Showing posts with label cara masak stew. Show all posts
Showing posts with label cara masak stew. Show all posts

Thursday, November 16, 2017

Resipi Creamy Potato Stew Dengan Menggunakan U.S. Potatoes

Hi Korang,


Hari tuh kak lily ada cuba nasib untuk menyertai pertandingan mencipta resipi menggunakan kentang-kentang dari U.S Potatoes dalam “U.S. Potatoes Goodness Fiesta”

Alah suka-suka je bukan nak menang pun kan.


Susah jugak sebenarnya nak mereka cipta sesuatu resipi ek, kena cuba cuba dan terus cuba untuk dapatkan rasa yang sempurna. Dengan tak tau apa nak buat dengan kentang-kentang ni so kak lily pun mengeksperimenkan diri dengan satu malam duduk kat dapur tuh. 

Maka terjadilah resipi Stew Kentang Berkrim atau pun nama glamernya Creamy US Potato Stew.

Ni akak lily kongsi sket intro resipi ni.

Di sebabkan sekarang ni bermulanya musim sejuk yang ala-ala hujan setiap hari so kita perlukan makanan yang boleh menghangatkan kita agar lebih segar terciptalah Creamy Potato Stew ni. Lagipun ianya resipi yang sangat menyihatkan mengandungi karbohidrat dan sumber vitamin C dan B kompleks serta rendah kalori.

3 jenis kentang yang digunakan – Russet, Purple dan Red Potato tau. Nasib baik Cold Storage hado jual kan huahauhauhauahua


Bahan-bahan :

  • 2 biji kentang russet - di potong dadu
  • 2 biji kentang merah - di potong dadu
  • 2 biji kentang purple - di potong dadu
  • 1/2 biji bawang holland - di potong dadu halus
  • 2 biji bawang putih - dihiris
  • 2 cawan air
  • 1 ½ cawan susu segar.
  • Sehelai bay leaf
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Serbuk stok ayam secukup rasa
  • 1 sudu teh oregano 
  • 3 sudu makan minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara memasak:


1. Panaskan minyak. Masukkan bawang holland dan bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.


2. Masukkan ke semua kentang dan gaul rata seketika.

3. Masukkan air dan serbuk stok ayam. Tambahkan bay leaf dan oregano. Biar mendidih sehingga kentang empuk.

4. Masukkan susu dan biarkan mendidih sebentar.

5. Perisakan dengan serbuk lada putih. Padamkan api.


6. Kisarkan sup sehingga halus.

7. Didihkan sup kembali dan jika sup terlalu pekat boleh tambahkan air atau susu


8. Hidangkan panas-panas bersama roti ataupun di makan bergitu sahaja

Itu je


Layan dulu video memasak kak lily yang tak seberapa ni, ermm hopefully korang fahamlah cara nak buat resipi Creamy Potato Stew ni ek


Mudah kan, itulah kak lily pun cam tak percaya jugak. Berkat duduk lama dalam dapur maka terhasillah resipi yang mudah lagi berkhasiat ni ek. 

Cuba dulu lah baru tau ek









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com