Showing posts with label cloth pad. Show all posts
Showing posts with label cloth pad. Show all posts

Tuesday, December 13, 2016

Beli Barang Online Dari Jepun Di IPPIN.COM.MY

Hi Korang,


Aku kalau citer pasal shopping memang cukup suka, yelah bab mengabiskan duit meh serah kat aku hahahahha

Tapi barang dari Jepun? 

Ermm mesti korang akan cakap uishkk mahal lah barang-barang dari Jepun dengan matawang kita merudum ni kan. Yelah shopping shopping jugak, kalau boleh nak lah jimat jugak la wei.

So masa google-google hari tuh aku terpandanglah website shopping ni, not bad jugak lah barangannya dari Jepun tau. Hehehehe

Memperkenalkan


Ianya merupakan platform shopping online yang membolehkan kita rakyat marhaen kat Malaysia ni membeli belah barangan premium dari Jepun depan laptop je tau. Kemudian barangan ni di hantar secara terus (dalam masa 6-8 hari) dari Jepun kepada korang. 

Wei Jepun kan terkenal dengan gadget, jam-jam terkini so korang boleh check it out di website IPPIN.COM.MY ni ek.


Bukan setakat gadget elektronik je, fesyen, makeup even barang makan pun ada jugak, lagi satu lagi satu produk HALAL pun ada jugak tau.

6 sebab kenapa korang patut beli barangan Jepun dari Ippin:


Apmacam, baguskan. Ini yang berkobar-kobar aku nak shopping ni ek. 

Ok dah moh shopping lekassss!!

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺


Jeng jeng jeng…


Barang yang di shopping pun sudah tiba..


Cepat gak sampai, nampak packagingnya kemas dan siap bubble sekali tau. Kira barang korang tak rosaklah masa sampai walaupun parcel kemungkinan besar dibaling-baling kan..

Inilah barangan yang aku shopping tuh


  • NUNONA cloth pads liner
  • Melati White Gel
  • Sakura Kokoro Skincare

Ermm banyak jugak ni ek, ok aku akan citer satu persatu lah kan supaya korang senang sket nak paham.


NUNONA Cloth Pad Liner



Ini merupakan tuala wanita jenis kain, yang sememangnya popular di kalangan wanita Jepun yang mementingkan gaya hidup sihat. Bahan-bahannya berkualiti tinggi dan 100% organic cotton (GOTS - Global Organic Textile Standard cerified)




Direka dengan bahan kalis air dan bahan telap lembapan yang sangat bernafas dan bukti kebocoran. Ia mencapai kadar resapan kelembapan dan rintangan air. Kalau korang nak beli, ni aku terus bagi korang link untuk shopping nie KLIK SINI JE

Melati White Gel



Gel berbentuk krim ini berfungsi sebagai losyen, emulsion dan essence muka. Beberapa titis minyak di sadur dengan gel yang mengandungi kandungan air yang banyak. Tekstur gel yang ringan menyerap lembut ke kulit muka. 

letak sedikit je tau

nampak? sekejapan nak meresap ke kulit

Oh ye, Melati White Gel ini mendapat kelulusan HALAL dari Japan Halal Centre. Cara nak gunakan ermm mudah je sapukan amount yang korang rasa cukup untuk di sapukan di muka dan juga boleh digunakan di anggota badan. 

Kalau nak beli, korang boleh refer kat link ni : beli Melati White Gel

Sakura Kokoro Skincare 


Memperkenalkan juga Sakura Kokoro juga merupakan produk penjagaan kulit yang HALAL daripada Jepun. Wah best ni, produk halal dari Jepun ek. Ianya dibuat bukan sahaja untuk para wanita muslim tetapi juga menjadi pilihan wanita Jepun yang mempunyai kulit sensitif. Packagingnya sangat simple dan ringan juga serta sesuai untuk di bawa ke mana saja.

Produk berkualiti tinggi dari Jepun dibuat berasaskan prinsip Shariah. Selain daripada bagus untuk kulit sensitive ianya juga sesuai untuk mereka yang mengamalkan cara hidup vegan (Alcohol-free, no animal-derived ingredients, paraben-free and oil-free)

Beberapa produk di bawah Sakura Kokoro Skincare adalah:-

Sakura Kokoro Cleansing Wash



Sakura Kokoro BB Cream

Setelah aku menggunakan beberapa hari kesemua produk ni aku rasa ianya bersesuaian dengan kulit muka kita orang-orang Asia ni, lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Walaupun aku ni kulit kombinasi tapi memang sesuai juga dengan aku. Rasa segar dan bersih je selepas menggunakan produk Sakura Kokoro ni. 

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Website Ippin: 

Facebook : 

Instagram : 




Thursday, January 2, 2014

SNOWDROP Cloth PAD, Ke Arah Lebih Sihat

Hi Korang,

Untuk tahun baru ni, aku rasa cam nak ubah sket lifestyle aku ke arah back to nature. Kengkonon nak save the earth gituh.

So langkah pertama, memperkenalkan

Snowdrop Cloth pad

Sebagai ganti kepada disposable panty liner dan juga pad.

Ermm apmacam, gaya kan?


Itulah..

Sikit sikit lelama jadi bukit. Tak bolehla sekali rap nak berubahkan. 


Ok nanti review aku ye mengenai Snowdrop Cloth Pad ni


p/s: blog thru iPad je coz dah malam ni, malas nak ON laptop.