Showing posts with label donation. Show all posts
Showing posts with label donation. Show all posts

Friday, September 26, 2014

RB berganding bahu bersama Save the Children untuk “Save a Child Every Minute”

Hi Korang,

Sedikit info di pagi Jumaat yang indah ini

RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser), syarikat peneraju dunia bagi produk kesihatan dan kebersihan pengguna, baru-baru ini melancarkan kempen di seluruh negara yang bertujuan mencegah kematian akibat cirit-birit di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun – melalui kempen “Save a Child Every Minute.” Bersandarkan visi global dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan untuk lebih 200 juta individu menjelang 2020, RB telah bekerjasama dengan Save the Children untuk menangani kekurangan amalan kebersihan dan fasiliti kebersihan. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara Ogos dan September 2014 akan disalurkan kepada Save the Children untuk program mencegah kematian akibat cirit-birit ini. Melalui inisiatif serupa sepanjang tahun ini meliputi negara di Asia Tenggara seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Sri Lanka, RB menyasarkan untuk meraih kutipan keseluruhan bernilai GBP 280,800.


RB telah bekerjasama dengan Save the Children sejak 2003 dan meraih lebih £15 juta (~ RM77.9 juta) dan membantu 2.5 juta orang termasuk 1.5 juta kanak-kanak untuk pelbagai program di seluruh dunia. Pada tahun 2013, kerjasama 'Healthier kids, Happier homes' dilancarkan semula dengan sasaran untuk mengurangkan jumlah kematian kanak-kanak akibat cirit-birit menjelang 2020 dan RB telah memeterai pelaburan sebanyak £23.5 juta (~ RM121 juta) sehingga 2015. Dengan fokus kukuh terhadap teknologi dan inovasi, RB juga komited untuk menyediakan produk penyelesaian bagi membantu menghentikan kematian kanak-kanak akibat cirit-birit. 


Berucap pada majlis pelancaran kempen ini, Encik Chander Mohan Sethi, Naib Presiden Kanan, RB Asia Tenggara: “Kami percaya bahawa setiap organisasi perlu dipacu dengan satu tujuan jelas. Bagi RB, tujuan kami adalah menyediakan penyelesaian berinovatif kepada individu untuk kehidupan lebih sihat dan keluarga yang lebih bahagia. Pencapaian kami tidak hanya menerusi produk berinovatif, malah turut dibantu kerjasama inovatif untuk mewujudkan kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan. Kami juga percaya, kerjasama bersama Save the Children merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kearah perubahan dan membantu menyelamatkan banyak nyawa kanak-kanak di bawah usia 5 tahun daripada mati akibat cirit-birit.”


Hina Nagarajan, Pengurus Besar bagi RB Malaysia & Singapura pula berkata, “Sebagai sebuah organisasi beridentitikan kesihatan dan kebersihan, kami percaya ia adalah tanggungjawab utama untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan statistik membimbangkan melibatkan kematian akibat cirit-birit di seluruh dunia. Kerjasama kami bersama Save the Children dengan tujuan “Save a child every minute” akan dijalankan menerusi pendekatan holistik: dalam merawat dan mencegah insiden cirit-birit dan juga bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Bermula Ogos, kami menyasarkan untuk meraih RM50,000 dengan menderma 5% daripada hasil jualan produk Dettol dan Harpic di antara 1 Ogos 2014 sehingga 30 September 2014.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjasama RB bersama Save the Children, layari - http://www.rb.com/our-responsibility



Tentang RB

RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser) merupakan sebuah syarikat peneraju dunia dalam sektor kesihatan dan kebersihan pengguna. Syarikat ini beroperasi di lebih 60 negara dengan ibu pejabat di UK, Singapura, Dubai dan Amsterdam serta mempunyai pasaran di hampir 200 negara. Pekerjanya dianggarkan seramai 37,000 orang di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rb.com/my-sg

TENTANG SAVE THE CHILDREN

Save the Children berkhidmat di lebih 120 negara dan membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak, memperjuangkan hak mereka dan membantu memenuhi potensi diri mereka. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.savethechildren.org.uk

Tuesday, October 16, 2012

SOFTLAN Breast Cancer Charity Campaign 2012 Ke Arah 1 Million Pledges

Hi Korang,

Dah 4 tahun berturut-turut rupanya Colgate-Palmolive’s mengadakan SOFTLAN’s Breast Cancer Campaign yang bertujuan untuk memberi  kesedaran orang ramai mengenai pentingnya pencegahan awal penyakit kanser payu dara (breast cancer). Ianya di adakan sempena World Breast Cancer Awareness Month setiap bulan Oktober.


Kenape aku boleh tak tahu? Ishkk memang teruk aku ni lah!


Dengan bertemakan ‘A Touch of Love, A Touch of Life’, kempen ini mengajak seluruh rakyat Malaysia membantu untuk mendapatkan 1 juta pledges dan RM100,000 untuk membantu mereka yang di dalam menghadapi penderitaan yang di tanggung selama ini.


Untuk menyebarkan mesej ini, Softlan telah melancarkan video kempen mengenai wanita-wanita yang gigih melawan breast cancer ini. Cerita mereka ini berkisarkan tentang kepercayaan, harapan dan cabaran yang boleh mengubah kehidupan mereka. Aku masa tengok video ni, hati jadi cam sayu je bila dengar semangat juang diaorang ni. Sedih tau nokss!


Untuk pertama kali juga, Softlan memperkenalkan kempen secara online (www.facebook.com/SoftlanBCC) sebagai cara yang mudah kepada umum termasuk generasi muda masa kini dengan membuat pledge. Terdapat juga info-info menarik mengenai  penyakit breast cancer ini dan cara pencegahan awal yang harus kita pelajari.

Cara untuk meraih 1 juta pledges?

Orang ramai boleh membantu dengan salah satu daripada 5 cara untuk menyokong BCC Kempen ini.

  1. Membeli barangan Softlan yang bertanda charity packs
  2. Singgah di Softlan Road show untuk sign the pledge
  3. Bergambar sambil meletakkan tangan di hati di Softlan Road Show
  4. Mengambil gambar sendiri dan mengupload di www.facebook.com/SoftlanBCC
  5. Share the campaign message di Facebook wall korang.

Dengan ini Soflan akan memdermakan RM100,000 kepada badan kebajikan Kanser ini.


Sepanjang bulan Oktober ini juga, Softlan akan mengadakan road show ke 7 lokasi pasaraya terkemuka di semenanjung Malaysia khas untuk orang ramai khususnya wanita bagi membolehkan mereka ini mendapatkan free check-ups dan belajar mengenai breast self-examination dari doktor dan jururawat terlatih.

Lokasi Softlan Road Show Dan Tarikh



Dengan adanya kempen seperti ini kepada orang ramai, Softlan mensasarkan jumlah kutipan dari RM75,000 tahun lepas ke RM100,000 untuk tahun ini bagi menyokong badan-badan kebajikan yang berkaitan seperti Breast Cancer Welfare Association (BCWA), National Cancer Council (MAKNA) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM).


Hah senang je kan? Duduk depan PC tu update blog boleh plak kan, apa salahnya singgah di www.facebook.com/SoftlanBCC dan buat 1 pledge. Kalau semua orang buat rasanya kita dah membantu ramai pesakit breast cancer ni.

Sekarang ni memanglah kita tak de apa-apa, mana tau kot-kot 10 tahun lagi akan datang. Langit tak selalunya cerah so sediakan payung sebelum hujan lah ye.

So jom kite pledge ye…