Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Sunday, March 22, 2020

Hujung Minggu Di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Hi Korang, 

Kitaorang memang tak plan pun untuk ikut #StaycationistaBeaute anjuran Swiss Garden Genting Highlands dan Toscana Clinic ni sebab baru je balik dari Viper Challenge di Ion Park Genting last week. 

Tup-tup bila Marcus pujuk 2-3 kali untuk join dan Mr Big seems ok je plak so ktorang pun agree untuk join tanpa sesiapa pun yang tahu sebab malas nak kecoh-kecoh kan. So bile bebudak ni excited asyik citer pasal trip ni, ahkak ko ni diam membisu seribu bahasa sebab takut rahsia terbongkar haahaha 


So jumaat hari tuh, lepas keje dari office Mr Big terus ktorang drive up ke Genting Highlands lagi. Nasib baik Swiss Garden ni tak sampai atas pun so dalam 45 minit ktorang dah sampai dah. Ya ampun cantik yer hotelnya tak pernah lagi kitaorang sampai ke mari. 

Just nice ktorang sampai time dinner so apa lagi gamat sekejaplah The Terrace Garden tuh ek, memasing terperanjat bila nampak ktorang seriously diorang cam tak percaya yang ktorang ada kat situ hahhaha. 

Magic tak?? Haruslah magic yer hehehee 

Lepas makan ktorang naik bilik dulu untuk kuar lepak hangout kan 

Tada ini lah bilik ktorang 

PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE 

Cantikkan biliknya. Bilik ala apartment mengandungi 2 bilik dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur comel sesuai untuk 4 orang. Of courselah kak lily serumah dengan anak-anak hakak hah Zharip dan Faries kan alah tak per dah biasa dengan diorang ni hah, Mr Big pun ok sajor dengan budah berdua ni dah macam adik beradik heehehhehe.. 











Siap ade dryer untuk basuh dan keringkan baju lagi ek so senanglah kan dah mandi swimming pool naik terus basuh baju. Eh Wifinyer laju ya amat ek, malam tuh sempat kak lily siapkan kerja-kerja opis untuk submission. 

Kalau korang nak tau ada beberapa jenis bilik di Swiss Garden Genting Highlands ni iaitu Deluxe Room, 1-Bedroom Suite dan Executive 2-Bedroom Residence

Cantik-cantik semua bilik dan view balkoni semuanya mengadap Genting Highlands yang kat atas tuh tau 

The Garden Terrace 

Selama 3 hari 2 malam kami di sini, ermm inilah tempat lepak untuk makan-makan tak kira waktu hehehe masa sarapan, lunch dan dinner semua di sini. 





Makanan sangat sedap-sedap belaka tak kiralah buffet breakfast. Fine dine lunch dan juga dinner semua authentic rasanya. Terletak di tingkat 5 di hotel ini, dan kalau korang nak tau view luar restoran ni sangat-sangat indeh wei, cantikkksss sekali. 

Kemudahan-Kemudahan Lain Di Swiss Garden Genting Highlands 

Ya ampun nampak macam hotel dan residence je kan tapi macam-macam ada rupanya di sini ek. 












Di antaranya gymnasium, kolam mandi rooftop, jakuzi, sauna, taman permainan kanak-kanak, gelanggang squash, tenis, bilik istirehat dan taman-taman indah di seluruh kawasan hotel ini. 

Jangan bimbang, ada lebih 300 parking kereta di bahagian basement hotel ini, oh ye ada perkhidmatan shuttle untuk korang ke Genting Premium Outlet, stesyen bas, stesyen cable car dan banyak lagi. 






So untuk korang yang inginkan percutian singkat di hujung minggu, kak lily cadangkan korang ke Swiss Garden Genting Highlands ni ek. Bilik yang cantik, view yang indah dan tempat instagramable yang hebat sekali 

Jom kite ke :

Swiss-Garden Hotel and Residences, Genting Highlands 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 

Tel :+603 9213 0777 dan +603 9078 2600 




#StaycationistaBeaute
#SHRGH #MeetYouUpHills
#SwissGardenGentingHighlands
#ToscanaMediClinic
#MediaCelebrityEvent
#MarcusOsmandOfficial




Thursday, July 31, 2014

Secawan Kopi Di Pagi Ini

Hi Korang,

Selamat pagi....

Ermm hari ni dah start keje pun.

Actually semalam sebenarnya tapi di sebabkan otak cam lembab-lembab je so malas lah. Terus call office cakap sambung cuti hehehhe.

So sempatlah kemas rumah, tukar langsir, kemas dapur kan.

 
Hari ni tak boleh lah nak cuti lagi, bangunlah seawal subuh pi kerja. Aik tengok trafik clear plak, apa lagi meh singgah kejap di kedai kopi favourite melayu urban kat Kuala Lumpur ni.


 
 
Malas nak fikir panjang, terus je order double shot espresso yang tall size je.

Sekali teguk terus terbeliak bijik mata.

Ok nak sambung kerja ye..

Selamat berhari raya pada korang yang still cuti lagi, ermm mesti tengah siap-siap nak pi open house sedara mara kan...

 

Sunday, January 12, 2014

Menu Makan Tengahari Orang Kampung



Hi Korang,

Weekend ni tak de kat rumah, ktorang balik kampung jap.

Event event gak kan, family jangan dilupa.


Masa sampai tuh, mak aku tengah masak plak. Apa lagi, cepat-cepat tolong apa yang patut. Yelah sekali sekala kan. Agaknya dah lama tak makan masakan mak, apa lagi Mr Big terus cakap terus hidang je lah dah lapar.

Mehlah intai sket apa yang mak aku masak


Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Kerang Rebus


Salad Tahu dan Telur Simple

Alah masak simple-simple je kata mak aku. Janji kenyang, tak yah makan mahal-mahal macam aku selalu makan tuh. Aik mak aku ni, dia stalk instagram aku ke ek? Hehehehhe tergelak Mr Big dengar.


Sekali sekala makan sekeluarga ni best kan, ayah aku siap makan bertambah-tambah nasi dibuatnya. Berselera katanya..

Anyway,

              Selamat Hari Minggu Korang....

Thursday, November 22, 2012

Jadi DUTA Genting Sekarang Ni

Hi Korang,

Hehehehhe tak tau nak cakap apa lagi


Memang muka aku ni muka bersepah kot. Ada je kat memana sampai pi memana dah ada plak orang kenal kan... 

Ni check out kat sini :


Segan mak noks...

Oh ye apa-apa yang korang nak tau pasal Genting boleh tanya kat aku ye. I rela menjawab segala soalan ye

Maklumla dah jadi DUTA GENTING kan ehehehehe

p/s : merryn aku curi gambo ni kat FB ko ye..


Saturday, September 15, 2012

Cupcakes FREE Untuk Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Nak makan cupcakes FREE pada 16th September ni sempena Hari Malaysia?

Meh check it out jadual kat bawah ni ye. 



Tak banyak tempat la, cuma kat bandar-bandar besar ye. Ala tak kisahla jadi dapat merasa kan.

So apa lagi, pi beratur cer cepat on that day ye..


Monday, June 4, 2012

Sibuk Main Dengan Awang

Hi Korang,

2-3 hari ni memang tak sempat nak update blog. Maklumlah line tak berape nak clear kat kampung aku ni kan.


LaGi plak aku sibuk main denGan si Awang ni. Hahh beruk bernama Awang. Comey je. Perangai cam bebudak kecik la. Bijak plak tu.

Ok nanti aku citer laGi nak kemas umah jap.


Wednesday, May 2, 2012

WW - Jangan Ambil Rumah Aku

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.


Jangan ambil rumah aku. Nanti aku nak tidur mana kan

huhuhuhuh

Gambar di ambil dengan Samsung Smart Camera DV300F


Tuesday, May 1, 2012

Selamat Berehat Blogger

Hi Korang,

Ermm dapat cuti satu hari ni sempena dengan Hari Pekerja kan. Yelah dah nama pun pekerja so haruslah pekerja berehat.



Eh, blogger pun pekerja jugak. Yelah tulis2 tu bukan kerja ke. Jadi aku sebagai pekerja dan blogger haruslah berehat 2 kali ganda kan kahkahakhakhakah

Berehat dengan erti kata lain, rehat2 di rumah ye bukan pi shopping abiskan duit. hkahakhaka

Tapi bagi blogger yang kejar traffic ni tiada rehat bagimu lah ye...

So longgggg...

CLP notes : Sebenarnya tak nak kuar umah sebab rambut I dah macam amoi jual sayur kat pasar huhuhuhu






Sunday, April 1, 2012

Rehat Sebentar

Hi Korang,

Akibat penat bekerja + berblogging maka kenalah merehatkan diri sebentar dari semua ni.



Jadinya hang out kat sini selama 2 malam. Having fun and rileks..

So esok sambung balik ye...

Selamat berhujung minggu....

Tuesday, January 24, 2012

3 Hari

Hi Korang,

3 hari tanpa internet
no FB, tak dapat nak tulis status

3 hari tanpa internet
tak dengar langsung bunyi tweet-tweet berkicauan

3 hari tanpa internet
blog memang tak de update

Memang terasa bosan gila. Macam katak bawah tempurung.



3 hari tanpa internet
Seronok bercuti ke sana kemari

3 hari tanpa internet
Dapat makan sesedap hati

3 hari tanpa internet
Sempat bergossip2 dengan family members yang jarang jumpa

3 hari tanpa internet
Sembang dengan kengkawan lama sampai tak ingat dunia

Kesimpulannya 3 hari tanpa internet ni memang totally mengajar aku cam ne nak survive without internet kan. But dapat jugak aku tau hal dunia luar gak.

CLP notes : Kite enjoyyyyy!



Friday, December 30, 2011

Tak Update Sebab Lenguh

Hi Korang,

Minggu ni memang aku tak de time sangat nak update blog lah. Yelah tuan punya blog pi bercuti so blog pun cuti gak lah kan.



Itulah kan, pas ni nak rehat kejap 1-2 hari kat umah coz terlalu lenguh sangat berjalan ke sana kemari kan.

Itu je..

p/s : pas ni mesti korang boring baca entry percutian aku percayalah..


Monday, December 26, 2011

Merah-Merah!

Hi Korang,

Memandangkan ktorg sekarang ni tengah cuti-cuti semalaysia, maka tempat pertama yang ktorg pi of course lah umah mak aku kan. Eh, mestilah check-in sini dulu kang tak berkat plak percutian aku kan.

So balik2 semalam, tengok kat laman tu


jeng jeng jeng

Tu dia buah rambutan bergayut2 kat pokok depan umah. Apa lagi turun kete terusje petik makan. Lama jugak lah aku lepak kat pangkin umah aku tu bedal rambutan ni kan. Dahlah segar manis plak tuh.

Nasib baik manis buah kalau manis gula mau kene potong kaki jawabnya, kena diabetes kan.

Ok nanti citer lagi, internet slow cam siput vavi ni.

p/s : Aku sempat pi Johor Premium Outlet tadi but tak leh nak masuk coz banyak giler kete nak masuk parking. Dekat 5km jem nak masuk. Ermm jawabnya kene datang lagi lah kan..



Friday, November 18, 2011

I Want To Break Free

Hi Korang,

Dah nak dekat weekend nie dan aku betul2 penat minggu ni. Dengan keje opis yang melambak, dengan event2 yang kena attend, dengan movie screening lagi, nak kemas umah lagi, nak layan baby beso lagi so I'll think, I need a break lah.

So dear, tolonglah bawak aku pi berweekend gateway ek.


Tak yah jejauh, dekat pun jadi lah kan. Asalkan aku leh bernafas seketika dengan tenangnya. Dapat pantai pun ok gak kan. Boleh guling2 kat pasir pantai sambil sun tanned sket ek.

Ermm memintak mimpi jadi realiti la ye...

Salam Hari Jumaat Korang...