Showing posts with label federal hotel. Show all posts
Showing posts with label federal hotel. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Sony Alpha NEX Blogging Challenge @ Federal Hotel, KL


Hi Korang,

Bukan tak nak pegi ke Final Astro Blogger MasterChef tapi aku pergi mencuba nasib ke Sony Alpha NEX Blogging.  Satu-satunya event yang mencabar diri untuk mengupdate blog secara live di Federal Hotel, Bukit Bintang Sabtu lepas.

Federal Hotel, kalau nak pi kena park kereta kat Low Yatt Plaza

Kali nie Mr Big tak de coz dia bukan blogger tapi aku ditemani oleh ahli #GTBMY Hazman. Dia pun register last minute gak, nasib baik dapat tau. Ktorg hang out dulu kat Paparich sebelum melangkah kaki ke Selangor Suite dalam Federal Hotel ni.


Once masuk je, Mr John sibuk meregister nama ktorg dan memberikan ktorg camera Sony NEX-5N ini sorang satu. Sementara menunggu peserta lain, ktorg sempat bercamchore dulu dengan Sony NEX-5N ni.


Bila semua peserta dah ready then, he welcomes Mr Donovan Chan for his talk regarding Blogging and Photos Tips. Nampaknya banyak perkara lagi yang aku tak tau pasal blogging ni kan, tetiba terasa cetek je ilmu aku mengenai blogging ni kan.  


Untuk hilangkan rasa ngantuk dan lapar ktorg di hidangkan dengan light lunch yang aku rasa ok gak lah.


Acara yang di nanti2kan oleh semua peserta but first Mr John bagilah penerangan sket pasal Sony NEX-5N ni, tak kan nak petik2 gambar sesuka hati kan. Tekan sana pusing situ kan.  After a few minutes belajar pasal camera ni, ktorg di bawa turun ke pool site dalam Federal Hotel untuk buat outdoor photoshoot.


Its time to take photos guys.  So dalam masa 45 minit tuh, memacam shoot dan angle yang ktorg dapat belajar. Aku yang first time join photography workshop ni memang rasa teruja sangat. Yelah dapat belajar benda baru kan. Abis photoshoot je, ktorg terus start live blogging. Bayangkan dengan dah penat kat luar tup tup masuk dewan kena menulis kan. Hah terasa tercabar gak lah aku kan. 


Dah nama pun ‘Live Blogging’ so tulis apa yang terlintas di otak je lah kan.  Nasib baik internet live memang super duper laju so semangat nak menulis pun membuak2 kan.


Lepas je ktorg submit entry untuk dinilai, aku sambung lagi bercamwhore dengan Sony NEX-5N kan. Snap je apa yang terlintas kat depan mata.  

Masa yang ditunggu dah tiba, semua entry di nilai oleh Mr Donovan. Apa yang baik dah buruk semua dia explain kan dan dengan itu aku cuma dapat tempat ketiga je coz ada few mistake yang aku buat kan.  Huhuhuhu tak per lah, janji bukan last tau.


Aku rasa photography workshop ni memang antara event yang terbaik yang pernah aku hadiri sepanjang career aku berblogging ni. Totally menduga akal dan minda lah.  Cuma aku nak komen sket ada lebih baik kalau duration workshop sebegini dipanjangkan menjadi satu hari. Rasanya lebih banyak lagi aku boleh explore mengenai Sony NEX-5N ini.

Anyway terima kasih to Mr John, Michelle dan Donovan for this very informative event. Hopefully kalau ada lagi event sebegini, jemputlah aku ek.


Later, aku akan cerita lagi mengenai Sony NEX-5N ni secara details.


Notes : Gambar yang di ambil dalam entry ni, menggunakan camera lapuk cap 'X' ek, yang dah jatuh banyak kali dan terlepas nak pegang. Bukan dari Sony NEX-5N







Monday, October 17, 2011

Aku Pemenang 'Sony Alpha NEX Blogging Challenge'

Hi Korang,

Mesti cam tak caya kan yang aku menang 'Sony Alpha NEX Blogging Challenge' ni? Ye betul tau. Tak caya boleh pi tanya Hazman tau. 


Jeng jeng ini hadiahnya. Walaupun kecik je but cuba tengok saiz memory card tuh. 16GB okeh, kau hadoh? heheheh. just joking ok..

Actually, memang aku menang dalam 'Sony Alpha NEX Blogging Challenge' ni tapi aku dapat no. 3 je. So tak de hadiah coz hadiah untuk tempat pertama dan kedua je.


Inilah pemenang tempat pertama. Nama dia pun aku tak tau, inikan blog dia plak kan. Actually dia ni baru je buat blog sehari sebelum pertandingan ni. Ermm blognya pun x appear lagi dalam Google list tapi yang aku perasan gambarnya ada 3 keping je dalam entry tuh. Agak-agak macamana judge boleh pilih ek.


Ini pemenang no. 2, Hazman Fadzil. Dia memang patut menang pun coz entrynya ikut rules yang di tetapkan. Cuma judge tak perasan kot coz gambar dia lagi banyak dari pemenang no. 1 kan.

Tapi cam ne aku leh dapat hadiah no. 2 tu kan? Ermm itulah rahsia blogger tegar. Aku ada kuasa magic untuk buat Hazman bagi hadiah tu kan aku. Jangan x caya okeh

Hahahahahhaha.. 

So stay tune untuk citer pasal 'Sony Alpha NEX Blogging Challenge' ni tau.




Saturday, October 15, 2011

Seronoknya Di Sony Alpha NEX Blogging Challenge

Hi Korang,

Mesti korang tertanya2 apa menda yang aku tengah seronok sangat dengan benda comel dari Sony ni kan. Ermm itulah, now aku dalam Sony Alpha NEX Blogging Challenge kat Federal Hotel ni. 


Sony NEX - Small But Sweet

Ermm is actually a camera workshop dari Sony. Yelah aku kan Sony user yang tegar so mestilah join event2 sebegini. 

Deretan Sony NEX 3N dan 5N

Contest tau kat Federal Hotel

Mr Donovan Chan 

Lepas registration ktorg di introduce dengan Mr Jon dari Sony dan Mr Donovan Chan iaitu salah sorang yang expert pasal blog ni. Of courselah ada talk sket mengenai ' What Makes a Good Blog and How Important Photos in Blog'. Ermm memacam info lah yang aku baru tau mengenai dunia blog dan photo ni.Sangat best. 

Mr Jon

After light lunch, masa yang di nantikan jeng jeng jeng ktorg di introduce kan dengan Sony NEX-5N Camera. Bila start pegang je, aku dah boleh feel the auranya. Memang syiok arh. Itu belum on button lagi kan. So Mr  Jon cerita serba sket pasal Sony NEX-5N ni. Pelbagai features menarik dan awesome lah kan. 

Outdoor photoshoot

Remarks : Gambar-gambar di atas di ambil dengan gunakan camera cap 'X' lapuk aku tau.

Apalagi its time to reveal the excitement, ktorg di bawa ke pool area untuk photo shoot yang landspacenya sangat menarik. Nasib baik diorg ni sediakan model, kalau tak aku yang jadi model kot, hehehehhe. Gurau je lah.  

So inilah some gambar yang sempat aku capture guna Sony NEX-5N ni. 

'Soft Skin Effect'
Tengok model ni, licin betul kulit muka dia. Tak yah nak touch up apa-apa pun bila guna feature nie

'Macro Shoot'
Dengan guna function macro nie, tengok gambar air menitis cantik je kan.

'Hand Held Twillight'
Cantik untuk amik gambar tempat gelap / malam dengan tak payah guna flash


'Sweep Panorama' -
gambar ni di ambil non stop, dengan sekali click je tau. Cuma kena move sket badan. Ke atas boleh kebawah pun boleh.

'Sport Action' 
boleh ambik gambar bergerak dengan shutter speed yang tinggi. Cantik kan. Tak gegar langsung.


Remarks : Gambar2 features ini di ambil menggunakan SONY NEX-5N

Overall majoriti features dalam Sony NEX-5N ni sangat2 menarik. Totally sesuai bagi aku yang tak berapa pandai nak amik gambar macam photographer professional kan. Aku tak payah nak buat editing pun semua gamabr ni. Ternyata memang sangat cantik, tertarik Sony NEX ni memang deboom lah!


So korang, rasanya korang nak angkat satu tak? Kalau tanya aku, jawabnya HARUSLAH kan.

So terima kasih to Mr Jon dan Mr Donovan for this great experience. Segala ilmu yang di ajari confirm aku akan gunakan untuk kerja2 blogging masa akan datang.


Nota : Sekali lagi aku nak bagitau gambar2 features tu di ambil menggunakan SONY NEX-5N dan gambar2 sebelumnya menggunakan camera cap 'X' lapuk aku tau. Sila perhatian kan betul2 ketara perbezaannya kan.


Harap maklum.