Showing posts with label filem animasi. Show all posts
Showing posts with label filem animasi. Show all posts

Saturday, March 12, 2016

Filem The Lion King di Saluran Disney (Saluran Astro 615)

Hi Korang,

Cuti sekolah ni, tv memang 24/7 bukak jelah kan. Yelah apa lagi nak buat selain daripada pi melancong dan buat ulangkaji sekolah kan.

Ni sini aku citer kan adik-adik yang peminat filem The Lion King ek! 


Karya hebat terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion Guard: Return of the Roar,” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20 Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard” yang akan ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.



“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.



Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.


Sempena pelancaran filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return of the Roar"!


“The Lion Guard: Return of the Roar” dan siri “The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini.

Ford Riley (“Special Agent Oso”) telah membangunkan filem dan rancangan bersiri ini dan menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif. Howy Parkins (“Jake and the Never Land Pirates”) pula merupakan pengarahnya.

Jangan lupa tengok tau!!



Friday, September 28, 2012

Movie Again : Hotel Transylvania Sangat Kelakar


Hi Korang,

Dah lama rasanya tak tengok wayang FREE dari Nuffnang dan Churp-Churp. So hari tuh adalah komen kat entry Hotel Transylvania ni so dapatlah tengok wayang FREE kat e-Curve Cineleisure Damansara.


Nasib baik ada muka-muka bloggers yang kenal so hang out dengan diorg je lah dan nasib baik gak lah dapat FREE pop corn dan FREE drinks. Rasanya sangat best!


Ok, meh citer pasal synopsis filem Hotel Transylvania


Sometimes monsters need a break too. That's why Dracula (voiced by Adam Sandler) opened Hotel Transylvania, a five-star resort where monsters and their families—including Frankenstein (voiced by Kevin James) and his bride, the Mummy, the Invisible Man, and a family of werewolves—can live it up without worrying about frightening or offending anyone in the human world.


Although he's a monster, Dracula is much like any other overprotective dad when it comes to his teenage daughter, Mavis (voiced by Selena Gomez). He makes up stories about terrible dangers in order to keep her from wanting to venture outside of the hotel. But that doesn't stop dangers from coming in.


Dracula's world starts crumbling when an ordinary human guy (voiced by Andy Samberg), manages to find his way into the hotel and happens to fall for Mavis

Bagi aku:

Filem ini mengisahkan kekeluargaan. Jalan cerita menarik, walaupun cartoon but sangat menghiburkan hati. Watak-watak macam Dracula yang very protective terhadap anaknya Mavis dan Jonathan yang gila-gila tuh sangat entertaining.


Kelakar itu yang boleh aku cakap sebab senantiasa korang akan tergelak dengan aksi-aksi lakonan hantu-hantu masa sampai di Hotel Transylvania ni. Cara diorg takut dengan manusia.


Mr Big kasi 4/5 star untuk filem ni. Best sangat.

Jom lah korang bawak keluarga menonton filem ni weekend ni, gerenti mesti korang gelak tak henggat punyalah.