Showing posts with label fashion show. Show all posts
Showing posts with label fashion show. Show all posts

Thursday, September 12, 2019

iORA Meraikan Pembukaan Rasmi Butik Konsep Terbesar Di Malaysia

Hi Korang,


iORA, label busana wanita yang berkualiti dan mudah didapati, dengan rasminya membuka butik konsep terbesar di Malaysia yang terletak di destinasi beli-belah ikonik, Mid Valley Megamall. 


Dengan keluasan menjangkau lebih daripada 9,000 kaki persegi, butik konsep baru di F-JA2(B), Aras Satu, Mid Valley Megamall ini adalah epitome kepada gaya penuh elegan, yang direka untuk memberikan ruang optimum bagi pengunjung kala membeli-belah dengan himpunan produk yang pastinya lebih memukau. 


Kak lily berkesempatan ke majlis perasmian butik konsep iORA ni di Mid Valley baru-baru ini, di samping majlis perasmian butik di adakan juga pertunjukan fesyen koleksi pakaian iORA kepada pada tetamu yang hadir.


Butik pertama iORA dibuka pada tahun 1998, menawarkan gaya asas tak lapuk dek zaman yang boleh dipakai musim demi musim. Daripada hanya satu jenama, iORA berkembang kepada 25 butik (termasuk butik mandiri dan butik konsainan) di seluruh Singapura dan Malaysia dengan mengetengahkan lebih banyak sub-jenama bagi menepati keperluan serta citarasa wanita era ini. Butik konsep ini merupakan butik yang ketiga di Malaysia dan terbesar seumpamanya.









Menempatkan tiga sub-jenama dalam satu bumbung - iORA, LALU dan SORA – butik ini pastinya akan membantu melengkapkan lagi ‘wardrobe’ setiap wanita. 

iORA mencipta pakaian asas berkualiti dengan serlahan stail yang dikemaskini bagi memenuhi gaya hidup wanita moden. Wanita iORA melengkapkan penampilannya dengan padanan klasik malar segar bersama sentuhan elemen trendy menepati musim. 

LALU mensasarkan pelanggan yang lebih muda dan dinamik. Pencinta fesyen percaya bahawa LALU menyerlahkan stail yang lebih ceria dan trendy, yang mana ia turut mudah digayakan dan mampu milik. 

SORA melengkapi padanan harian wanita dengan kasut, beg dan aksesori yang bukan hanya moden malah minimalis. Rekaan SORA mencetuskan gaya versatil dan penuh fungsi, yang merangkumi padanan kemas ke pejabat dan kasual.


Butik konsep baru ini turut menghidupkan DNA iORA, dengan ruang yang terbuka dan rapi bagi membolehkan produknya menjadi tumpuan utama. Kontemporari namun canggih, hiasan dalamannya dibiarkan minimal, seakan-akan ruang dalaman sebuah galeri seni. Dengan unit rak terhad, produk disusun dan dipaparkan dengan rapi mengikut jenama, variasi jenis, serta kombinasi warna bergaya, untuk cetusan rasa segar dan penuh semangat. Laluan yang lapang, ditambah pencahayaan yang selesa, turut membuatkan suasana keseluruhannya santai untuk pelanggan membeli-belah. 

Sejurus melangkah masuk ke butik, pelanggan disambut dengan ruang tumpuan yang penuh warna-warni dalam paparan pengayaan dari kepala hingga ke kaki, dengan koleksi rekaan terkini. Visual kempen terkini diletakkan di kedua-dua sisi dinding yang menonjolkan lagi ruangan dalaman butik sementara cermin berbingkai membangkitkan daya tarikan iORA yang tersendiri. Teruskan melangkah jauh ke dalam ruangan butik yang besar, dipenuhi lebih banyak himpunan koleksi fesyen, khususnya iORA dan LALU.


Selain ruang ini, bilik-bilik persalinan yang luas dan terang namun masih tertutup rapi, memberikan ruang peribadi yang diperlukan untuk mencuba sendiri helaian iORA atau LALU. Aksesori SORA juga diletakkan secara strategik di dalam butik, untuk memberi inspirasi kepada pembeli mengenai padanan aksesori terbaik sebagai pelengkap gaya. 

Serlahan warna unik koleksi Musim Luruh/Salju 2019 boleh dilihat kala membelek pelbagai jenis blaus, pakaian luar, baju panas, skirt, gaun, celana serta pakaian rajut. Pastinya akan ketemu rangkaian fesyen terkini yang merangkumi semua keperluan wanita, mudah digabung serta dipadankan untuk penampilan penuh keyakinan. Dengan siluet yang terletak cantik pada tubuh, ia sememangnya padanan sempurna dan selesa untuk penggayaan dari siang hingga ke malam, bahkan sebelum serta selepas waktu pejabat.


iORA sentiasa berkembang selaras dengan citarasa, pilihan dan keperluan wanita moden. Dengan wujudnya butik konsep baru ini, iORA mensasarkan untuk mencetuskan inspirasi kepada lebih ramai individu dalam mengembangkan gaya peribadi masing-masing di tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. 




Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Laman web :

Facebook: 

Instagram: 


Friday, April 5, 2019

Koleksi ADRYSSA ATELIER X SERINA, Rekaan Esklusif Untuk wanita ’PLUS SIZE‘ Di Luar Sana

Hi Korang, 


Bila dah dekat nak puasa ni secara automatik dah fikir untuk persiapan raya kan hehehhe. 

Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak puasa balik hehehe eh puasa dah ganti ke tuh.. So yang mana-mana duk usha-usha baju raya untuk 2019 ni, nak kak lily kongsikan koleksi baju raya dari Ardyssa Atelier yang cantik menawan ni. 


Minggu lepas kak lily dan beberapa orang bloggers berkesempatan ke majlis memperkenalkan koleksi pakaian bersempena Lebaran 2019 dari Adryssa Atelier X Serina RTW. Wow hebat sungguh kolaborasinya dengan selebriti terkenal tanah air iaitu Serina Rezduan, paling best rekaan ni dikhususkan kepada wanita yang berbadan ‘plus size’ di luar sana dan kak lily salah sorang daripadanya tau. 

Eh apa nak malu untuk mengaku kita ni wanita ’plus size‘ kan, walaupun comey tapi sihat ye. 

Bila kak lily lihat koleksi-koleksi ini pada mulanya terus membuatkan kak lily jatuh cinta kerana keindahan pakaian yang ditampilkan terutama dari segi rekaan dan fabrik sangat unik dan lain daripada yang lain, meletakkan jenama fesyen ini setaraf dengan jenama gah yang sedia ada di pasaran. 

Kebanyakan koleksi dari Adryssa Atelier diinpirasikan daripada baju melayu tradisional. Biasalah hari raya ni, baju kurung memang akan tetap menjadi pilihan ramai kerana keselesaannya pabila di pakai pada hari raya. Maklumlah dengan nak berjalan beraya sana sini, kita memerlukan sesuatu yang ringkas dan selesa di pakai dan tampak cantik.


Inilah dia pemilik jenama Adryssa Atelier iaitu Encik Norman Anwar. Beliau orang kuat dalam setiap rekaan fesyen, pemilihan fabrik dan juga aksesori hiasan di atas pakaian. Seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu. 

Sepatah dua kata dari Serina Redzuan


Ini merupakan hasrat Serina yang inginkan lebih banyak pilihan pakaian 'ready-to-wear' untuk mereka yang bersaiz besar XL sehinggalah 4XL. Kolaborasi antara pihak Adryssa dan Serina akhirnya dapat menghasilkan koleksi pakaian yang cukup menarik, 'up-to-date' dan paling penting ianya ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. 

Ok ni kak lily perkenalkan 5 koleksi terbaik dari Adryssa Atelier X Serina RTW iaitu:- 

  • Sakura Fall
  • Andalusia
  • Warisan
  • Azalea & Eridalea
  • Adryssa Luxe 


Setiap koleksi tersedia eksklusif hanya 14 pasang sahaja dan bermula dari saiz S ke 4XL. Kebanyakan harga pakaian adalah bermula dari RM439 sepasang. 

Koleksi Sakura Fall 

Koleksi ini adalah inspirasi daripada fesyen Asia dan Timur. Ini terutama kita dapat lihat kebanyakan adalah potongan kurung moden dan juga terdapat rekaan leher seperti pakaian cheongsam. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik yang boleh kita pilih. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM199 sehingga RM439.







Sangat lembuk fabriknya dan sebenarnya jika kita menggayakan pakaian ini sudah tidak perlu dipadankan dengan apa-apa aksesori kerana corak di pakaian sudah menyerlah pemakaian si pemakai. 

Koleksi Andalusia 

Koleksi ini adalah inspirasi daripada artifak dari kesenian Islam negara Sepanyol sewaktu zaman kerajaan Moor. Dengan menampilkan rekaan baju bersama taburan manik dan labuci yang diimport khas dari luar negara.





Ianya juga adalah hasil buatan tangan yang direka dari inspirasi keindahan Kota Alhambra. Harga adalah bermula dari RM439 sehingga RM599 

Koleksi Warisan 

Untuk koleksi Warisan, rekaan bajunya lebih kepada klasik seperti potongan pesak gantung. Terdapat 7 warna ditawarkan dan untuk setiap satu warna hanya 12 helai sahaja. Jadi ianya memang esklusif. Harga yang ditawarkan untuk setiap pakaian adalah RM439.






Sejuk mata memandang. Begitu manis dan santun dalam berpakaian. Memang ciri-ciri wanita melayu menjadi idaman. 

Koleksi Azalea dan Eridalea 

Koleksi istimewa yang dibawakan oleh pemilik dan pereka fesyen di Adryssa Atelier. Kurung moden dengan perincian sulaman bunga dan manik di fabrik. Manik yang digunakan lebih berkualiti dan mahal.




Memang cantik bila digayakan terutama di hari raya! Harga yang ditawarkan adalah diantara RM439 sehingga RM699. 

Koleksi Adryssa Luxe 

Ini merupakan koleksi esklusif yang sesuai untuk majlis formal dan keraian tertentu. Setiap perincian di kain adalah manik dan 'feathers'. Untuk menghasilkan setial pakaian didalam koleksi ini sebenarnya memang mengambil masa yang agak lama.





Ini kerana perincian bukan hanya kepada pemilihan manik, bahkan tekstur dan pemilihan warna manik harus menepati aan bersesuaian dengan gabungan warna latar fabrik. Ini bagi memberi impak seri kilauan manik yang mampu menaikkan seri pada wajah pemakai.

Untuk koleksi ini kita boleh beli mahupun sewa. 


Harga adalah bermula dari RM1200 ianya bergantung kepada rekaan pakaian. Dan kita boleh membuat ukuran khas untuk mendapatkan potongan yang tepat dalam setiap busana yang dipilih. 

Sepanjang acara pertunjukan fesyen, kami bukan hanya dapat mencuci mata melihat rekaan pakaian terkini dari Adryssa bahkan kami juga telah dihiburkan dengan nyanyian secara live oleh 3 penyanyi jemputan yang hebat.


Penyanyi Ezlynn yang juga merupakan salah seorang rakan baik Serina turut hadir sebagai tetamu jemputan dan beliau juga berbesar hati menyampaikan lagu terbarunya iaitu Goyang. Kemantapan vokal tidak dapat dipertikaikan lagi dan penyanyi genit bersuara lantang ini telah membuat persembahan pembukaan.


Kenalkan Laila Sania yang baru berusia 17 tahun. Saya memang nampak potensi adik ini kerana beliau berjaya membawakan 3 buah lagu dengan baik. Sangat terhibur dengan persembahan dan Laila Sania antara pelapis penyanyi muda yang bakal mewarnai industri seni tanah air.


Finally persembahan yang sangat dinantikan oleh semua iaitu nyanyian dari Sharifah Zarina. Menyampaikan lagu Langit Ke Tujuh, lagu yang cukup 'legend' pastinya sangat ditunggu oleh tetamu yang hadir. Seperti Ezlynn, Puan Sharifah Zarina juga antara artis yang begitu rapat dengan Serina Redzuan. Kiranya mereka hadir ke majlis ini selain untuk menghiburkan tetamu ianya juga sebagai tanda sokongan kepada rakan baik mereka sendiri.


Ini hanyalah sebahagian koleksi yang sempat kak lily kongsikan bersama korang. Ada banyak lagi pilihan koleksi dengan pelbagai warna yang boleh dipilih. Paling penting ianya adalah rekaan esklusif yang hanya menawarkan 14 helai sahaja untuk setiap rekaan. Dan saiznya bermula dari saiz S sehinggalah 4XL.

Cantikkan baju yang Serina pakai ni, sesuai nak pi beraya nanti

Untuk tempahan dan pembelian pakaian ianya akan mengambil masa 3 hari bekerja kecuali untuk koleksi Adryssa Luxe yang memerlukan tempoh masa 3 minggu. Ini adalah disebabkan kerja pengukuran, jahitan manik untuk koleksi ini mengambil masa agak lama kerana ianya memerlukan kerja jahitan yang lebih terperinci. 50% bayaran deposit dikenakan untuk tempahan ini. 

Untuk melihat koleksi menarik boleh juga layari di:-

Lawati ke butik dengan temujanji:-

Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana 


Untuk pembelian dan pertanyaan boleh juga terus hubungi ke no telefon dibawah ya! 


So yang mana satu pilihan korang ye ermmm 

Semuanya cantik cantik belaka kan hehehhehe seriously rasanya cam nak beli je semua untuk pakai sepanjang bulan raya tuh nanti ek huahauhauhauahua



Tuesday, May 8, 2018

PRIMAVALET Fashion Hub Lancarkan Koleksi Raya Eksklusif Sempena Lebaran 2018

Hi Korang, 


Baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk fashion show yang di anjurkan oleh salah satu jenama fesyen terkemuka di tanahair iaitu PRIMAVALET Fashion Hub di Majestic Hotel Kuala Lumpur. 


Of courselah kak lily excited tengok fashion show ni sebab baju raya pun belum beli lagi hah so bolehlah cuci-cuci mata tengok koleksi dari Primavalet ni ek hehhehehe eh raya mestilah kena cantik-cantik kan walaupun muke nan hadonya hah hahahhaha 

Pada malam itu acara dimulakan dengan majlis Press Conference yang diacarakan oleh Dee dan barisan panel seperti pengasas Primavalet sendiri iaitu Dr Arshad bersama beberapa duta mereka. Di antara artis yang juga duta mereka adalah Nabila Razali, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Janna Nick dan Atikah Suhaimie. 

Wah first time attend Press Conference dulu ek sebelum show tapi bagus jugak, at least we got some idea apa yang akan di peragakan nanti so tak delah tertanya-tanya banyak sangat sebab semua info telah di beritahu dulu 


Dr Arshad (tengah) bersama barisan duta dan pereka PRIMAVALET 


"Untuk Syawal kali ini, Primavalet akan melancarkan lebih daripada 70 koleksi dan rekaan daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ini adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga yang sukakan konsep sedondon di pagi Syawal. Pemilihan duta PRIMAVALET adalah berdasarkan kepada jumlah pengikut di laman sosial dan juga imej artis itu sendiri. Beliau sangat menghargai artis yang pernah bekerjasama dengan beliau terutama kepada komiymen dan kesungguhan yang dipertonjolkan”. Dr. Arshad mengulas pada sesi pc tersebut. 


Malam tersebut diacarakan oleh dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Elfira Loy. Menghimpunkan lebih daripada 126 model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. 

pereka fesyen Ezuwan Ismail

pereka fesyen Shasya Habib

Pada majlis tersebut Dr Arshad juga turut memperkenalkan beberapa vendor utama yang juga turut sama menjadi penyedia koleksi terbaru Raya 2018 kali ini. Di antaranya adalah Ezuwan Ismail, Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co. Termasuk koleksi sendiri Primavalet iaitu PV Man, PV Women dan PV Kids. 












Well well well koleksi untuk orang perempuan memang tak payah cakaplah memang banyak sangat daripada baju kurung, baju kebaya, telekung, songket dan juga baju berasaskan fabrik saree. Di reka dengan cara tersendiri dan membawa identiti yang berbeza dengan tempat lain itu kekuatan Primavalet. 







Kagum jugak kak lily bila dapat menyaksikan koleksi pakaian Raya khas untuk kaum lelaki sebab selalu kalau orang lelaki terikat dengan Baju Melayu dan sampin sahaja. Tapi di Primavalet terdapat juga pakaian seperti jubah, kurta dan juga baju kemeja. 

Comel tak koleksi PV Kids ni



Kak lily pun suka, rasa nak belikan untuk Dak Aakif dan Dak Aalya je nanti..

Jap jap



Koleksi telekung pun ada gak tau, itula semuanya ada terhimpun di dalam satu bumbung Primavalet kan


Pada akhir acara kemunculan barisan duta atau dikenali sebagai "Star Of Primavalet" bersama dengan pakaian daripada koleksi mereka beraksi dengan gaya tersendiri. 





Kalau artis pakai dah cantik, apatah kita yang pakai ni kan hehehhehe of courselah lagi merelip dibuatnya

So standby duit bebanyak ek untuk serang outlet Primavalet tau.Paling seronok harga ditawarkan cukup berbaloi iaitu dari serendah RM70 sehingga RM380. Kesemua koleksi ini akan dijual di semua cawangan PRIMAVALET bermula 1 Mei 2018 secara berperingkat-peringkat.

Meh layan video yang sempat kak lily buat pada malam tuh ek


Apmacam??
Rasa geram membara nak beli kan hehehhe

Jadi jangan lupa untuk dapatkan koleksi Glam Lebaran Raya di ke semua cawangan PRIMAVALET seperti :- 

Ostia Bangi, Selangor (cawangan terbesar terletak bersebelahan tol Bangi) 

Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan 

Senawang, Negeri Sembilan 

Wangsa118, Wangsa Maju KL (cawangan terbaru yang telah dibuka pada 5 Mei 2018) 

Jika tidak berkesempatan untuk mengunjungi cawangan-cawangan PRIMAVALET, korang boleh dapatkan pakaian raya melalui pembelian secara atas talian (online) di www.primavalet.com atau melalui ejen dan personal shopper rasmi PRIMAVALET. 




Kredit gambar yang cantik-cantik kepada : https://m.facebook.com/azuddin.ahmadzin