Showing posts with label comfort food. Show all posts
Showing posts with label comfort food. Show all posts

Monday, June 13, 2016

Juadah Berbuka Puasa Ala Buffet Hotel

Hi Korang,

Weekend lepas ktorang berhujung minggu di Shah Alam umah adik ipar aku. Alah-alah sesaje family gathering katanya.

Sabtu petang ktorang sampai lambat sket sebab banyak event nak kene attend, sesampai je diorang dah siap masak pun semua

Ini hah hidangan untuk hari sabtu 


Memang menyelerakan sungguh memacam ada, biasalah buka puasa keluarga. Family dahlah ramai so menu pun memacam lah kan

Yang ni menu hari ahad plak


Ermm lagi bertambah banyak kan, semua hidangan simple-simple je. Orang kata comfort food kan.

Selalu buka berdua je ni sekali sekala berbuka beramai-ramai memang seronok terus selera makan bertambah-tambah.

Memang ala buffet hotel kan memacam hado..




Thursday, December 6, 2012

PickNik @Solaris Dutamas

Hi Korang,

First time dengar nama restoran ni, ingatkan restoran berkonsepkan piknik (berkelah) but lain rupanya. 


Well salah ok!


Picknik ni merupakan cafe yang menghidangkan segala jenis makanan barat ala ‘comfort food’ yang mana rasanya seperti kita memasak dirumah c kita tak de masa nak masak je kan.


Tuan punya cafe adalah Nik Michael yang merupakan peserta MasterChef 1 dan juga host rancangan ‘Hello Bro Tolong Masak’ yang disiarkan di Astro Ria tidak lama dulu. Kira macam family gituh coz bapanya Dato’ Nik Ezar juga merupakan executive chef di PickNik ni.



Simple je deco café ni, rasa macam kat umah je. Friendly enviromentlah.


Malam ni ktorg di hidangkan beberapa signature dish, hasil air tangan pasangan anak beranak ini.

Di antaranya

Stracciatella Soup (RM7)
Sup ayam Itali, ada parmesan cheese, croutons, daun parsley dan putih telur

Watercress and Pear Salad (RM13)
Gabungan watercress dan pear manis yang dihiris halus, potongan strawberi, kepingan almond di tambah pula dengan sos rahsia istimewa honey mustard. Sayur dan buahnya segar.

Lamb Cutlet per piece (RM20)
Daging kambing grill yang di perap dengan rempah cili korea dihidangkan dengan sautéed spinach. Memang terasa rempah cili tuh. Tak pedas pun.

Chicken Liver Pate (RM16)
Hati ayam yang direbus dan di perhalusi di dalam cream dan dihidangkan dengan roti bakar. Rasa hanyir langsung tak de

Deep Fried Squid (RM14)
Sotong goreng dengan adunan tepung, di hidangkan dengan sos chili salsa. Tepung tak tebal so ranggup bila makan

Spaghetti Aglio Olio (RM14)
Pasta yang ditumis bersama bawang putih dan olive oil, beserta chili flakes dan udang. Simple dan sedap

Spaghetti Marinara (RM30)
Spaghetti makanan laut yang mengandungi sotong, ikan, udang, kupang dan herba di dalam sos Napoli. Sosnya memang terbaik, sedap. Ada plak cheese sket, seafoodnya ok besar-besar saiznya

Gabungan 3 Dessert dalam satu pinggan

Peanut Butter Slice (RM8), Peach Apple Cobbler (RM7), Salted Caramel Brownies (RM12)

Memang sedap, terasa yang amat peanut butternya di tambah pulak dengan sos coklat yang lazat. Tak boleh di sangkalkan lagi kenakkannya. Ada manis, masin dan rasa buah yang lazat.


Harga ok kan, tak de mahal sangat pun berpatutan. Sesuai untuk orang cam kita-kita ni.

cilok dari FB Nik Michael eheheeh jangan Nik ye...

Yang bestnya café ini, kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana Nik Michael memasak dihadapan para pelanggan kerana dapurnya yang ‘open concept’. Turun escalator je dah boleh nampak Nik Michael masak. Best tuh. Leka aku sekejap tengok cara dia masak, rileks dan tenang je siap boleh borak-borak lagi dengan customer yang ada dekat situ.

Korang nak pi, ni alamatnya

PickNik Cafe
UG1-05, Block A4,
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
Sri Hartamas Kuala Lumpur

Betul lah Nik Michael yang masak tau, korang boleh check it out nanti kat kitchen dia. Dia sedia je menanti kedatangan korang tau.

Selamat makan ye..