Showing posts with label daging salai. Show all posts
Showing posts with label daging salai. Show all posts

Friday, October 21, 2016

Makan Tengahari Di Kedai Salai Mastar Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Hi Korang,

Hari sabtu pun malas masak ek !!

Bukan malas lah tapi tak sempat sebab ada event paginya, macam minggu lepas aku ada coffee workshop sampai ke tengahari. Sampai umah je dah kul 1 petang, Mr Big baru je terhegeh-hegeh nak pi mandi. Ishkk bangun lambat lah tuh, aku ni dah jauh jalan dia situ jugak.

Kepala pening sebab tak tau nak makan apa, puas fikir sana situ sini then akhirnya teringat kedai nasi kukus ayam dara kat sungai ramal dalam tuh, so terus gerak ke sana.

La sampai sana tutup plak..

Sambung pening balik ek, tup-tup ternampak ramai pulak orang kat medan selera sebelah belakangnya. Mr Big pun cakap kita singgah makan kat sini jelah ek, malas nak mana lagi dah. Aku terus park kereta then masuk kedai.

itik salai

daging salai

Rupanya kedai makan masak lemak cili api yang lauk pauknya salai-salai macam itik salai, ayam salai, daging salai, keli salai. Wow ini sudah bagus ni so mari order, so beratur sebab ramai menunggu ni tau. 

tempe cicah kicap, sambil tunggu order sampai


nasi kukus, ikan masin penambah selera, sambal belacan sket

Daging salai masak cili api

Ayam salai masak cili api

Kitaorang order ayam salai, daging salai masak cili api dan ikan keli salai tanpa kuah.


Alah tak lama pun tunggu sebab semua dah ada, just nak tambah kuah je atas lauk-lauk yang di salai tuh. 

Mr Big kalau amik gambar aku mesti tak semengah, selalu nak nampak aku buruk je ek huahaua.. jeles la tuh kalau aku cantik dalam gambar kan 

Sebab lama tak pekena lauk lemak cili api so memasing bertambah-tambah makan, langsung tak pandang kiri kanan. Padahal ramai je memember Alza duk sekali makan kat situ kan hahahahha ishkk memalukan, menjatuhkan martabat wanita sungguh lah aku ni 

So cuba teka berapa semua sekali ?

Aa RM30?

RM36?

RM29?

Ermm salah.. harga semua sekali adalah RM20!!! 

Murah bangat seh!!


Aku nak explain kat mana tempat ni pun tak tau lah sebab MrBig je yang expert jalan-jalan kampung kat Kajang ni. Kalau nak pi korang cari Pavilion Steak House kat Sg Ramal Dalam tuh then kedai ni dalam barisan yang sama dengan kedai steak tuh, cuba cari medan selera adikku

Ok selamat menjamu selera semuanya…

Thursday, August 2, 2012

Mini Burger Di Bazaar Ramadhan Jasin


Hi Korang,

Selalunya korang tengok burger saiz yang biasa je now dah ada mini burger plak tau.


Mini burger ini aku discover masa pergi bazaar ramadhan di kampong aku kat Jasin tuh. Tengah duk leka jalan-jalan tup tup Mr Big boleh terpandang plak

Burger comel ni kan. Memang comel sangat lah dan murah kan.


Ini adalah daging ayam dan daging yang telah pun disalai terlebih dahulu sebelum di buat daging burger


2 bekas ni iaitu serunding ayam dan serunding daging akan di letakkan diatas daging tu nanti untuk tambah kesedapannya


Tengok tu daging di goreng lagi sebelum di susun jadi sebiji burger. Betul ke ayat aku ni ek


Ok its time tu susun. Letak itu letak ini

Dan tada…

Tak sabar nak makan time buka dan tak sempat jugaklah aku nak ambil gambar coz adik aku dah sebat 3 biji sekali time buka. Sedap sangat rasanya. Belum pernah dia jumpa lagi mini burger ini sepanjang bulan puasa ni.

Ishkk memang tau…

So tak de rezekilah korang nak tengok camne rupa bentuk mini burger tu bila dah siap kan. Nanti aku balik buka dengan mak aku, aku pi beli lagi ek