Showing posts with label contest junkie. Show all posts
Showing posts with label contest junkie. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

Lunch Bersama Dato’ Chef Ismail Untuk PENSONIC Raya Merdeka.


Hi Korang,



Khamis lepas, aku dapat pi lunch bersama Dato’s Chef Haji Ismail di Restoran Rebung Bangsar. Alah restoran yang kat corner tuh dan terkenal dengan masakan melayu yang authentic tulah.

dodol cair atau kelamai mak aku panggil

cucur ikan bilis panas-panas

Macam-macam yang dihidangkan di Restoran Rebung ni, tak dapat amik gambar banyak pun coz sibuk nak makan sebab lapar. Dahlah pagi tu aku tak sarapan langsung. Apa je depan mata nampak, then terus amik tanpa segan silu lah.


Semua ni sempena kempen PENSONIC Raya-Merdeka Bring Chef Home. Hah ko contest yang kalau korang menang boleh bawak balik Chef Ismail masak kat umah korang time raya nanti.

Best plak contest cam ni, aku memang suka bab-bab makan ni especially kalau yang tukang masak tu memang expert kan confirm-confirm mesti sedap punya lah.

Suka lah korang yang kaki contest ni kan.

Meh sini aku citer sket cara-cara nak sertai contest PENSONIC Raya-Merdeka ni.

1. Korang kena dapatkan pembelian barangan produk ‘Chef’s Like‘ dalam rangakaian barangan PENSONIC ni. Ada blender, mictowave, rice cooker, multi-cooker, oven, steamer dan stand mixer.

2. Isikan borang penyertaan dan lengkapkan slogan “I want to Bring Chef Home kerana……” ( tidak lebih daripada 50 patah perkataan).

3. Kumpulkan resit pembelian, salinan kad jaminan dan boring penyertaan yang lengkap.

4. Hantar ke alamat tertera kat borang penyertaan tu atau email ke fb@pensonic.com selewat-lewatnya before 31hb Julai 2014.

Itu je pun langkah-langkah nak bawak balik Dato’s Chef Haji Ismail ni.





Bagi aku, harga barangan ni tak de mahal sangat kalau nak di comparekan dengan ganjaran hadiah utama yang korang akan menang tuh, siap bawak balik barangan ‘Chef’s Like’ ni sekali ye. Tak ke seronok tu kan.


Tempoh peraduan bermula dari 1hb Mei hingga 31hb Julai 2014. Seramai 250 orang pemenang bakal memenangi 2 tiket setiap sorang untuk kelas memasak yang akan diajar oleh Dato’s Chef Haji Ismail, yang merupakan sahabat Pensonic semenjak 2005. Dengan pembelian mana-mana produk ‘Chef’s Like‘, korang layak menghantar satu (1) penyertaan pertandingan.


Dah tak yah nak fikir panjang, memana yang duk sibuk cari gadget dapur ni, elok rasanya korang beli barangan Pensonic ni. Selain daripada harganya berpatutan, dapatlah juga korang masuk contest ni kan. Time nak-nak puasa, nak raya ni memacam boleh jadi, blender rosak lah, stand mixer motor terbako, nak masak nasi rice cooker kecik plak kan. Boleh korang sediakan siap-siap.

Selain daripada dapat gift lain, dapat gak magic mug ni. kalau tuang air panas, mug tu akan tukar warna tengok kat mug sebelah tu ek

Aku rasa cam nak beli multi-cooker ni lah, nampak cam best plak coz boleh masak apa je macam merebus, menggoreng, buat periul steamboat dan grill pun boleh.

Ok dah ye sampai pi makan tu boleh fikir-fikirkan..