Showing posts with label cara masak. Show all posts
Showing posts with label cara masak. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Resipi Kek Batik Comot


Hi Korang,

Aku memang tak pandai masak.

Kalau setakat untuk makan berdua lepas lah, tapi nak masak dalam quota kenduri tu mintak maaf la ek. Ilmu amat kurang di dada lagi.

So hari tu, memang teragak sangat nak makan kek batik ni. Gara-gara si Sumijelly la ni, dia post gambar kek batik ni kat Instagram. Terus aku tergoda di buatnya.

Nak pi beli bahan, malas plak. So terus selongkar apa yang ada kat dapur comel aku ni.


Inilah bahan-bahannya:-

Milo (tapi aku guna Milo 3 in 1)
Susu tin
Butter (aku guna butter yang sapu kat roti tuh)
Esen Vanilla sket
Biskut Marie (aku guna biskut JACOB’s Weetameal)

Aku tak ikut sukatan pun, pakai agak-agak je dari resipi yang aku cilok kat Google ni. Memintak tuan punya resipi tak marah ek coz aku alter resipi dia ni sket.

Cara masak :-


Cairkan butter dan masukkan semua bahan kecuali biskut di atas dapur. Kacau sampai sebati, jangan sampai melekat pekat ye. Tutup api. 


Kemudian tuang dalam casserole yang beli kat Langkawi tak pernah pakai ni secara berlapis-lapis biskut.Tak kisahlah korang nak hancurkan ke tak ek. Terpulang pada si tukang masak.


Dah siap sampai abis, pi masukkan dalam fridge dan sejukkan sampai 4 jam. Kalau tak sabar, pi makan yang cair-cair tu jelah.


Di sebabkan aku main hentam keromo je buat kek batik ni, hasilnya pun cam tu gak lah.Walaupun tak cantik tapi sedap dan ada rasa lemak-lemak masin sket kata Mr Big. Dia makan 10 ketul selebihnya aku bawak pi office kasi bebudak ni rasa dan komen.


Last-last diorg yang kasi nama KEK BATIK SLOOPY ye..

Kalau korang nak tiru boleh but sukatan agak-agak sendiri la ek. Aku tak pandai nak sukat...

Chow