan semua tapi bila fikir balik pasal nanti jantung tersumbat, kencing malas so kita makan yang berpatutan tapi seimbang ek. Korang tengokla ni

Kami duduk makan situ kemain lama lagi, maklumlah jumaat kan. Esoknya cuti so rileks jelah.

Korang kalau nak cuba cara makan buffet spread unik ni boleh ke:


Marché Mövenpick Pavilion
Lot 1.29.01 & 1.29.02
Pavilion Kuala Lumpur
168, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Untuk tempahan korang boleh guna cara seperti:

Telefon : +603 2110 1863





Ikuti social media Marche Movenpick dan LIKE sekali tau

Website : 

Facebook : 

Instagram : 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, December 2, 2014

Makan Ala Mexico Di VOGUE CAFE, RENAISSANCE Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang,

Last week lagi punye citer.


Aku dapat jemputan ke Mexico Food Showcase di Renaissance Hotel kat Jalan Ampang tuh. Ingatkan food review cam biasa je, rupanya siap ada jemputan dari Mexican Embassy lagi tau.


Wah bangga kejap… huhuhu…




Ktorang sesampai je dah ramai jemputan yang hadir. Sambil menunggu VIP sampai,haruslah ktorang si dendangkan dengan lagu-lagu Mexican secara live. Siap ada penyanyi dan musician lagi tau.


Speech daripada tuan diplomat Mexican Embassy


Ok majlis di rasmikan dengan jayanya. Meh potong reben dulu jap ek.

Flavours of Mexico menawarkan pelbagai hidangan asli Mexico yang menyelerakan dari daerah Oaxaca di Mexico Selatan. Chef Jorge Carlos yang membawa bersama beliau pengalaman memasak dengan menggunakan bahan-bahan yang diimport khas dari Mexico kepada tetamu untuk menikmati masakan tradisional dan kontemporari Mexico ini.

Di antara makanan yang menjadi pilihan adalah Mexican shrimp soup, Stuffed chili pasilla in goat cheese & nut sauce, Cream of black bean with julienned crispy corn tortillas, Orange and mezcal mousse, Oaxacan chocolate & chili meringues dan banyak lagi


MENU






COLD STATION


Chintextle dip (paste based on pasilla chili, garlic and dried shrimp)

Hibiscus flower vinaigrette

Hierbasanta dressing

Mix baby salad

LIVE STATION


Tlayudas (big corn tortillas) Red chili sauce

DESSERTS

Nicoatole oaxaqueno (sweet gelatine based on corn and milk)
 
Orange and mezcal mousse

Sweet potato or pumpkin in Mexican brown sugar honey



Ermm unik tapi sedap tau..

Terima kasih kepada pihak Renaissance Hotel kerana sudi menjemput Cik Lily Putih bersama dengan rakan-rakan food blogger ke majlis ni. Ermm first mencuba makanan unik dari Mexico ni kan, not bad. 

Ada yang menepati citarasa dan yang kita kena ubah citarasa sket kan.



Monday, September 29, 2014

Dinner di SAGANO Restaurant, Renaissance Hotel Sempena MIGF2014

Hi Korang,

Lama betul tak ke mari.

Last time promo makanan arab dengan mereka ni.


So sempena Malaysia International Gourmet Festival (MIGF2014), SAGANO dan DYNASTY Restaurant di Renaissance Hotel mempersembahkan hidangan bertemakan ‘Red Hot Chefs’ iaitu Executive Sous Chef Kok Chee Kin dari Dynasty dan Chef de Cuisine Michael Koh untuk Sagano Restaurant.

Meh kita tengok apa yang dihidangkan pada ktorang para media pada malam tu ek

APPETIZERS

Salmon sashimi on cold inaniwa udon with ikura

Live tiger prawn, capelin tempura, Chicken jibuni style dan BBQ mackerel with roe

SOUP

Hokkaido scallop and seaboass in dashi broth

MAINS

Grilled lobster with homemade cream gratin accompanied with grilled marinated cod dan miso

Beancurd rolled in pan-seared wagyu sirloin with moromiso sauce

Unagi and mushroom rice wrapped in egg with honey teriyaki glaze

DESSERT

Grean tea ice cream pancake and selection of mochi


Untuk buffet “RED HOT CHEFS MIGF2014” ni, ianya bermula dari sepanjang bulan Oktober 2014. Korang boleh boleh tempahan di 03- 2162 2233 atau email ke rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com


Harga hidangan “RED HOT CHEFS MIGF2014” di RENAISSANCE Hotel ni adalah

RM188++ per person (without Sake)
RM238++ per person (with Sake)
RM158++ per person (without alcohol drinks)

Jom kite ke



Sagano Restaurant
RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

T: 603.2162.2233 
DL: 603.2716.9968

Selamat menjamu selera uolls!

Sudah tuh, aku pun menjejes air liur masa tulis entry ni