Hi Korang,
Lama betul aku tak citer pasal kereta ni kan. Rasanya dah 3 minggu kot. Busy sangat update pasal event sampai boleh terlupa pasal entry kereta ni.
Minggu ni aku nak citer pasal minyak hitam. Minyak hitam ni kiranya one of the nyawa untuk kereta lah, kalau tak de minyak hitam cam ne silinder dalam enjin nak berjalan kan.
Meh layan sket fakta pasal minyak hitam kereta ni.
MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.
Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.
Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.
Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak. Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.
Aku pilih Shell @Lebih Kilometer... Kata kawww
Bagi aku, yang penting:-
1. Kereta aku dah berumur sket so bolehlah minyak hitam semi-sintetik
2. Mesti ikut jadual maintenancenya
3. Belilah yang mahal sket, janji enjin kereta smooth je kan
4. Kereta baru pakailah full sintetik, baru lagi macho kan
Hah apa macam? Agak2 korang leh paham tak? Ermm baca slow2 sket dan pahamkan. Apa yang penting, tukar minyak hitam ikut jadual/schedule yang telah ditetapkan. Kalau tak jawabnya kete korang tersadailah kat workshop lah kan
Info sket dari :