Showing posts with label duit raya. Show all posts
Showing posts with label duit raya. Show all posts

Friday, April 22, 2016

SR-9 Fat Burner Untuk Kurus Dan Lebih Sihat Tanpa Tahan Lapar

Hi Korang,



Kurus
Kurus 
Kurus

Siapa tak nak kurus kan? Rasa majoriti orang-orang kat luar sana yang saiz secomel aku memang nak kurus. Mungkin matlamat kita sama tapi cara kita berbeza, ada orang nak kurus sampai tak makan langsung, ada orang nak kurus ikut diet atkins, ada orang makan pil kurus dan memacam style lagi kan.

Tapi aku?

Memang teringin nak kurus tapi tak de sampai menjerut diri, tahan lapar tak bertempat ikutkan sangat peraturan ubat kurus tuh. So aku memang sentiasa mencuba produk ubat kurus ni, memang banyak ada yang bersesuai dan ada yang tidak. Yelah tak serasi dengan badan, confirmlah aku takut nak makan kan.


Baru-baru ni aku di perkenalkan dengan SR-9 keluaran syarikat RBS Network Sdn Bhd ni, terima kasih kat blogger Mia Liana tau, dialah yang bersungguh-sungguh promote produk ni kat aku.





Rasanya produk ni baru je di pasaran lah. Sempat kitaorang ke product briefing SR-9 baru-baru ni, memacam ilmu yang aku dapat mengenai produk kesihatan ni ek

Meh aku citer lagi mendalami mengenai SR-9 ni ek

APA ITU SR-9?

Mixed Botanical Powder Sachet ( Orange Flavour )

SR-9 Adalah satu formula khas yang dicipta bagi membantu mengurangkan lemak dan menambah tenaga. Membantu pembinaan otot agar kelihatan Cergas, Sihat, Menawan dan Bertenaga.

- Meningkatkan Metabolisma
- Mengawal Selera Makan
- Membakar lemak 200% X pantas 
- Memberi Tenaga EXTRA



#BakarLemak #BinaOtot #Cergas #Sihat #Menawan #Tenaga #Nakkurus #Taklapar #FatBurner #KuruskanBadan #Langsing #Menawan # Ramping #SR-9 #Ubatkurus

Wow menarik kebaikan SR-9 ni ek. Meh kita tengok pulak bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman kesihatan ni ek

Bahan-Bahan aktif yang digunakan dalam SR-9

Glutamine - Mengekalkan otot badan
Creatine - Membantu menyalurkan tenaga
Protein - Membina otot, hormon, enzim, sel, asid nukleik dan komponen imunisasi badan
Asidamino - Komponen utama dalam pelbagai metabolisma
L-Carnithine - Salah satu asid amino yang paling penting bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan
Fenugreek - Mengawal peningkatan kadar kolesterol dalam badan
Garcinia Cambogia - Membantu mengawal nafsu selera makan
Tribulus - membantu dalam peningkatan hormon testosterone (hormon lelaki)
Catuaba - Membantu memberi nafas baru dalam kehidupan seksual lelaki dan wanita

Kesemua bahan-bahan ni kalau diikutkan memang bahan-bahan untuk membakar lemak dan membina otot.

Cara-Cara Pengambilan SR-9


1. Tuang 1 Sachet ke dalam 150ml air mineral / air kosong dan kacau.

letak air coway je senang

ok Mr Big minum dulu segelas, 



kemudian baru aku segelas

2. Untuk penurunan berat badan yang Optimum, Ambil 2 Sachet Sehari. Pagi apabila bangun tidur dan 1 jam sebelum bersenam.

3. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari.(8-10gelas)


PENYIMPANAN SR-9

Simpan di tempat sejuk dan kering,Elakkan daripada sinaran matahari secara langsung.


Korang nak tengok hasil dari pengambilan SR-9?

TESTIMONI PENGGUNA SR-9





Tengok gambo kat atas tu, nampak tak, nampak tak???

Banyakkkk perubahan dan penurunan berat badan oleh pengguna SR-9 ini. Kalau diorang boleh kenapa kita tak boleh kan?? Teruja untuk mencuba produk SR-9 ni? Korang je teruja abis aku haruslah sangat sangat terujaaaaa..


Tapi sebelum korang yakin untuk menggunakan produk SR-9 ini pasti bermacam macam soalan bermain di fikiran korangkan? Ni aku share sket info mengenai SR-9 ni ek

FAQ.

*Soalan - 1 Botol SR-9 boleh digunakan berapa lama ?

Jawapan - Setiap 1 botol SR-9 mengandungi 20 sachet untuk kegunaan 20 hari. Bagi anda yang ingin kesan yang lebih cepat bolehlah mengambil 1 sachet pagi dan 1 sachet sebelum bersenam di waktu petang/malam.

*Soalan - Cara pengambilan SR-9?

Jawapan- Tuangkan satu sachet kedalam segelas air yang mengandungi 150 mlm sejuk atau suam. Pengambilan sebaiknya adalah ketika perut kosong.

*Soalan - Apakah perisa SR-9

Jawapan - SR-9 berperisa oren.

*Soalan - Adakah SR-9 memberi side effect ?

Jawapan- Tiada sebarang side effect yang dikenalpasti. Insyaallah

*Soalan -Sekiranya tidak lagi mengambil SR-9 adakah berat badan akan menginkat naik semula?

Jawapan- Tiada kebergantungan terhadap produk ini. Anda boleh stop sekiranya telah mendapat bentuk dan berat badan yang anda inginkan.(ideal)

*Soalan - Adakah mesti berpantang?

Jawapan- Tiada sebarang larangan atau istilah pantang kerana SR-9 bukan ubat ianya hanya sejenis minuman botanical (minuman kesihatan)

*Soalan - Adakah senaman itu perlu?

Jawapan- Senaman adalah bagus untuk setiap orang. Bagi anda yang melakukan senaman, kesannya amat cepat dan sangat membantu proses pembakaran lemak. Tapi bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersenaman pun akan mendapat kesan penurunan berat badan dengan SR-9

*Soalan - Pembuangan air kecil ?

Jawapan- Bagi anda yang baru menggunakan SR-9 kekerapan pembungan air kecil akan berlaku, kesan tersebut amat bagus untuk melancar system perkumuhan. Boleh dikata kebanyakanya akan mengalami proses ini. Tetapi anda dinasihatkan supaya mengambil air yang banyak (air putih) setiap hari bagi mengelakkan penghidratan berlaku (kekurangan air dalam badan)

*Soalan - Bolehkah SR-9 diambil bersama ubatan lain?

Jawapan- Jarakkan dalam tempoh 2 jam pengambilan.

*Soalan - Adakah wanita hamil boleh mengambil SR-9?

Jawapan- Wanita yang hamil adalah dilarang sama sekali mengambil produk yang berunsurkan penghidratan atau sebarang produk sliming.

*Soalan - Wanita yang menyusukan bayi boleh mengambilnya atau pun tidak?

Jawapan- Wanita yang menyusukan bayi boleh mengambilnya setelah bayi mereka berumur 6 bulan.

*Soalan - Bagaimana pula penggunaan SR-9 bagi pesakit darah tinggi ,jantung atau kanser?

Jawapan- Pada dasarnya SR-9 tidak memberi effect, Ianya hanya minuman botanical, Tetapi adalah terlebih baik anda mendapat khidmat nasihat pakar.

*Soalan - Siapakah yang boleh menggunakan produk SR-9

Jawapan- Lelaki dan wanita seumur 16 tahun dan keatas.

Ok kan, rasanye semua info yang korang nak tau dah ada jawapannya kat atas kan, bagus bagus bagusss

HARGA SR-9


HARGA PROMOSI BELI DUA BOTOL PERCUMA SATU!!!!

Harga untuk sebotol SR-9 ialah RM170 bagi semenangjung dan RM180 bagi Sabah dan Sarawak. Tapi kini ada promosi terbaru dari syarikat pengeluar SR-9 iaitu RBS NETWORK iaitu Beli dua botol SR-9 dengan harga RM320 daan akan akan menerima sebotol SR-9 PERCUMA!

Bagaimana untuk mendapatkan produk SR-9 ini?

Produk SR-9 ini dijual secara ONLINE dan OFFLINE melalui agen . 

Untuk order atau keterangan lanjut bolehlah klik di link link dibawah dimana akan akan diibawa terus ke laman FB, Instagram dan website mereka..

014 6118445

klik SR-9 HQ (fb page)

klik rbsnetwork (instagram)

Klik http://www.rbsnet.biz (website/Blog)

Secara ringkasnya ...


SR-9 ADALAH SATU FORMULA KHAS YANG DICIPTA BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN ANDA. DENGAN FORMULA SECRET 9 YANG AKAN BERTINDAK SECARA KHUSUS PADA BAHAGIAN LEMAK YANG DEGIL DAN MEMBERI BOOSTER ENERGY UNTUK MEMBENTUK OTOT BADAN AGAR KELIHATAN KEKAL,TEGAP DAN SIHAT BERTENAGA.


"SAY NO TO OBESITY,

LET'S FIT WITH SR-9 FORMULA"

#BakarLemak #BinaOtot #Cergas #Sihat #Menawan #Tenaga #Nakkurus #Taklapar #FatBurner #KuruskanBadan #Langsing #Menawan # Ramping #SR-9 #Ubatkurus



Thursday, August 23, 2012

Bersederhana Je Aidilfitri Tahun Ini

Hi Korang,

Dah raya pun. Sekejap je dah 5 hari raya kan. Memang tak terasa langsung. Seronok dek makan-makan, sembang2, camwhore dengan family member kan.

Bagi ktorang berdua, tak de lah sehebat mana pun. Konsep bersederhana dan ala kadar je untuk raya kali ni. Tak nak buang duit sangat lah. Lagipun ktorg ni mana lah dapat bonus kan so berbelanja biasa-biasa je lah.

Disebabkan raya dengan family Mr Big so ktorg kena tempah baju sedondon satu family untuk family photoshoot. Nasib baik kain disponsor oleh MIL aku cuma tempah je ktorg kena bayar sendiri. Yang lelain tu macam kasut, bag, aksesori tu guna hak lama jelah. Lagipun aku ni pakai sekali je, lepas tu terus dah tak pakai. Ini memang style aku, pakai 2-3 kali pas tu gone bagi kat sesiapa yang nak kan.

Untuk rumah, tak de ktorg berabis beribu nak tukar segala mak neka dalam rumah tu. Cuma Mr Big buang je sofa lama sebab dah tak boleh nak duduk lagi dan ktorg gantikan sofa extra yang tak pernah ktorg duduk sejak beli. Cuma letak bantal2 untuk hiasan je, kalau orang datang then baru sofa tuh berduduk. Langsir pun pakai lama punya coz aku ada banyak beli kain langsir ni masa warehouse sale kat Nilai dulu, yang belum bukak sarung lagi pun ada.

Atas pengalaman tahun lepas, ktorg memang tak nak beli kuih raya untuk tahun ni sebab membuang je tak de orang nak makan. Yelah orang datang raya semua aku masak, so kuih raya ni diorg tolak tepi gituh lah. Nak bagi perabis aku bawa pi office bagi bebudak kat opis ni makan.


Duit raya tu wajiblah kan. Anak saudara melambak-lambak so bersedekahlah sorang sket. Untung-untung ktorg dimurahkan rezeki kan.

Rasanya itu je kot persiapan ktorg untuk raya tahun ni. Simple je, malas nak serabut kepalalah nak fikir benda remeh temeh ni. Janji raya ni dapat get together dengan family dan sanak saudara dan bermaafan kan itu yang lagi penting rasanya.

Korang plak cam ne, mesti dah abis berribu untuk raya tahun ni ek.


Wednesday, October 19, 2011

Thursday, September 16, 2010

Semoga Dia Bahagia

Hi Korang,

Someone yang menyentuh hatiku kebelakangan ini yang membuatkan aku meronta2 menulis untuk dia.


Dia
Seorang yang periang lagi peramah juga baik hati

Dia
Sayangkan keluarganya, sahabatnya dan juga kucing2nya

Dia
Terlalu banyak berkorban untuk ibunya di antara lainnya

Dia
Yang selalu tersepit kasih sayang di antara 2 keluarga

Dia
Payah untuk membahagikan masa di antara keluarga, sahabat dan kekasih hatinya

Dia
Cuba berdikari di atas kaki sendiri tapi malangnya dia tiada upaya

Semoga Dia
Berjaya mencipta kegembiraannya yang tersendiri

Tapi

Aku takut
Dia akan bersendirian sehingga akhir hayatnya semata2 untuk kebaikkan keluarganya

Apa-apa pun

Aku
Tetap sayangkan dia walau apa pun terjadi padanya.

Bagi aku, dia nie seorang yang tabah dan cekal dalam menghadapi apa jua dugaan yang datang kepadanya. Aku harap dia baca luahan hati aku nie

Korang tolong doakan untuk kebahagiaan dia k!