Showing posts with label family dinner. Show all posts
Showing posts with label family dinner. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Seoul Garden, Sedap Gak Makan Ala Korea


Hi Korang,

Ktorg kalau balik kampung KL ni mestilah ada family dinner kat luar.


Biasalah bila dah penat berjalan satu KL time weekend ni, bagi chance sket lah kat omak mertua den rehat-rehat kan. Paling senang makan luar je lah.


So ktorg ke Festival City Mall, alah sekangkang kera je dengan umah omak mertua den ni, jalan punya jalan sampai ke Seoul Garden. Malas nak fikir, masuk je lah for dinner.

Lepas bayar lebih kurang RM226++ gituh (4 adult + 1 senior citizen (murah sket tau) boleh lah pilih tempat. Ya ampun, penuh betul dengan manusia kelaparan. Nasib baik ada meja tersorok sket, jadilah janji dapat makan.


Nama pun Grill Steamboat cuisine kan, so harusla cuba segala makanan yang disediakan kat buffet line tu. Hah letak semuanya kat dapur tengah meja dan tunggu sampai masak.


Paling aku suka curry squid dan coffee beef. Berulang kali pi amik, haruslah rasa kopi kan. Terbaik oooo


Kimchi adalah makanan rasmi orang Korea. Kalau nak ke sana mesti praktik makan kimchi ni dulu. Rasa cam sayur asin tu je lah.




Ok posing-posing sementara tunggu masak. Penting tuh, baru leh update status kat facebook kan.


Korang kalau nak ke sini, pi je kat Festival Mall Danau Kota tuh. Kat tingkat bawah sekali. 

Cam biasa gambo tak banyak coz ini bukan FOOD REVIEW ye. Heheehhe lagipun dah lapo sangat time tuh, itu yang terlupa nak snap gambar makanan kat buffet line tuh.

Selamat makan korang!




Wednesday, January 2, 2013

Anniversary Dinner at Tupai-Tupai Bangi


Hi Korang,

Anniversarynya dah lepas 2 minggu lebih but ari ni baru nak citer kan.


Dalam sejarah wedding anniversary ktorg yang ke 5 ni, ktorg tak berjalan kemana pun. Sebabnya tak de plan nak kemana dan nak simpan cuti untuk pi outing best-best akan datang ni.



Kesudahannya hari tu, ktorg pi anto kereta buat major service 2 hari dan malamnya plak pi makan dengan family Mr Big. 2-3 tempat ktorg pi yang majoritinya penuh, yelah orang gomen dapat bonus katanya dan akhirnya sampai gak ke Tupai-Tupai Bangi ni. Alah dekat, mudah dan harga not bad.

abang dan adik

lapo ni 

abang dan adik kecik

Ada hidangan ala-carte but ktorg prefer steamboat buffet je coz amat berbaloi, boleh pilih apa je untuk masak sendiri. 5-6 round gak aku bangun duduk ambil makanan kan.




Sementara nak tunggu steamboat masak, ktorg duk bedal goreng-gorengan yang sedap dan banyak isi dalamnya. Tak payah nak korek-korek apa dalam nasi goreng tu coz udang dah siap kopek sebesar-besar dan sebanyak mungkin ada tau.


Korang nak pi gak, ishkk suka tau follow aku ni

Ni tempatnya:

Address: Lot 1513-A, Kampung Sungai Tangkas, Batu 18 Jalan Bangi (Jalan Reko), 43000 Kajang , Selangor, Malaysia


GPS Coordinates: N2 56.693 E101 47.152


Bagi aku oklah harganya, walaupun kata orang pricey but for me ok je. RM30 per person korang boleh apa jua hidangan yang di sediakan ayam, ikan, segala jenis seafood, segala jenis sayur, air 7 jenis termasuk kopi dan the tarik,bubur ayam, bubur manis, tapai ais krim pelbagai warna dan yang paling best ada nasi goreng, meehoon goreng, kuayteow goreng yang ada banyak isi dalamnya.


So total damaged RM290 ( 8 dewasa + 2 anak sedara cina tuh)

panorama shot, Cool kan

Rasanya Restoran Tupai-Tupai Bandar Baru Bangi ni lagi best dari Bukit Petaling punya sebab kat sini semua all in termasuk air, tapi kalau kat Bukit Petaling air kena order asing. Tak ke untung tu kan.

So, Selamat Makan Korang!

p/s: gambo tak berapa banyak coz ni bukan food review ye, semuanya snap guna Samsung GALAXY Camera.