Showing posts with label fazleena hishamuddin. Show all posts
Showing posts with label fazleena hishamuddin. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Teater Juta-Juta Buat Aku Terkesima

Hi Korang,


Aku bukanlah seorang yang taksub sangat dengan seni teater ni but bila di beri peluang untuk menonton Teater Juta-Juta ni aku rasa aku mula menyukai teater sebegini. 


Ianya bukan bercorak teater muzikal tetapi more to rileks dan santai je persembahannya tapi mempunyai mesej yang mendalam. Aku suka sebab aku paham jalan ceritanya


Stage yang cukup simple dan boleh di ubah2 sekelip mata. Props yang senang je, gantung je kat tepi dinding stage tuh. 


Para pelakonnya sempoi gak, 3 orang je. Tapi macam2 watak yang diorg bawak. Dari ahli korporat hingga ke pahlawan zaman Melaka. Pelbagai segi plot yang di persembahkan, bagi aku kesemuanya berdasarkan kehidupan realiti kita masa kini. 


Di pengujung persembahan aku perasan bahawasenya aku juga terlibat dalam persembahan mereka ini memang secara tak langsung dan juga aku perasan yang aku sebenarnya menonton teater dalam teater dalam teater.

Hah, apa macam? teruja tak. Memang pun. Baik korang pi tengok teater Juta-Juta ni. 

Info Mengenai Teater Juta-Juta


Tarikh: 10 hingga 13 November 2011


Tempat: Panggung Eksperiment Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya (Parking kat basement ikut je signboard)



Jam: 8.30 malam



Durasi Teater: 1 jam 15 minit (lebih kurang lah)




Pelakon: Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Riduan.



Sinopsis Teater Juta Juta:



Teater ini mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni.




Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.



Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.



Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya.




Harga tiket: RM20 sahaja (sila hubungi tokey wayang Hilal Azmi di 019 – 3572093)

Moh kite pi layan teater Juta-Juta nie ek!