Showing posts with label fadilat sahur. Show all posts
Showing posts with label fadilat sahur. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Sahur Dengan Horlicks® Di Bulan Ramadan Ni

Hi Korang,

Sahur memang penting bagi kita di bulan puasa ni.

Ini merupakan sumber tenaga kita untuk menjalani ibadah di bulan puasa ni, so kuranglah sket rasa lapar mencucuk, letih sebab kurang gula bagai kan
 

So ktorang berdua ni, haruslah minum secawan Horlicks kan. 

Ini kerana Horlicks merupakan sumber serat pemakanan yang baik dan sangat diperlukan. Sebagaimana kita tahu serat boleh membantu untuk menyokong sistem penghadaman badan seseorang apatah lagi apabila berpuasa meningkatkan lagi tahap keasidan perut. Dengan Horlicks secara tidak langsung dapat mengimbangi tahap keasidan dalam perut dan melambatkan rasa lapar bahkan mewujudkan rasa kenyang sepanjang hari.

Horlicks melengkapi nilai pemakanan yang diperlukan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan segala serat pemakanan. Pada masa yang sama, Horlicks juga diperkaya dengan Kalsium, Vitamin D, asid folik, multi-vitamin dan mineral yang diperlukan untuk membantu kita sepanjang melakukan aktiviti di sekolah, pejabat, di rumah dan di mana sahaja.

"Horlicks adalah mudah disediakan dan ianya mengandungi nutrien yang melengkapkan nutrien harian keperluan bagi perkembangan kita terutamanya kanak-kanak. Terutama di sepanjang Ramadhan, ia adalah sangat penting untuk makan makanan yang terdiri daripada campuran nutrien yang tepat dan lengkap untuk mencegah kekurangan mikronutrien" kata Katharine Chen, Pengarah GSK Marketing.


Bagi menyokong kempen ini, halaman facebook rasmi Horlicks telah berkongsikan beberapa tips menarik untuk Ramadhan dan memperkenalkan resipi Ramadan / Hari Raya buat ibu-ibu dalam menyediakan hidangan sahur dan berbuka buat anak-anak mereka. Orang ramai juga boleh berkongsi resipi Sahur inovatif mereka dengan memuat naik gambar ke platform media sosial mereka dengan menggunakan hashtag #SahurdenganHorlicks. Selain itu juga para ibu dijemput untuk mengemukakan pengalaman berpuasa menarik anak-anak mereka di laman Facebook. 

Pertandingan media sosial akan berjalan sepanjang bulan Ramadan dan penyertaan terbaik akan dipilih setiap minggu. Lima akan dipilih dalam jumlah dan mereka akan menang 12 pek Horlicks Chocolate Malt. Pertandingan ini berlangsung dari 18 Jun - 16 Julai 2015.


Untuk maklumat lanjut mengenai Horlicks, sila layari

atau 

atau hubungi GSK pengguna hotline di 1-800-88-3225 atau e-mel ml.customer-hubungan @ gsk.com.

Sunday, July 29, 2012

Susah Sangat Ke Sahur Ni


Hi Korang,

Sahur memang penting bagi semua orang especially pada Mr Big. Bagi dia kalau tak sahur tu tak payah puasa sebab dia memang perlukan energy daripada sahur tu.


Tak macam aku, memang dari zaman student lagi aku jarang bangun sahur sebab canteen UITM Sri Iskandar tuh bagi ktorg makan ikan tongkol je sepanjang bulan ramadhan tu. Itulah menjadi punca aku malas nak bangun kan. Berlarutan lah sehinggalah aku kawin ni kan.


So lepas kawin ni barulah start belajar-belajar bangun sahur balik. Kekadang tuh, Mr Big yang tukang kejut tapi dah lelama dia kejut aku lepas dia makan. Ishkk tak patut sungguh kan. Tapi dia cakap itu sebab nak mengajar aku supaya lebih cergas time bangun sahur.

Ermm gitulah gamaknya.

Tapi yang senang dengan Mr Big ni, dia tak nak makan nasi + lauk time sahur. Bagi dia makan benda yang senang dan mudah. So kat dapur aku ni sekarang dah macam 7-11. Ada cereal, oats, roti, biskut, roti ermm memacam lah.

Selalunya cereal yang jadi pilihan tapi bila dah muak tukar kepada roti telur. Kekadang tu kalau ade leftover masa buka tu barulah dia nak makan yang tu.

So far dah beberapa hari puasa ni, dia belum muak lagi dengan cereal so dapatlah aku tumpang sekaki sekali makan kan.

Aku plak? Minum air kosong je sudah pas tu terus sambung tidur balik.

Ni aku nak bagi tips atau guide bagi korang yang tak tau nak makan apa time sahur kan.


  1. Roti
Salah satu menu yang mudah. Korang sapu butter then terus je makan. Tak pun buat roti bakar. Kalau malas lagi roti tu korang cicah je dengan air milo ke nescafe ke kopi kan.


  1. Cereals
Ini favourite Mr Big ni. Konon-konon sahur tu cam breakfast lah kan. Nak buat interesting korang letak buah-buahan sket. Mantap!


  1. Fast Food
Bukanlah Mc D ke KFC kan tapi makanan frozen yang korang panaskan dalam microwave je. Macam pizza frozen, roti canai frozen kan.


  1. Canned Food
Makanan dalam tin seperti sardin, sambal ikan bilis ke, beef kurma, kari ayam. Ada jual kat supermarket kan. Buka tin, panaskan dalam kuali dan siap. Boleh makan dengan nasi panas-panas kan.


  1. Leftover buka puasa
Ini yang senang, kalau ada cam lauk-lauk time buka tu tak abis. Panaskan je kemudian ngap! Abis cerita.

Mudah kan. Tak payah nak pening kepala nak fikir apa untuk sahur nanti. Yang aku listkan tu tadi semua mudah dan senang didapati. So, no more excuse ye kengkawan.


Korang plak, sahur makan apa ek ? Meh citer sket ye..

Kesimpulannya, jangan jadi wife pemalas cam aku ek.


Wednesday, August 18, 2010

Jangan Salahkan Jam Kalau Terlambat Sahur!

Morning Korang,

Dah lama x menulis time pepagi nie kan. Terperanjat gak rasanya nie. Nak tau sebab apa?


Hah lambat bangun sahur lah. Aku rasa inilah first time terbangun sahur dah hujung2 nyawa dah nie. Sebelum nie memang tak pernah pun.

Walaupun aku bukan penggemar bangun sahur yang tegar, aku tetap bangun untuk temankan mrBig makan. Normally dia akan makan cornflakes dengan susu je. Jarang makan nasi kecuali aku masak untuk buka jika ada lebih. Tapi makan benda cam nie lagi bagus kan. Nah korang leh baca kat sini.


"Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.
Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih)"

So malam tadi, selalunya dia akan tidur dulu dari aku sebab aku nie heboh nar melayan bertweet2 dengan geng talibarut K Ina KL. Agaknya aku selalu conquer PC nie so dia plak duk melepak depan PC sampai tengahmalam kot ( aku tidur dulu) di samping itu hujan turun renyai2 plak kan. So agak nyenyak lah tidur memasing.


Tup tup, dia kejut aku dengan keadaan mengelabah. La rupanya lagi 10 minit dah nak waktu imsak. So kelam kabutlah dia kat dapur tadi. Capai apa yang dapat then trus makan. Aku teguk air suam je. By the time dia habis makan je, terus azan dah. Lepas abis makan tuh, terus dia membebel jam loceng tak bunyilah, dah kunci tapi sebenarnya terlupa nak kunci. Aku cakap, jangan salahkan jam okeh salahkan diri sendiri. Terus dia buat bodoh je.


Moral of the entry : Jangan salahkan jam loceng bila lambat bangun dan jangan jeles bila wife korang melepak dekat PC sampai larut malam (ala bukan buat apa pun kan!). hehehehhe

p/s: Korang jangan bagitau mrBig plak tau. Habis aku kene baham malam nanti! hehehehehe

Pics : Thank you Google