Showing posts with label demonstrasi masakan. Show all posts
Showing posts with label demonstrasi masakan. Show all posts

Monday, June 29, 2015

Demonstrasi Memasak IDEAL® bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob

Hi Korang,

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan musim Raya kali ini, MasterChef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob memberi inspirasi kepada kita untuk menyempurnakan resipi ciptaan istimewa yang menyelerakan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®. Beliau menyediakan beberapa hidangan inovatif yang pasti menambat selera dan menarik perhatian pengunjung Tesco Extra Mutiara Damansara baru-baru ini.


Di acara tersebut, Chef Dato’ Fazley yang memenangi MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, penyanyi, usahawan, penceramah motivasi dan bapa kepada 3 orang anak berkata, “Saya belajar memasak daripada dua wanita istimewa dalam hidup saya – nenek dan ibu saya. Mereka sentiasa memberi inspirasi dalam pelbagai cara dan satu daripadanya ialah keupayaan mereka untuk mencipta resipi dengan penuh kasih sayang. IDEAL® sentiasa dekat di hati kerana ibu saya telah menggunakannya sejak saya kecil. Menerusi kerjasama dengan IDEAL® Ramadan ini, saya telah mendapat banyak maklum balas menggalakkan daripada peminat saya bahawa resipi ini telah membantu mereka dalam merancang juadah Ramadan tahun ini. Saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk mencuba resipi yang inovatif dengan IDEAL® .”

“Sebagai anak jati Negeri Sembilan yang mempunyai pendedahan dalam bidang patisserie dengan institut Le Cordon Blue di Paris, saya sentiasa mencari idea untuk menerapkan unsur kreatif dalam masakan saya. Matlamat saya ialah untuk menyajikan ciptaan yang lazat dan menepati cita rasa Malaysia, tetapi dengan sentuhan tersendiri. Seperti Lempeng Butterscotch dengan Strawberi yang saya sediakan hari ini, saya mendapat inspirasi daripada Penkek Barat dan mengubah suai resipinya supaya menjadi lempeng kegemaran tempatan. Perbezaannya ialah saya menggantikan Karamel yang biasa digunakan dengan Gula Melaka yang digandingkan dengan IDEAL®. Untuk menambah kelazatan dan menyempurnakan manisan ini dengan penuh berkrim, saya sudah tentu gunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®,” tambah Dato’ Fazley. 


Memandangkan musim perayaan akan tiba tidak lama lagi, Dato’ Fazley berkata, “Saya gemar menyediakan juadah istimewa untuk menceriakan keluarga dan tetamu yang datang bertandang rumah. Puteri Mandi ialah contoh manisan yang akan saya sediakan khas dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, untuk menggantikan santan, bagi menambah rasa penuh berkrim dan aromanya. Saya menghargai detik-detik kita dapat berjumpa dan bersantai sambil menikmati keenakan juadah dan mengeratkan silaturahim. Lebih bermakna lagi jika kita dapat berkumpul untuk menyambut ketibaan Syawal memandangkan pada waktu lain saya sibuk dengan pelbagai tugas saya.”


Mengulas mengenai kerjasama dengan Dato’ Fazley, Ketua Kategori, F&N Dairies, Cik Eileen Chan berkata di acara tersebut, “Dengan IDEAL®, kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan hidangan sempurna yang dihidangkan dengan penuh cita rasa dan menyerlahkan daya kreatif untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan sahabat handai. Dato’ Fazley sememangnya seorang chef yang inovatif. Kami amat menghargai bakat dan komitmennya untuk menetapkan piawaian baru dalam santapan yang menambat selera.” 


IDEAL® bersama dengan MasterChef Dato’ Fazley telah menjayakan demonstrasi memasak di pasar raya Giant Batu Caves Mall dan Mydin USJ Mall sejak awal Jun 2015 untuk berkongsi pelbagai resipi istimewa yang dicipta bersama IDEAL® sempena dengan musim perayaan; lantas membuktikan keunggulan jenama kegemaran ramai ini sebagai teman sejati untuk memberikan rasa dan tekstur lemak berkrim bagi menyajikan masakan dan manisan enak yang tiada bandingan, baik digunakan semasa membuat kek untuk majlis istimewa, pembuka selera, minuman, manisan mahupun untuk hidangan utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, sila layari www.fndairies.com.

Tuesday, July 30, 2013

Temui AMINA MasterChef Australia Season 4 Hari Ini

Hi Korang,

Kalau korang memang kaki Masterchef Australia yang sibuk duk tayang kat Channel 709 Astro Lifetime mesti korang kenal dengan Amina El Shafei yang merupakan salah seorang peserta untuk Season 4 kali ni.

Dan berita baik nak bagi tau kat korang yang AMINA ni ada di Malaysia untuk minggu ni.


Kalau nak jumpa dengan beliau meh kita reramai ke





Master Class @ Mid Valley Megamall
Mid Valley Megamall

Centre Court
Tuesday 30 July, 8pm


Amina akan berkongsi beberapa tips dan rahsia masakan beliau di dalam demonstrasi Masterclass malam ni nanti. Nanti bolehlah korang share-share resipi kan coz Amina ni very adventures dalam dunia culinary ni


Sambil tu boleh rasa masakan daripada air tangan beliau sendiri.

Eh, jangan lupa datang tau. Semua di jemput hadir, tua muda, kecik, beso, kaki makan, tukang masak, peminat AMINA datanglah.

Aku haruslah special, dapat jumpe AMiNA dulu dari korang, jangan jeles...



Monday, October 24, 2011

Masak2 Dengan Chef Florence Tan @ Restoran Rebung, Bangsar.

Hi Korang,

Weekend lepas aku dapat jemputan ke Sessi demontrasi masakan bersama Chef Florence Tan kat Restoran Rebung Bangsar. Sessi masakan ini adalah anjuran Majalah RASA dan BestariFood yang merupakan pengeluar produk masakan yang terkenal dengan perencah ayam goreng yang sedap sekali.


Aku pi dengan Zurie, salah sorang geng GTBMY kan. Saja nak kasi dia explore sket camne nak cover event kan. So sementara menunggu event start, kitorg mengexplore segala tempat kat dalam Restoran Rebung ni. Actually restoran in split into 2 tempat satu memang tempat dining hall yang  besar dan satu lagi untuk private2 function gitulah kan. Deco2nya menarik gak, more to barang2 lama dan antik. 

Simple je set demo ni kan

Bagus produk ni, marilah cuba kan

Pembantu Chef Florence dari Bestari Food

Ok event start dalam kul 11 cam tu coz dek menunggu peserta yang lambat kan. Janji orang Malaysia betul. Even Chef Florence Tan pun kul 9 pagi dah sampai tau. So marketing manager Bestari Food Mr Eddy, membantu Chef Florence memperkenalkan segala jenis produk perencah masakan keluaran syarikat nya.




So sambil memasak, Chef Florence sempat juga tanya2 soalan sambil bagi ktorg hadiah lagi. Best tu bertambah lah dapat produk Bestari ni kan. Dapat jugak aku hadiah kecik kan. Then ktorg di bagi rasa segala makanan yang di masak tadi. 

Ayam goreng ranggup

Aku sempat rasa ayam goreng spicy, cauliflower tempura dan cucur udang je. But totally sedap lah. memang ikut tekak aku lah kan. 


Ternyata memang aku gemuk kan hahahahahah

Sebelum balik, sempat jugak lah aku dan Zurie bergambar dengan Chef Florence Tan ni. Ala buat kenang-kenangan katanya. Bukan senang nak jumpa chef terkemuka ni kan.

Then, terus je ktorg pi collect goodies bag kemudian pi makan plak kat area dining hall kan.

Dapat ni dalam goodies bag

Ada resipi istimewa lagi disertakan jugak tau

So terima kasih kepada Bestari Food dan Rasa kerana bagi peluang kat aku untuk enchance lah skill memasak aku dengan produk Bestari ni dan juga many thanks to Restoran Rebung sebab bagi ktorg makan masakan kampong yang sangat pedas tapi sedap sekali.