Showing posts with label chef Zam. Show all posts
Showing posts with label chef Zam. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

‘Cooking Concept Corner’ Terbaru Di Harvey Norman

Hi Korang,

Harvey Norman bukan sekadar tempat jual perabut malah segala menda termasuklah barangan elektrik, gadget dan juga dapur ada dijual di sini. Kira macam one-stop centre gituh kan.

Sempat ke Harvey Norman IPC untuk media launch ni tau


dengan mereka yang kaki makan, Madi dan Sidney

Ni nak citer pasal ruangan memasak di dalam Harvey Norman ni, beberapa jenis jenama dapur yang bermutu tinggi di pamerkan di ruangan ini. 






Di antaranya Belling, Bosch, Electrolux, Fagor, Kenwood, Kupper Busch, Miele, Smeg dan Pacifica. So kalau korang bercita-cita nak mencari dapur yang high-end dan canggih sket di sinilah ruangnya.


Majlis pelancaran di rasmikan oleh Encik Karam Singh selaku General Manager of Harvey Norman Malaysia's Electrical Department. Beliau berkata "Harvey Norman maintains great partnership with our brand principals in order to bring such extensive range of the latest and finest kitchen appliances to our customers."



Selain daripada itu, pihak Harvey Norman telah melantik Malaysian celebrity chef Professor Zamzani Abdul Wahab, yang lebih dikenali sebagai 'Chef Zam' selaku duta dapur Harvey Norman ni. Segala demo masakan yang dikelolakan oleh Chef Zam sendiri bersama anak buahnya.


bagus steamer Miele ni tau

blender Kenwood ni awesome sungguh la

ok tekan-tekan dapur ni plak

nampak solok lada nak siap dah ni

ayam tengah panggang dalam dapur Miele ni

nampak tak?


Eh tak lengkap rasanya kalau Chef Zam tak masak kan. So hari tuh, ktorang dapat merasai air tangan Chef Zam. Beliau menghidangkan masakan pantai timur iaitu Ayam Percik Terengganu, Solok Lada, Nasi Kerabu and Sira Labu.

Rasa kecur-kecur air liur time Chef Zam especially Ayam Percik tuh, sedap wei. Sabar je menahan perut lapar kan.




Sambil menunggu Chef Zam siap masak, ada juga permainan untuk para media. Alah senang je, buat juice daripada buah-buahan yang di sediakan. Simple kan, yang menang dapat voucher dari Harvey Norman.

Dah mehlah tengok hidangan special Chef Zam ni

Nasi Kerabu

Solok Lada

Ayam Percik Terengganu


Arrr cepat-cepat ambil gambar dan makannnnn


Lepas makan terus pi shopping dengan food blogger Madi habiskan cash voucher yang ktorang dapat tuh.


Terus aku beli cake mixer Tefal ni sebab memang tak de pun. Kengkonon berangan nak buat kuih raya time puasa nanti kan. ermm katanyeeeee

Thanks Harvey Norman for the invite ye…




About Harvey Norman

Harvey Norman, from Australia, provides a wide range of Electrical, Computers, Furniture and Bedding products. Harvey Norman has predominant international presence with 264 stores in Australia, New Zealand, Ireland, Slovenia, Singapore and Malaysia. Harvey Norman stresses on

4-in-1 concept and carries a huge range from the latest home entertainment systems and computing technology, to most stylish and innovative home appliances as well as comprehensive range of Furniture and Bedding products. There are a total of 13 Harvey Norman Stores in Malaysia which are located at IPC Shopping Centre, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion, AEON Mall Bukit Tinggi, 1Mon't Kiara, Citta Mall, Setia City Mall, Paradigm Mall, Ampang Point Shopping Centre, Nu Sentral Mall, Gurney Paragon & Queensbay Mall in Penang.

Friday, November 18, 2011

Majlis Pelancaran MyChef ‘Simply Delicious’ Ready To Serve Gourmet Meals

Hi Korang,

Baru-baru ni aku dapat jemputan ke Majlis Pelancaran Mychef yang merupakan pengeluar produk makanan halal dan mudah di sediakan di Tapis Rouge, The Strand Kota Damansara. Ala biasalah Geng Tali Barut K Ina dan Jejai, mesti ada kan.


Dengan menggunakan tagline ‘ The New Gourmet Experience’ My Chef  menawarkan 14 jenis pelbagai produk terbarunya yang bertujuan mambantu sesiapa sahaja terutamanya wanita berkerjaya memasak dengan mudah dan cepat. 




Ianya di inspirasikan daripada masakan tradisional melayu, nyonya, barat dan juga asian yang dicipta khas oleh chef selebriti yang terkemuka di Malaysia iaitu Chef Liza, Chef Florence Tan, Dato’ Hj Chef Ismail dan Chef Zam.


Mohd Fairuz Abdullah, CEO bagi Flavor Innovation berkata ‘mychef adalah jenama baru dan inovatif yang merancang untuk menembusi pasaran runcit malaysia dengan memperkenalkan satu kategori makanan yang baru, berdasarkan gaya hidup pengguna. Sekarang semua orang akan mempunyai peluang untuk menikmati resepi oleh chef selebriti Malaysia dalam keselesaan rumah sendiri’.


Resepi yang dicipta dengan bahan-bahan yang dipilih khas untuk memberi para pengguna merasai pengalaman masakan yang benar-benar baru, memastikan persembahan menggiurkan dan lazat dan menyediakan makanan yang sihat rendah kalori, lemak, tepu, gula dan garam.



Ini dibuktikan lagi dengan Mychef memperkenalkan  'lampu isyarat warna berkod' iaitu panduan  pemakanan untuk membantu pengguna memilih diet yang lebih sihat. Hijau menandakan kandungan yang rendah, yang merupakan pilihan yang lebih sihat, amber untuk kandungan yang sederhana, yang diterima dan merah mewakili kandungan yang tinggi, yang kurang sihat sebagaimana yang ditakrifkan oleh Agensi Piawaian Makanan UK.



Rangkaian makanan gourmet baru mychef akan boleh didapati di Jaya Groccer dalam minggu November 21 dan DISEMBER 4 di tesco dan Giant dalam lembah klang.



Dengan Datin Tiara Jaquelina

Dengan chef Liza

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari laman facebook mychef di https://www.facebook.com/mychef.healthy.n.delicious


Bagi aku  ok what, ada produk cam nie, boleh tolong aku bila ketandusan idea nak masak kan. Ermm once aku dah cuba nanti, aku citer kat korang ek. Sedap  memang sedap pun.