Showing posts with label cara tarik trafik blog. Show all posts
Showing posts with label cara tarik trafik blog. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Tips Blogging | Bukan Senang Anjurkan Contest Di Blog


Hi Korang,

Aku baru lepas buat contest-contest barang di blog hijau lestari aku ni.

FIRST TIME wokeh !

Alah contest simple je, komen + opinion pasal blog aku ni. Hadiahnya pun lestari gak. 3 biji lori Oreo comel dan a few of mystery gift. Selalunya aku buat giveaway yang hadiahnya transfer-transfer duit ni je.

Lebih 5 hari gak aku plan cam ne flow of contest ni. Sakit kepala gak dibuatnya

Semua aku buat sendiri, Mr Big just bagi idea je. Aduiyai ingatkan dia nak tolong ermm. Tapi dia ada tolong gak. Tolong bawak balik plastik pos laju dari opis dia yang melambak-lambak tuh dan jugak tolong remind aku bila nak pos hadiah ni.

Hah cam tu lah ceritanya.  

                                                 
Well mesti ramai blogger nak buat gak giveaway kan tapi tak tau hujung pangkal cam ne nak buat, meh sini aku dah sediakan a few guidelines untuk korang so senang jadi rujukan korang.

Tips untuk blogger yang nak anjurkan contest kat blog korang.

1. Plan jadual contest.
Buat satu jadual yang mengandungi bila contest berlangsung, baca entry peserta, pilih pemenang, uruskan hal hadiah, posting dan memacam lagi lah. Masukkan tarikh dan masa sekali. Senang nak keep track samada korang ikut jadual ke tak. Aku punya schedule lagi haru, siap ada section yang dah review ke belum siap entry tau.

2. Fikirkan tugasan giveaway yang sesuai
Apa yang korang target untuk giveaway ni. Cam aku, aku perasan ramai yang tak pernah komen pasal blog aku ni. So dengan cara ini, bila diorg komen secara automatiknya aku dah dapat idea tentang apa yang harus aku perbaiki blog aku ni. Tak yah nak fikir banyak kan.


3. Hadiah yang setimpal
Wei orang dah penat-penat, datang kat blog kite 5-6 kali seharusnya hadiah pun haruslah bersesuaian dengan usaha mereka kan. Takkan suruh orang tulis entry pasal kasi idea kat blog kita nak kasi RM10 plak. Aku bukan cam tu punya orang ek. Lain lah giveaway teka harga barang ke, teka baju siapa ke kan. Hadiah lori Oreo di samping hadiah misteri iaitu beauty product yang aku bagi tu rasanya bersesuaian kot. Majoriti yang menang perempuan, baik aku bagi barang pompuan betul tak? Kalau boleh setkan budget yang korang mampu keluarkan, lagi baguskan.


4. Urusan pengeposan hadiah
Uishk ni memang penting ooo. Kalau barang tak sampai cam ne, korang gak yang malu kan. Nanti diorg ni cakap korang blogger penipu plak. Janji tak ditepati. Macam aku, siang-siang aku dah cakap yang aku amik masa 1 bulan untuk uruskan hal hadiah ni sebab aku memang tak de masa nak pi pejabat pos ni. Ini pun aku 2 kali pi pejabat pos laju. First time untuk pi tanya berape harga barang dan amik docket dan second time baru pi hantar pos semua barang.

Panjang lebar dah aku menulis bab pengajuran contest ni, semoga dapat jadi panduan kat blogger yang nak bercontest di blog. Ni baru giveaway biasa-biasa. Kena macam giveaway bro denaihati.com  pasal iPhone5 gadget impian contest tu cam ne la plak kan. Lagilah kena perah otak kaw-kaw punya.

Kepada korang yang join contest aku hari tuh, di ucapkan terima kasih coz sudi memenuhkan entry korang pasal blog aku ye. Hopefully korang boleh join lagi contest aku yang akan datang.

Apa yang penting keikhlasan korang nak buat contest ni ye, sebab semuanya perlukan masa, tenaga, otak korang yang bijak tu tau.

Selamat bercontest ye..