Showing posts with label dolly dim sum. Show all posts
Showing posts with label dolly dim sum. Show all posts

Wednesday, January 23, 2019

Dolly Dim Sum ‘Beauty of Togetherness’ Sempena Tahun Baru Cina 2019

Hi Korang, 

Seriously lama betul tak citer pasal Dolly Dimsum ni ek. 


Sejak adanya Dolly Dimsum kat ioi city mall ni selalu benau kak lily pi makan kat sana. Makan beria tapi malas nak tulislah sekadar update kat socmed je, sekarang kan itu yang di pandang netizen kan hehehhehe 



So bila dapat jemputan dari Dolly Dimsum Sunway Piramid ni haruslah jangan di lepaskan peluang sebab outlet ni baru je di buka tau, ala-ala event perasmian gak sekali dengan sambutan tahun baru cina. 


"Beauty of Togetherness" itu yang Dolly dimsum ketengahkan untuk tahun baru cina 2019 ni, yelah asyik sibuk je bekerja siang malam 24/7 kan so why not kita seat down together dan makan-makan bersama yang tersayang dan sahabat handai. 

Apa kata kalau korang sambut Tahun Baru Cina dengan makan dimsum di semua cawangan Dolly Dimsum yang berdekatan dengan korang. Tahun ini Dolly Dimsum membawakan PROSPERITY SET dan HAPPINESS SET. 


Bermula dari 22 Jan hingga 19 Feb, menu perayaan khas ini korang boleh dapati di semua cawangan kedai Dolly Dim Sum. Set menu makan malam juga akan disediakan supaya korang dapat memastikan tetamu korang tidak perlu risau tentang apa yang hendak dipesan. Kedua-dua Prosperity dan Happiness set ini bermula dari RM60++ per pax dan untuk 6 orang satu group. 



Kalau tahun baru cina tak ada Yee Sang tak sah dan dalam set ini akan ada sekali Luna Yu Sang dimana tahun ini kebanyakan Yee Sang akan ada sekali dengan kulit Ikan yang crispy dan juga homemade plum sauce. 

Di dalam set ini juga korang akan dapat beberapa menu menarik seperti Har Gao Dumpling, Spicy Szechuan Dumpling, Sweet and Sour Beancurd Skin Roll, Yam Croquette, Golden Chicken Nugget, Prawn Cheong Fun, Stir-Fried Australian Asparagus dan Salted Fish Fried Rice. Juga ada beberapa dessert yang enak seperti Lucky Carrots dan juga minuman special untuk tahun baru ini iaitu Lunar Blossom Mocktail 

Baked Mini egg Tarts 

Siew Mai Dumpling 

Panfried Radish Cake 

Popcorn Prawns

Belacan Crab Fried Rice 

Prosperity Dumplings

Lucky Carrots

Lunar Blossom Mocktail

Sebagai tanda penghargaan kepada korang pelanggan setia Dolly Dimsum, bermula dari 4hb hingga 7hb Feb 2019, setiap perbelanjaan dalam satu resit RM200 korang layak untuk menerima sebotol Homemade Dolly Pineapple Tarts. Stok sangat terhad tau dan tartnya sedap wei, kak lily dah rasa dah pun heheheh 

geng setable yee sang

Tempahan atau pertanyaan umum, sila hubungi nombor cawangan masing-masing yang disenaraikan di bawah atau e-mel dolly@dollydimsum.com untuk pertanyaan pertanyaan. 


Cawangan Restoran Dolly Dimsum :- 
  • Avenue-K 03-2181-3830 
  • IOI City Mall 012-2642-018 
  • NU Sentral 03-2273-1450 
  • Pavilion Elite 03-2110-5019 
  • Sunway Putra 011-1040-5617 
  • Sunway Pyramid 012-201-8161 

Mari LIKE  dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Laman Web Rasmi: 

Facebook Page: 

Instagram : 



Thursday, December 24, 2015

Dolly DIM SUM Di Avenue K, La Makan DIMSUM Lagi Ek

Hi Korang,

Dah 3 hari berturut-turut aku citer pasal DIMSUM ek!

Kenapa plak dengan ko ni kan Cik Lily Putih oit, tengah kemaruk dimsum ke hapo? Bengong betul pompuan ni lah. 

Kira aku dah boleh buat citer koleksi dimsum halal lagi sedap lah kan hahahahhahahaa just kidding.


Aku memang dah lama nak pi makan Dolly DimSum kat Avenue K ni tapi Mr Big malas nak masuk KL during weekend so terlanjur ada keja sket kat area tuh aku pun singgah pi makan kat sana. Tak delah makan beria-ria pun coz time tuh dah kul 4.30petang cam tu so makan ringan-ringan jelah.


Kedai ni memang kat level ground floor dalam Avenue K ni tapi korang kena tengok signboard ek, dia share dengan ada restoran sebelah depan iaitu Fresca Mexican Restaurant ek. So sebelah belakang sket, alah korang tanya ke reception kat depan tu nanti dia bagi guide. 



dia ni kot nama Dolly ek


Masuk ke area restoran tu dah rasa cam kat China dah, dengan deconya, dengan kerusi mejanya dah macam kat Dinasti Yuan, hahahha korang ni percaya je 

So tak tau nak order apa ek.


Lama jugak aku duk menatap menu book tu, baca satu persatu ingredients yang terkandung dalam each dimsum. So inilah yang menjadi pilihan tekak

Siew Mai

Apa ntah nama, tapi dalam udang ooo

Beef balls

Tak leh order bebanyak sebab lepas tu nak pi makan lagi pun, ada keja dengan team #BloggerKakiMakan. So chil-chil sajor, sambil makan sambil layan youtube. Oh ye, pilihan Chinese tea dia sedap-sedap belaka ek.



Lepak kat kedai Dolly Dim Sum ni sampai Mr Big datang, dapatlah dia merasa dumpling udang tu 2 ketul coz lepas tu dapat call yang bebudak #BKM ni dah sampai. Bayo jelah.

In terms of harga, mahal sket daripada kedai dimsum kat luar tuh. Kira semangkuk ada 3 ketul bersamaan dalam RM9-10, so yang ada budget lebih tu bolehlah pi makan kat sini. Menu lain cam fried rice ke noodles berpatutan. 

Korang nak pi gak, ini tempatnya

Dolly Dim Sum
Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 
156 Jalan Ampang
Kuala Lumpur, Malaysia
03-2181 3830
Hours: 11am – 10pm daily

Bagi korang yang tak pernah cuba makan dimsum tuh don’t worry, tanye je kat waitress tu nanti dia suggest apa yang patut dicuba kan hehhehehe

Ok itu je..

Abis dah citer pasal dimsum halal, lepas ni citer pasal trip berjalan-jalan plak ek hehehhehe