Showing posts with label bunga lawang cafe. Show all posts
Showing posts with label bunga lawang cafe. Show all posts

Sunday, May 27, 2018

Buka Puasa di Bunga Lawang Cafe, Bangi

Hi Korang,


Tahun ni buka puasa sama je macam tahun lepas, everyday ada jemputan makan tapi tak semua kak lily pi lah, yelah kalau jauh bebenau tuh malas lah.

Masak pun rancak gak sebab kan kak lily cuti MC sebulan ni, so kalau tak kemana-mana mesti masak muaklah nak beli kat bazaar bukan sedap pun hehhee

Macam hari tuh tengah syiok-syiok masak, kak Inez call ajak buka kat Bunga Lawang Cafe. Ermm siapkan masak-masak then terus gerak ke sana, alah bukan jauh pun 5 minit dari umah.

kepala meja kak lily, kemain tak nak bangun kan huahauaha

Sebab tak tau nak order apa, Kak Inez cadangkan order set menu B2 yang sesuai dimakan untuk 3-4 orang. Kak lily ikut sajor sebab kita mesti cuba kan menu-menu special Bunga Lawang Cafe ni.

Masa semua sampai haruslah bergambar dulu sementara menunggu waktu berbuka. Rasa terliur-liur dah kat tekak ni, ishkk perangai cam bebudak sungguh.

Di antara hidangan di dalam set menu B2 adalah:

Kari Kepala Ikan Jenahak

Ya ampun kenapa kak lily tak pandai masak macam ni ek, karinya lemak tak pedas dan sangat lengkap rasanya tak de langsung yang kurang. Abis pipi-pipi ikan tuh si Mahamahu makan, bahagian ekor plak Mr Big yang sapu, kami yang lelain rasa hak badan jelah kan. Bagaikan daripada melimpah ruah kuah sampai kering kami sental ishkk malu wokeh

Sambal Udang

Memang pedas tapi sedap, lagi pedas lagi ketagih nak rasa.

Ayam Lemon

Rasa lemonnya tak terlalu kuat, just nice. Ayamnya di goreng garing sekali

Sotong Masak Hitam

Hitam tuh sebab dakwat si sotong tuh, ermm sedap jugak

Tetel Goreng Jintan

Aduiyai ini memang membangkitkan selera sungguh, sampai kak lily ratah cam tuh je

Taugeh Goreng

Ranggup dan dihidangkan panas-panas ermm delicious, portion pun just nice tak kecil dan tak besar.

Telur Masin
Ulam-Ulaman dan Sambal Belacan

Nasi

Sirap Selasih 

Bubur

Agar-Agar Santan
Kurma

Hah amik ko banyak sungguh lah kan..

Ada jugak set menu ramadan yang lelain seperti:







Selain daripada set menu ni, ade jugak set ala carte seperti biasa seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Sup Tulang dan pelbagai lagi. 

Total untuk harga set B2 ni adalah RM155 oklah kan, kalau di bahagi kepada 4 orang baru berapa je kena bayar. Lagi murah daripada makan di hotel ek.

sedap weiiii

Ada tempat solat lagi so dont worry korang tak miss pun solat maghrib ek tapi kena amik turn lah kan wokeh.

So kak lily dah bagi suggestion kemana korang nak buka puasa kalau asyik pening memikirkan ek. Puashati sebab kualiti makanannya macam makan kat umah je hah..

Jom ke:

Bunga Lawang Cafe
50-G, Jalan 7/7B, 

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

43650 Bangi, Selangor





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 


Selamat menjamu selera semuanye...