Showing posts with label churros sedap. Show all posts
Showing posts with label churros sedap. Show all posts

Friday, January 8, 2016

Lunch di PETER & MAWAR, Sunway Nexis Damansara Sempena Tahun Baru.

Hi Korang,

Dah lama rasanya tak sambut new year ek!

Nak tengok bunga api bagai kan, ermm tak yah ler sebab ktorang orang Melaka ni kalau ada wedding mesti ada siap bako bunga api yang tembak ke langit tu kaw-kaw so tak heran sangatlah.


Jadi untuk abiskan hujung tahun 2015 aku pilah melepak dengan pompuan berdua ni, Ayu dengan Nannie coz diorang je yang free time last of the year tuh. So ktorang plan late lunch kat area Kota Damansara sebab banyak café hipster kat sana kan.


Google terjumpa plak kafe yang Awal & Scha selalu pi Rimba & Rusa kat Sunway Nexis, so oklah setlah WAZE dan meluncur dengan senang hatinya. Tempat tu memang jem nak masuk but don’t worry parking je kat basement melambak kosong.


Bila dah sampai dengan Rimba & Rusa tu ternampak plak restaurant call Peter & Mawar. Ek pelik-pelik sungguh nama ek, aku agak je mesti ownernya Mawar dan chefnya Peter kot. So aku pun browse lah Instagram account diorang. Alamak ada churros so jom tuko tempattt…





Cantik gak restoran ni, simple je deco. Gambo bunga rose kemain beso lagi ek.

Sementara tunggu order sampai, sempatlah ktorang interview co-owner of Peter & Mawar ni. Panjang citer but menarik. Kisah seorang pramugi bernama Mawar bertemu dengan Peter seorang chef, demi cintanya pada Mawar, Peter sanggup belajar cara masakan melayu untuk memenuhi kehendak Mawar yang sememangnya tak suka makanan barat dan yang best tuh, Peter & Mawr ni bukanlah owner restoran ni pun ek. Itu yang unik tuh, kisah orang lain di jadikan tema kedainya

Jom tengok apa yang ktorang order hari tuh ek

Virgin Mawar Mojito (RM14.90)

Chilies Fries (RM12.90)

Grilled Chicken (RM28.90)

Salmon Ratatoulie (RM29.90)

Butter Chicken Masala Rice (RM27.90)

Cinamon Churros (RM15.00)

Hah amik ko makan sampai pengsan ek eleh tak pengsan pun, mana taknye makan sambil borak-borak so seronoklah kan.


Overall food was nice cuma chilies fries tu sosnya kuat sket bau, aku ingatkan kunyit but bau lain sebenarnya boleh lah makan, aku je yang tak leh tahan baunya. Portion wise semua beso-beso belaka.

Tak de de aku nak bagi verdict 2/10 ke 8/10 ke 9/10 pun kan sebab taste bud memasing tak sama, so ikut tekak korang lah. Bagi aku semua sedap belaka. In terms of harga oklah overall standard restaurant masa kini. Ini kira average aku pi makan kalau dengan Mr Big pun kan.

Ok ini tempatnya

PETER & MAWAR
C-01-GF, Block C, Sunway Nexis,
Jalan PJU 5/2, Dataran Sunway, Kota Damansara
Phone:+60 3-6150 4400

Kalau pi time dinner memang full la coz situ kat tempat makan dan ramai orang so pepandai plan la ek hehehe

Selamat makan korang….