Showing posts with label coffee. Show all posts
Showing posts with label coffee. Show all posts

Sunday, August 13, 2017

SF Coffee Kini Tampil Berwajah Baru

Hi Korang,


Bagi peminat kopi sekalian, ada berita baik untuk korang tau..


Selepas menyajikan kopi paling baik selama hampir dua dekad, SF Coffee atau lebih dikenali sebagai San Francisco Coffee, kini hadir dengan wajah baru untuk rangkaian kedainya yang menggabungkan suasana nyaman dengan dekorasi yang diceriakan oleh hasil karya daripada para pelukis tempatan.

“Penjenamaan logo dan nama baru SF Coffee ini walau pun baru, namun ianya tetap tetap dikenali. Ianya merangkumi keseluruhan identiti korporat jenama tersebut, dengan aspek pembaharuan paling ketaranya iaitu kelainan konsep hiasan dalaman bagi setiap kedai juga peningkatan yang baik dalam menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan khas untuk para pelanggan kami,” ucap Dato’ Jaya J.B Tan, Pengerusi Envictus International. 

Dato' Jaya and Sue San spill the bean on SF Coffee new look

Kedai baru ini direka sebagai perangsang emosi (Mood Modulator) untuk pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk dengan memberi kepuasan kepada lima deria rasa serta mencipta pengalaman yang menyeronokkan buat mereka.

“Rangkaian kedai kami kini menampilkan ciri baru dengan wajah lebih segar dan suasana nyaman lagi mendamaikan untuk para pelanggan menikmati kopi unggul kami, yang merupakan satu-satunya perkara yang kekal konsisten. Kami tidak akan memberi kompromi dengan kualiti kopi yang dihidangkan oleh SF Coffee,“ jelas Cik Koo Sue San, Pengurus Besar SF Coffee Sdn. Bhd. semasa memperkenalkan logo dan konsep kedai barunya, yang terletak di The Envictus di Petaling Jaya.

Cawangan yang berkeluasan kira-kira 1,600 kaki persegi di The Envictus itu dihiasi dengan warna terang yang nyaman dan selesa dengan elemen kayu. Rangkaian kedai SF Coffee lain yang diperbaharui akan menampilkan identitinya yang tersendiri bergantung pada lokasi. 

Thumbs Up to SF Coffee for having Top of the Crop Coffees and has served up freshly brewed look at the new rebranding launch today

Setiap rangkaian baru juga bakal mempunyai ruang bagi memaparkan hasil karya artis tempatan. Cawangan di The Envictus menampilkan hasil karya DuDu de Doodle, seorang penggemar kopi yang melukis gaya lukisan doodle bagi menyebarkan daya positif.

Pada masa ini, SF Coffee memiliki 37 rangkaian kedai bertema yang terletak di seluruh Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kini jenama ini mula meneroka pasaran Malaysia Timur bagi merancang pembukaan kedai di sana pada tahun 2018.


“SF Coffee telah bertapak di Malaysia selama hampir dua dekad dan transformasi ini adalah bagi memenuhi keperluan para pelanggan kami yang berubah-ubah, dan pelbagai sebab untuk mereka menikmati jenama kami supaya mereka dapat terus menghargai diri mereka sendiri dengan menghirup kopi paling segar, mendapat perkhidmatan terbaik dan pengalaman yang lebih menyeronokkan,” kata Koo.

“Kami mendapatkan biji kopi kami dari ladang kopi terbaik di seluruh dunia dan mencari yang luar biasa. Bagi menyalurkan pengalaman SF Coffee, kami memanggang kopi kami di sini bagi memastikan kesegaran yang paling unggul dan melatih barista kami supaya melambangkan budaya kami secara cemerlang memandangkan kami amat mementingkan proses membru untuk setiap cawan kopi yang bermula dari mendapatkan bekalan, memanggang, hingga ke penuangan ke dalam cawan,” tambah beliau.




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com







Wednesday, April 26, 2017

NU Caffe Tongkat Ali Khasiatnya Mengagumkan

Hi Korang,

Memanglah aku ni peminat kopi, kira macam semua kopi aku nak cuma.

So bila dengar kkasiat Nu Caffe Tongkat Ali ni cam best je, terus rasa nak cuba. Tapi disebabkan nama Tongkat Ali tuh terus aku fikir 2 kali ek boleh minum ke tak ni kan.

Oh bila baca-baca balik boleh rupanya orang perempuan minum-minum cam tu tapi khasiatnya lebih kepada orang lelaki la.

Kelebihan Tongkat Ali kepada kesihatan lelaki :-

1. Membekalkan tenaga dan stamina berpanjangan

2. Memperbaiki pengaliran darah

3. Meningkatkan kesihatan lelaki secara keseluruhan

4. Meningkatkan libido


Jadi baik aku bagi Mr Big minum jelah, dah bagus untuk orang lelaki.

NU Caffe Tongkat Ali 100% ekstrak Tongkat Ali PHYSTA® yang dikering sejuk-beku untuk memastikan kandungan bahan bioaktif tidak hilang. Ianya adalah hasil penyelidikan ahli saintis Malaysia dengan saintis di Massachusetts Institute of Technology (MIT) USA dan juga telah dipatenkan di 4 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan juga Malaysia. So memang selamat untuk diminum ye

Nak minum pun tak tahu?

La senang je. 

Minum macam kita minum kopi 3 in 1 cam selalu tuh. Letak 200ml air panas dan masukkan 1 sachet 25gm Nu Caffe Tongkat Ali ni. Nak minum pagi ke petang ke semua boleh but Mr Big minum pagilah sebelum pi kerja, kira tambah tenaga dan nak kasi menyegarkan mata masa bawak motor pi kerja. 


Untuk sekotak Nu Caffe ni berharga RM18.50 je dan di dalamnya mengandungi 5 sachets. Kira ok lah kan tak delah mahal mana pun. 

Nak beli?

Boleh check it out secara online di Kedai DenaiSell 

Ok selamat mencuba tau..




PHYSTA® - a patented standardised Tongkat Ali extract developed by leading researchers from Malaysia and Massachuseds InsDtute of Technology (USA).


Friday, August 29, 2014

Pekena Kopi Di Old Town White Coffee

Hi Korang,


Bila datang bosan petang-petang hari ahad tu, memang kerja aku cari kedai untuk lepak minum kopi. Bukanlah kopi dolce gusto kat rumah tu tak sedap tapi sekali sekala nak juga rasa kopi kat luar.

Petang ahad hari tuh dah nampak cam mendung-mendung je, Mr Big ajak keluar sebab saje nak cuci mata. Tengok muka budak 2 ekor hitam tuh, rasa bosan plak so ktorang pusing-pusing area Bangi jelah.

Jalan punya jalan, tup-tup nampak Old Town White Coffee plak.

So singgahlah minum, lagipun rasanya dah lama kat sini kan.

Tak de order banyak pun sekadar menu minum petang.

Cuma 


Kopi O sorang secawan

Dan


Karipap sorang 2 keping.

Orang plak tak berapa ramai, memang rileksla tempat tuh.


Tapi yang tak berapa nak best tuh, aku expect bila aku order Black Coffee tuh seharusnyalah kena hitam pekat melekat di tekak. Macam kopi yang mak-mak kita bancuh kat kampong kan.

Rupanya


Nescafe O, cair benau. Boleh tengok tekstur air kopi tuh. Kata nenek aku jarang nau kopi ko ni, cam kedekut sangat nak letak bebanyak kan. Langsung tak de rasa kopi O cuma rasa nescafe je. Maybe sebab aku tak order signature kopi diorang kot, tu yang jadi cam tuh. 

Ini tekak aku lah kan, agaknya korang ok la kot.

Tak per tak per think positive.

Lepas ni jangan order jelah kopi tuh or kata Mr Big kalau pi makan kat sini jangan order kopi walaupun itu kedai kopi kan.

So ikutlah korang, the choice is yours...

Selamat minum petang korang..




Tuesday, August 12, 2014

Sarapan Pagi Di Cafe Barbera KLIA Airport

Hi Korang,

Dah tengahari, baru sibuk nak citer pasal breakfast kan.

Jauh plak pi breakfast ek, la bukanlah tadi pun kejadian tapi dah sebelum puasa kot. Ntah lupa dah aku ni.


Sementara nak tunggu flight aku ke Bintulu hari tuh, dengan perut laparnya aku pusing satu KLIA airport ni untuk cari makanan. Masa tuh, Mc Donalds penuh sangat wei, nak turun bawah aku malas plak. Tup-tup pusing-pusing nampaklah kedai kopi ni.

Jom masuk.


Tapi aku tak amik gambo kedai pun coz perut dah lapar kan. Sini aku citer sket, kedainya macam coffee shop biasa. Selain jual kopi dan the, diorang jual gak pastry yang nampaknya sedap dan enak sekali.

Dahlah tu, moh order

Beef Focacia Sandwich

Americano

Nampak! Simple je sarapan aku. Yang penting mesti ada kopi. Ramai orang cakap minum kopi ni boleh boost energy kasi kita bertenaga untuk bekerja kan but not for me, minum kopi ni sebab suka bau biji kopi tuh. Ermm harumnya..


Kalau tak minum pun tak per janji boleh bau kan.

Tapi kalau tak minum cam ne nak dapat bau tuh… so jawabnya haruslah kena minum… hahahahahahah apa punye statement bengong ni kan..

Sebab portionnya besar, aku tak abis pun makan walaupun makan slow-slow still tak habis jugak sebab rotinya tu cam feeling betul. Dah rasa kembang kat perut aku dah ni.

kenapa plak aku baca buku ni ek.. ishkk

Tinggalkan roti tuh, just minum kopi sambil chillax baca buku je

Baru feeling-feeling traveler sket ek

Nak cuba, ni lokasinya

Cafe Barbera @ KLIA
Main Terminal Building (Level 5)
Departure Hall,
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Malaysia.

Tel: 603-8776 6626




Kalau transit ke atau gate departure belum buka lagi, boleh lepak-lepak kat sini.

Friday, February 28, 2014

Pacific Coffee Company Akan DiBuka Di Dataran Pahlawan Melaka



Hi Korang,

Pacific Coffee Company yang merupakan salah satu café yang menghidangkan pelbagai jenis penyediaan kopi kini akan di buka secara rasmi di Melaka. 

Ye betul!


Nanti pada 4th March 2014, akan di adakan pembukaan rasmi Pacific Coffee Company Melaka 1st Flagship Store bertempat di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Yesza, best ni. Aku kan peminat kopi tegar so haruslah ke sini nanti. 

Masa perasmian tu nanti, Pacific Coffee Ambassador, Mike Yung juga akan hadir sekali. Korang yang memana minat dia ni boleh datang ye. 


So sempena pembukaan rasmi Pacific Coffee nanti, ada promosi BUY 1 FREE 1 tau yang akan bermula pada 4th March 2014 – 6th March 2014. 


Ok ni yang best part ni, Pacific Coffee Company dengan baik hatinya akan memberikan 10 chocolate notebooks kepada 10 orang pembaca setia blog www.ciklilyputih.com yang kaki minum kopi.

Dengan cara,

Jawab soalan kat bawah ni

Saya suka minum kopi kerana……………………………(tulis seberapa panjang dan sedap yang boleh aku pilih korang sebagai pemenang)

Korang komen je kat entry ni,tapi kalau rajin korang boleh buat entry dan letak link kat entry ni. Kalau buat entry ada lagi biggest chance boleh menang ek.


Jangan lupa letak sekali, nama, email, URL blog sekali ek. So senang aku nak contact nanti.

So jangan lupa datanglah ke Pacific Coffee Company di Melaka pada 4th March 2014 nanti tau. Most probally aku ade kat sana kot tapi tak sure lagi. Kalau MrBig bagi pi la kan.

Coffee lover in Melaka jom lah datang ek.



Monday, June 18, 2012

My Lunch Today

Hi KoranG,

My luncH untuk Hari ni


ermm sediH kan. Itu je yanG mampu

Bukan sebab tak de duit tapi kat office consultant ni tak de kedai makan nasi campur langsunG. Semuanya cafe la, restaurant la tak syiok lanGsung.


So kenalaH taHan perut sket kan untuk sampai umaH kan.


Sabar jelaH 


Tapi Mr Big kata kalau aku tak makan satu Hari pun tak coz banyak lemak boleh cover kan.


KurenGG asamm punye Husband tau...