Hi Korang,
Dah lama rasanya tak buat kerja-kerja buat kek ni kan. Yelah
nowdays memang tak de masa sangat. Terlampau sibuk sangat dibuatnya.
Celcom Hosts Exclusive Baking Workshop For National Pride
Bloggers and media rise up to the Celcom Cupcake
Challenge with hands-on, fun-filled activity.
Tapi bila Celcom menjemput ktorg ke Cupcake Baking Workshop
ni terus rasa teruja. Tapi Celcom dan cupcake? Cam pelik bunyinya kan. Rupanya
Celcom Axiata Berhad yang merupakan salah satu syarikat Telco yang terkemuka di
Malaysia sedang mengadakan satu pertandingan online iaitu Celcom Cupcake
Challenge yang berlangsung dari 30 Ogos 2012 – 20 Semptember 2012 sempena ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia
yang ke 55 dan juga sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September
2012.
Belum start lagi masa nie
Cupcake Baking Workshop ini di adakan di The Cooking House
yang disertai oleh 50 orang Malaysian bloggers dan wakil media publications
untuk belajar cara asas menyediakan cupcakes termasuk menghiasnya sekali yang
bertema semangat patriotik.
Menurut kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing
Officer Celcom Axiata Berhad “Pertandingan
ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bukan setakat kepada pelanggan Celcom
saHaja. Inilah masanya untuk mereka membuktikan semangat patriotik dengan menunjukkan
bakat dan kreativiti mereka. Kami memilih Facebook sebagai medium yang
membolehkan pengguna get together, berkongsi kasih sayang mereka kepada
Malaysia dan pelbagai lagi''.
Baking Workshop ini di acarakan oleh Chef Lu Soo Chee
(resident cake artist di The Cooking House) dan Chef Celebriti Rose yang
popular dengan rancangan Selera di TV3. Ktorg diberikan briefing tentang cara
membuat cupcake secara ringkas sebelum class bermula.
Satu team terdiri dari 2 orang. Since Mr Big jadi
photographer so aku partner dengan Yana Yassin. Bahan-bahan yang terdiri
daripada telur, butter, esen vanilla, tepung, susu telah pun disediakan. Ktorg
ikut je yang Chef terangkan tadi satu persatu.
Di antara bahan untuk buat cupcake
Kacau jangan tak kacau ye
Ok pecah telur ye
Masukkan tepung plak
Dah siap adunan, masuk dalam acuan
Comot kan
Susun dalam dulang plak
Ok bakar time
So sementara nak tunggu cupcake masak, ktorg start belajar
buat butter icing plak untuk decorate cupcake tu nanti. Kena buat 4 warna ikut
warna Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning.
Kek yang nak di decorate
Makcik IKS tengah promo bisnes
Piping pun bermula
Tekan jangan tak tekan
Tengok berhempas pulas nak menghias kan. Memacam rupa ada,
tebal nipis besar kecik semua adalah.
Inilah hasil cupcake ktorg. Tak de lah cantik sangat tapi yang penting sedap dimakan ye.
Team Caroline, Ciki dan Charmine
Akhirnya Chef Lu memilih team ni untuk memenangi Bloggers Cupcake
Challenge ni. Ktorg tak menang pun tapi happy sesangat sebab dapat rasa cupcake
yang ktorg buat tadi. Sedap ooo walaupun icingnya kasar kan khahkahakhakah
Memang seronok dapat datang ke baking workshop nie. Mana taknya ilmu memasak pun dapat, makan pun dapat kan. Terima kasih Celcom sebab sudi menjemput ktorg ke workshop ini.
Hah mesti korang teruja nak join Celcom Cupcake Challenge
kan? Aku dah agak dah..
Ok baca ni
1. Korang cuma kena design cupcake mengikut
kreativiti korang sendiri yang bertemakan semangat patriotik.
Tarikh tutup pada 23 September 2012 dan 55 penyertaan yang
mendapat most ‘LIKE’ di entry mereka akan dipilih ke grand finale pada 29
September 2012. Pemilihan juri yang terdiri daripada orang ramai dan panel juri
selebriti berdasarkan kreativiti, uniknya rekaan mengikut gambar yang dihantar.
3 pemenang utama akan menerima telefon Samsung Galaxy SIII
yang bernilai RM2,199 setiap satu dan RM10,000, RM5,000, dan RM2,000 tunai
untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Kepada 52 finalist akan juga menerima
telefon LG Prada sebagai saguhati.
Apa lagi, startlah buat cupcake ye, mana tau ade rezeki kan..