Showing posts with label cara memasak dengan mudah. Show all posts
Showing posts with label cara memasak dengan mudah. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Resipi Grilled Salmon Mudah


Hi Korang,

Aku ni memang tak berapa pandai sangat masak omputih ni. 

Semuanya google je, maklumlah masa anak dara dulu mak aku tak pernah ajar makanan western ni.

Lately ni, pandai lah sket


Ermm itulah aku sendiri pun tak sangka gak. Yang penting Salmon tuh fresh. Kalau ikut style chef mat salleh ni, dia cuma guna salt and pepper je.

Tapi kita orang Asia, especially orang melayu ni suke sangat modified jadi ala-ala Malaysian. Macam gambar kat atas tu, si gemuk B.I.L aku yang masak. Bila aku tanya apa ingredients untuk marinate, dia kata rahsia. Ishk saje je tau tak nak bagitau. Bila makan tuh, aku boleh rasa cam ade macam cili flakes, olive oil sket ermm sedap lah.

Nanti bila aku dapat korek rahsia daripada dia, aku kongsilah dengan korang ek. So now, tengok jelah gambar grilled salmon bersama spagethi aglio olio dan potato salad.

Selamat makan korang...



Tuesday, August 28, 2012

Samsung OmniPro, Rahsia Wanita Berkerjaya Hari ini

Hi Korang,

Minta maaf sebab terlambat post entry ni, bole tak perasan plak kan... uhuhuhuhu..

Bila cakap rahsia wanita, ramai lelaki yang sibuk-sibuk nak tau kan? Betul tak? Memang ye pun.

Dengan Tammy yang comel

Alah tak de secret mana lah, cuma mengenai ada satu alat yang mampu membantu wanita berkerjaya ini mengenyangkan perut family membernya terutama sekali si suami yang kaki makan dengan cepat, mudah dan lebih sihat.

Jeng jeng jeng, ini dia


Samsung OmniPro CP1395EST Microwave Oven

Produk terbaru keluaran Samsung ini amat sesuai di gunakan bagi sesiapa juga yang mementingkan penjimatan masa dan tenaga ketika di dapur. Tak semestinya untuk wanita, lelaki pun boleh. Ia merupakan satu cara innovatif dalam dunia masakan.


Ianya merupakan satu-satunya microwave oven yang menggunakan OmniSense technology, iaitu microwave oven yang pertama di dunia menggunakan ‘weight sensor’ untuk mengesankan berat dan kadar kelembapan sesuatu makanan itu. Secara automatiknya ianya akan mengira dan mengesan cara memasak yang sesuai supaya makanan tersebut tidak terlebih atau terkurang masak.



Multi-function capability iaitu ianya boleh memasak, memanggang, membakar, grill dan mengukus segala jenis masakan yang diingini.




Di antara kemudahan yang boleh di dapati dengan Samssung OmniPro ini, rekabentuknya yang 36 litre internal capacity selain daripada nipis dan menarik. Text LCD Display yang bagi aku cukup besar untuk membuat pilihan masakan yang di gemari dan drop-down door feature yang aku rasa senang lagi untuk kita memasak kan.






Sambil-sambil bercerita mengenai Samsung OmniPro CP1395EST Microwave Oven, ktorg sempat juga belajar cara buat chocolate cookies. Pada mulanya ingatkan susah sangat tapi rupanya tak sampai 15 minit pun ktorg dah boleh makan cookies tu tau. Cepat kan, aku sendiri pun tak sangka dibuatnya.


Lepas tu plak, kalau nak bersihkan microwave oven ni senang je. Dah tak payah angkat piring dalam tu kan. Kita gunakan Steam Clean Technology tau which is ada satu container tu, kita letak air mengikut sukatan kemudian kita tekan je button Steam Clear. 


Alat ini mengeluarkan wap dan membersihkan microwave oven yang bahagian dalamnya merupakan ceramic interior bagi memudahkan lagi segala jenis kotoran degil dan juga bakteria dibersihkan. Once finish je, barulah kita boleh lap dengan kain. Sangat mudah.


Di antara aksesori yang digunakan ketika memasak menggunakan Microwave Oven ini. Pelbagai jenis rupabentuk dan juga fungsi yang tersendiri.







Ini di antara beberapa ujian or testing yang telah dijalankan ke atas microwave ni. Comparison di antara microwave brand lain ye.



Tengoklah diorg siap bekalkan aku makanan sebelum balik, makan time berbuka nanti katanya.


Anyway terima kasih tu Team Samsung kerana sudi menjemput aku ke event masak-masak ni. Hopefully kalau ade event cam ni lagi, jemputlah aku ye.

Bila time buka tuh, cepat-cepat terjah kebab dan chocolate cookies yang diorg bekalkan tadi. Ternyata memang sedap rasanya. 

Kalaulah aku ni banyak duit rasanya memang cepat-cepat pi beli kan.


Tuesday, January 31, 2012

Ayam Goreng Italiano

Hi Korang,

Aku memang suka cuba mende yang akan menyenangkan aku bila kena memasak cara express time balik keje. Kat dapur aku tu memang banyak berpaket-paket rempah segera, bahan-bahan segera untuk memasak. Yelah balik sampai umah pun dah malam so masak cincai je lah janji kenyang. Lagipun Mr Big tak berapa bising sangat pasal hal ni, janji ada yang nak dimakannya


Aku ternampak tepung ni masa shopping kat Melaka hari tuh dan terus beli. Tepung ayam goreng italiano keluaran Bestari Food. Alah murah je tak sampai 4 hengget je pun. 


Ikut je instruction kat kotak tu. Kira senang gak lah. Tak susah mana pun. Very straight forward. Ada bahasa melayu, cina dan english. Eh, bahasa arab pun ado. 3 step je.


Hah, bancuh lah ayam dengan tepung serbaguna tuh. Tak yah guna telur pun. Bancuh tepung dengan air je. Yang hijau-hijau tu rempah italiano tu lah. Macam baru tymes pun ada gak.


Kemudian goreng. Ikut lah cara korang goreng. Janganlah api kuat sangat kang kulit masak dalam berdarah lagi kaw-kaw kan. Api sederhana je


Dah siap pun, ayam goreng italiano. Sedap di makan begitu sahaja. Ranggup dan terasa rempah-rempah italiano tuh.  Tak sempat nak amik gambo time makan coz terlupa dek makan ayam sedap tu kan.

CLP notes : Nampak nau aku ni isteri pemalas kan, semuanya nak senang je.

Senang kan.

Thursday, May 26, 2011

Mr Big Tunjuk Skill Memasaknya

Hi Korang,

Hari tuh dengan tak semena-mena nya aku blur dah tak tau nak masak apa kan. Puaslah bukak katup pintu fridge tu untuk dengan apa barang yang tinggal. Last-last aku duk termenung sambil cakap dengan Mr Big makan luar jelah hari tuh.


Mr Big ni plak bila dah balik malas nak kuar2 rumah lagi kan. Dia bangun terus ke dapur. Memula dia pi masak nasi dulu. Aku tanya nak masak apa. Dia cakap surprise. Dia suruh aku duk je diam2 jangan tanya apa pun.



Dia amik bawang putih then hiris halus2. Kemudian bila nasi dah masak, dia cepat2 sejuk kan dulu. Ooo nak buat nasi goreng rupanya. Bila nasi dah sejuk, terus je dia panaskan kuali.

Tumis bawang putih dulu.

Masuk telur plak

Masukkan nasi


Memula tumis bawang putih tu dulu. Sampai hangus2 hitam ko dia buat. Kemudian dia pecahkan telur. Godak punya godak, then letak garam sket.  Bila dan memacam bau timbul terus je dia masukkan nasi dengan letak kicap sket.


Automatik bau hangus hangit tu hilang tup tup datang bau wangi plak. Dia gaul kan nasi tu tadi sampai sebati. Then baru dia cakap inilah dia Nasi Goreng Orang Bujang. Dia cakap masa dia bujang2 dulu, inilah yang selalu dia masak. Senang, mudah dan menyenyangkan.

Yang best tu, siap hidang dengan ice lemon tea sekali okeh.. Impress jugaklah aku dengan dia kan.

Anyway, sekali sekala si suami tolong masakkan untuk isteri ok gak kan, dapatlah ringankan sket beban kerjarumah kan, tapi jangan lah tiap2 hari. Melampau kan.

Hehehhehehehhe chaos..