Showing posts with label facial cleanser. Show all posts
Showing posts with label facial cleanser. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

Produk MEERACLE Memperlihatkan Keajaiban Batu Permata Kepada Kecantikan Wanita

Hi Korang, 

Bila bercakap mengenai batu permata, ermm apa yang terlintas di fikiran korang?? Of courselah korang mesti kan barangan perhiasan wanita kan kan kan .... 

ltu jelah korang tau kan'? 

Tapi kalau korang nak tau selain daripada dicjadikan barangan perhiasan wanita, batu-batu permata ni juga dijadikan produk kecantikan kerana st[ukturnya yang kaya dengan mineral yang boleh menghasilkan kulit menjadi lebih berseri. 

Like seriously!! 


Baru-baru ni kak liy berkesempatan ke majlis pelancaran produk kecantikan MEERACLE yang dulu di kenali sebagai Meeracle Gemstone Beauty ini dan kini memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasikan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara. 


Dan kalau nak tau, produk jenama MEERACLE ni merupakan jenama pertama di Asia yang menggunakan ekstrak unik di antara campuran tiga bahan batu permata ini yang disumberkan daripada France dan dengan formulasinya yang dicipta khas, menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus. 

Diasaskan oleh Puan Meera Nordin dan dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn. Bhd, rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal. 


"Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk Facial Cleanser dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas," kata Meera Nordin.

Oh ya ada satu sumber mengatakan bahawa, berlian yang dikisar halus ini berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona Jama kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri. 

Keajaiban batu rubi merah memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ianya membantu memulihkaff, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warn a kulit kelihatan merah jambu. 

Kemujaraban dengan sinarnya yang bergemerlapan, pearis mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata. 

Keunikan formula batu permata adalah bahan utama dalam rangkaian produk-produk Meeracle yang mempunyai bahan aktif semula jadi untuk memberikan hasil yang terbaik. 


Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn. Bhd; Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid juga telah merasmikan "EMPOWERING YOU", iaitu satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat (CSR) yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. 

WOMEN EMPOWERMENT YEAR 2018 #TMW18



Bekerjasama rapat dengan para Master Stokis Meeracle, yang merupakan tulang belakang kepada rangkaian pengedar jenama tersebut d an program ini menawarkan para wanita dengan latihan, sesi mentor serta kit untuk memulakan perniagaan. 

"Wanita adalah golongan semula jadi yang bekerja keras lagi bersemangat dan dengan membantu mereka yang memerlukan pendapatan sampingan lebih, kami juga berharap dapat membantu menambahbaik kehidupan anak-anak mereka, keluarga dan juga komuniti. Program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Kami berazam untuk mensasar lebih kurang 50 ke 60 orang wanita untuk tahun yang pertama," kata Raja Haziq ketika pelancaran tersebut.

Kak Lily rasa bagus program CSR ni, at least dapat membantu kaum-kaum ibu di luar sana bagi meningkatkan taraf hidup mereka kepada lebih baik.
 

Sempat bergambar dengan Puan Meera Nordin don Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid, ermm keno belajar dengan diaorang cara mereka mengendalikan Meeracle ni ek 

MEERACLE mengeluarkan dua produk kecantikan mereka iaitu: 

Meeracle Facial Serum 
Meeracle Facial Cleanser 

Kedua-dua produk ni mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan yang ketara pada jangka masa yang singkat. 


Meeracle Facial Serum merupakan produk formulasi baru yang di tambahbaik dan ianya sangat-sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit muka, di dalam botol 30ml yang dijual dengan harga RM79 sebotol. 


Produk Meeracle Facial Cleanser ini mengandungi apple stem cell dan avocado yang masing-masing boleh meningkatkan pertumbuhan dan keupayaan sel kulit serta menghilangkan kedutan dan parut jerawat pada raut wajah. Di jual dalam botol 5Oml yang dijual dengan harga RM49 sebotol serta mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. Pencuci ini juga mempunyai bahan yang terbukti kesegaran aloe vera serta teh hijau anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.

Kak lily dah cuba pun kedua-dua produk ni so far memang berkesan kepada kulit kak lily ni, yelah orang kulit berminyak ni memang senantiasa mencuba mencari produk yang sesuai untuk kulit kan. lanya berbentuk losyen tau bukan gel mahupun foam based sebab tuh cepat meresap kedalam kulit dan kedalam kulit dan kalau betul-betul korang perasan, bila losyen di sapu di kulit terus warna losyen tuh bertukar ke warna merah jambu hehehhee betula kan 

Lebih baik digunakan secara set, Meeracle Facial Serum dan Facial Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.

LIST OF STOCKISTS AND AGENTS 




just klik mengikut negeri yang korang kehendaki ye... 

Produk MEERACLE ini terjual di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Australia dan Dubai. Oh ya, nak bagitau produk ni hanya boleh di dapati melalui dealer yang di-lantik melalui www.meeracle.com.my

Di sebabkan korang ni pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni, korang boleh dapatkan 20% diskaun bagi setiap pembelian set. Hanya gunakan code MEERACLELILY terus je korang boleh dapat. 

Hubungi Ms lka 010-298 5279 untuk diskaun ye. 

Jangan lupa LIKE and FOLLOW Meeracle di social media ni tau 

Website : 

Facebook: 

lnstagram : 


#formulagemstone 
#meeraclegemstoneserum 
#lstgemstonebeautyproductionasia 
#meeraclegemstonebeauty
#meeracle
#newlaunching
#allnewmeeracle
#meeracleempoweringyou






Sunday, September 28, 2014

Philips VISAPURE Beauty Pampering Session @ Vila Manja SPA,KL

Hi Korang,


Dapat lagi jemputan dari Philips, yeah suka suka suka..

awal sangat sampai

Kali ni untuk produk kecantikkan terbaru mereka iaitu Philips VISAPURE. Media launch di adakan di Vila Manja SPA kat Jalan Damai KL ni. Ermm sebab dah biasa pergi tak delah sesat barat pun cuma jem teruk kat Jalan Ampang tapi managed jugak sampai awal ek.

makan-makan dulu

Sepatutnya aku masuk second session tapi di sebabkan tersampai awal, malas nak buang masa joinlah 1st session ada beauty bloggers yang lain macam YanaYassin, Liza Razak, Ashley, Rane dah 2-3 orang bloggers lain.


Terus je aku masuk masa product briefing di jalankan oleh pakar aesthetic physician Dr Christina Chea mengenai kulit muka kita secara umum. Maklumlah bila umur meningkat ni,kulit nak kena jaga especially bahagian muka, kang orang kata umur baru 30an tapi bila tengok muka dah macam 50an ermm korang nak ke? Haruslah tidakkkk


So Philips VISAPURE ni merupakan alat pembersih muka yang sangat-sangat lembut dan mencuci kulit muka 10 kali lebih efektif daripada tanah. Hah gituh sekali! Produk VisaPure ini direka oleh pakar dan technical experts dari Philips sendiri dan diuji oleh expert skincare laboratories, digabungkan dengan dermatological expertise melalui smart technology untuk kita-kita ni.


Menurut kata Dr Christina, memang kita semua basuh muka dengan tangan je kan,of courselah bersih tapi di celah-celah lubang pori-pori ke, parut jerawat ke kita tak nampak kan. So VisaPure ni membantu kita bagi membersihkan lagi kotoran-kotoran degil tu ek.

Ermm seronoknya bila dengar menda-menda kecantikkan cam ni. Tapi tak guna jugak kalau teori saje praktikal tak de kan.

amik gambar dulu

So abis je product briefing, ktorang di bawa ke atas Villa Manja untuk sessi tutorial plak. Wah tutorial gituh, ktorang di tempatkan di beauty station sorang satu. Siap ada beautician sekali ek.

Aku di terangkan satu per satu cara menggunakkan VisaPure ni.


Tengok ni aku cuba sendiri kat tangan, memula lukis dulu garisan guna eyeliner


tengok hasilnya yang sebelah kanan tuh guna #VisaPure la

Kemudian letak pencuci muka pada kedua-duanya, lepas yang satu tu guna jari dan satu lagi guna VisaPure ni. Ermm hilang terus daki kan.

letak foundation kat kulit orange tuh

tengok #VisaPure bekerja, abis licin semuanya

Yang kedua, cuba plak pada kulit orange. Kita sedia maklum yang kulit orange kan cam berlubang-lubang tu. Now kita test letak foundation kat sekeliling orange tuh.

kyushuk benau menengoknya

Hah ko terus hilang segala kotoran degil termasuk di celah-celah lubang di permukaan kulit orange tuh. Power kan.


Ikut je step by step cara bersihkan muka menggunakan Philips VisaPure ni ek


buat kat dahi 20 saat je

kat pipi plak, 20 saat ye

Terus cuba di muka sendiri plak, nampak kesan-kesan di bahagian yang kelam-kelam tu hilang. Rasa cam bersih betul kulit muka ni.

Meh kita tengok apa yang terdapat didalam kotak comel ni ek

set Philips #VisaPure yang aku dapat

Model SC5275/10 (orange color) Rm799
2 speed setting
Normal brush head and Sensitive brush head


Model SC5265/12 (blue color) Rm699
1 speed setting
Normal brush head

The brush head normally have to be replaced after 3 – 6 months.



Normal skin replacement brush head SC5990 RM59

Sensitive skin replacement brush head SC5991 RM69

Exfoliating skin replacement brush head SC5992 RM69

Korang kalau minat sungguh dengan Philips #VisaPure ni, pergi je ke memana Harvey Norman Outlet yang berhampiran dengan korang ek, tak pun layari laman web www.philips.com.my

Nanti aku citer apa kesannya setelah menggunakan Philips VisaPure selepas sebulan ek..

Tunggu..




Monday, May 13, 2013

Neutrogena Deep Clean Facial Wash untuk Kulit Sihat Dan Cantik


Hi Korang,

Ni ada facial wash terbaru keluaran Neutrogena bagi korang yang sukakan bauan fruity-fruity tau.

Aku petik dari PR media yang sudi share pasal produk ni



Jenama penjagaan kulit No. 1 yang paling disyorkan* oleh ahli dermatologi, Neutrogena®, melancarkan dua siri baharu di bawah rangkaian Deep Clean® – iaitu Neutrogena®Brightening Mulberry dan Neutrogena® Revitalizing Pink Grapefruit.


 Pembersih muka Neutrogena® Deep Clean yang menyeri dan menyegarkan kulit dengan ekstrak mulberi dan limau gedang

“Di Neutrogena®, kami percaya bahawa kulit yang bersih ialah langkah pertama untuk kulit yang sihat dan cantik.  Dengan siri pembersih muka baharu kami yang diperkaya dengan ekstrak mulberi dan limau gedang merah jambu, rangkaian Neutrogena® Deep Clean®  kini membersihkan kulit secara mendalam, serta menyegar dan menyerikan kulit.  Produk ini memberi perbezaan ketara dan menjadikan kulit sihat dan cantik sebagai keutamaan," kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Bersekutu, Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Ekstrak mulberi di dalam Neutrogena® Brightening Mulberry membantu menyerlahkan kulit yang jelas cerah dan berseri, manakala sari limau gedang merah jambu menanggalkan sel-sel kulit mati agar kulit nampak lebih muda dan sihat.




Seperti semua pembersih muka yang berasaskan teknologi Neutrogena® Deep Clean®, dua siri baharu ini juga berkesan menanggalkan 99 peratus kekotoran, minyak, bendasing dan sel-sel kulit mati, menjadikan kulit bersih, segar dan sihat.

Kedua-dua siri ini merupakan pembersih muka buih ultra yang membersih jauh ke dalam pori-pori dengan buihnya yang halus dan kaya, yang terbentuk apabila keluar daripada botolnya; dan pembersih skrub yang mempunyai butiran pengelupasan halus untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.  Kedua-dua cara ini berkesan untuk menyerlahkan wajah yang lebih berseri dan segar dari dalam.   

“Siri Brightening Mulberry dan Revitalizing Grapefruit ini juga diuji oleh ahli dermatologi bagi ciri bebas minyak, bebas alkohol dan tidak menyumbat pori-pori.  Komitmen kami ialah memberi pelanggan kulit yang sihat dan cantik dengan formulasi yang mesra kulit.  Itulah sebabnya kami merupakan jenama nombor satu yang disyorkan oleh pakar kulit di seluruh dunia,” tegas Ong.

Berikan kulit anda keserian dan kesegaran yang anda idamkan!  Rangkaian Neutrogena®Deep Clean® Brightening Mulberry dan Revitalizing Pink Grapefruit boleh didapati di farmasi-farmasi utama di seluruh negara. 




Untuk maklumat lanjut tentang Neutrogena® dan produknya, sila layari dan “like” Facebook Neutrogena® Malaysia di www.facebook.com/MyNeutrogena.


Korang yang masih lagi tercari-cari apa produk yang sesuai dengan kulit muka korang, why not cuba yang ni. Nanti kalau aku ada dapat produk ni untuk review, aku citer kat korang ek.

Chow…