Showing posts with label buka puasa. Show all posts
Showing posts with label buka puasa. Show all posts

Tuesday, March 3, 2020

Buffet Ramadan 2020 ‘Semarakkan Rasa Ramadhan’ Bersama NORANOM Catering Di Galeri MUFORS

Hi Korang, 

Ya ampun kak liy sambung balik episod entry buffet ramadan 2020 di blog picisan ahkak ko ni kan heehee 


PERNAH KORANG BERBUKA PUASA DI “ATAS AWAN”? 

Wahh!! Gituh ayatnyer ek hehehehehe 

Eh betullah ni 

Seriously kak lily tak tipu tau. 


Ye ini kali pertama kak lily berbuka di atas Jejantas MUFORS iaitu di Dewan Agenda Suria Convention Center, Galeri MUFORS USJ. 

Pertama kali kak lily jejakkan kaki di sini. 

Pada mulanya kak lily ingatkan hanyalah lokasi rehat dan rawat (RnR) sahaja di sini tetapi silap rupanya yer. Ianya merupakan dewan pelbagai guna untuk majlis perkahwinan, majlis makan malam dan banyak lagi dan kalau korang nak tau yang dewan ini cukup luas untuk memuatkan 600 orang dalam satu-satu masa. 




NORANOM Catering & Event 

Sebagaimana yang ramai ketahui yang NORANOM Catering memang terkenal dengan perkhidmatan catering untuk majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis keramaian lain seperti pertunangan, pernikahan, majlis cukur jambul. Kali ini mereka membawakan promosi buffet ramadan di Dewan Agenda Suria Convention Centre ini. 

Dengan lebih dari 99 jenis lauk moden dan kampung serta 10 kiosk makanan sampingan yang pastinya membuatkan korang kekenyangan dan tersenyum riang kan kan kan 

Kat sini kak lily senaraikan menu-menunya yang bakal menambat tekak dan perut korang ek hehhe 

Menu Istimewa Khas 

· Nasi putih dan beriani ayam 
· Nasi beriani gam kambing 

Lauk Pauk Istimewa 







· ayam goreng rempah, ayam masak kicap, sup ayam, ayam rendang, ayam paprik 
· asam pedas ikan dan daging tetel 
· daging gulai kawah, daging salai masak lemak cili api, daging black paper, daging rendang 
· ikan goreng berlada 
· seafood masak lomak cili api 
· Lala goreng oyster, sambal udang, sambal sotong, sotong goreng kunyit 
· Sayur -sayuran bergoreng /berkuah 
· kerabu mangga/perut /tauge
· Beraneka jenis ikan masin bergoreng 





Live Cooking Stall 

· kambing grill 
· ikan bakar 
· kuewteaw,  mee goreng 
· mee, soto, bihun, laksa, kuewteaw berkuah
· lempeng 






Menu-menu sampingan yang lain 

· air pelbagai jenis 
· kacang pool 
· mushroom soup 
· sup tulang 
· cendol 
· abc 
· pelbagai dessert 
· aiskrim potong 
· makanan ringan bergoreng 
· pelbagai jenis ulam dan sambal 
· makanan untuk kanak² 








Kak lily sampai tak tau nak makan yang mana satu tuh dulu kan sebab semuanya enak dan lazat. Nasib baik datang dengan Mr Big so seharusnya dia yang makan selebih-lebihnya kan. 

Mengapa korang wajib memilih untuk berbuka puasa di ''Atas Awan'' bersama NORANOM Event Catering.



Harga untuk buffet ramadan ‘𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐎𝐑𝐀𝐍𝐎𝐌 𝐂𝐀𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 & 𝐄𝐕𝐄𝐍T‘ adalah seperti berikut :

Pembelian Awal ( 18 Februari 2020 - 26 April 2020 ) : 
Dewasa : RM53.00
Kanak-kanak : RM29.00 (6-11 tahun)

Harga Biasa : 
Dewasa : RM63.00
Kanak-kanak : RM39.00

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 :
RM510 (1xmeja = 10pax) 


Untuk pertanyaan dan tempahan : 
Wani : +6017 6770237
Fatin : +6010 3624711
Salwan : +6011 11206562
Nabila : +6017 6722548

Jom kita ke:

Noranom Caterting and Event 
Dewan Agenda Suria Convention Centre 
@Galeri MUFORS 
Galeri Mufors Lebuhraya ELITE, 
47630 Subang Jaya, Selangor. 

Tarikh : 27 April 2020 - 21 Mei 2020 (4 - 28 ramadhan)
Masa : 6.30PM-9.30PM 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 




Saturday, February 22, 2020

Promosi Buffet Ramadan 2020 ‘Selera Kampung’ Di RHR Hotel UNITEN

Hi Korang, 

Ya ampun bermula episod entry buffet ramadan 2020 di blog picisan ahkak ko ni kan heehee 

Sekejapan je masa berlalu, dah setahun dah kan. So untuk pembuka tirai ni kak lily nak kongsikan pada korang tempat pertama yang kak lily dapat jemputan adalah dari RHR Hotel Uniten. 

RHR Hotel @ UNITEN yang terletak di kawasan strategik di antara Putrajaya, Kajang, Bangi dan Sepang menyediakan sajian enak sepanjang Ramadan Al Mubarak ini dengan lebih 200 pilihan makanan serta lebih 21 gerai istimewa. 

kak lily cuba Shell Out hah, sedapp

‘Selera Kampung‘ di RHR Hotel @ UNITEN kali ini menjanjikan sajian segar dan menepati citarasa dan keperluan para tetamu yang berbuka puasa, bertepatan dengan lokasinya yang bersebelahan Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di samping pemandangan tasik yang memukau suasana lebih santai dengan tiupan bayu tasik. 

Pastinya Jupiter Coffee House akan menjadi tumpuan sepanjang Ramadan ini, ia boleh menampung dari 500 hingga 700 tetatmu dalam satu masa. 

Terdapat 21 gerai istimewa ‘Action Stall’ bersama menu hot selling kegemaran ramai seperti :-






Nasi Chef Hezrani 
Nasi Ayam 
Nasi Bebek Tepi Tasik 
Shell Out 
Ikan Bakar 
Kambing Golek 
Sup Bro Aidil 
Roti John 
Satay Kajang 
Tauhu Bergedil 







Of courselah mesti kena ada menu lauk kampung jugak seperti ikan keli masak cili merah, ayam masak kurma, daging masak lemak, itik panggang, ayam golek dan ikan bakar yang di bakar panas-panas ermm sedap. 




Pembuka selera korang boleh menikmati pelbagai salad, aneka kerabu, keropok, jeruk, rojak buah, ulam-ulamam kampung, telur masin, ikan masin dan benda wajib ada bila makan nasi (budu, cencalok, kicap cili padi). 

Booth pencuci mulut 

Ais kacang dan Ais cendol 



Pencuci mulut : kuih tradisional, kek pastri, pelbagai bubur serawa durian dan buah-buahan tempatan 

Tak lupa gerai minuman bazar ramadan yang kecur mulut seperti sirap bandung, sirap selasih, air asam boi, teh ais cincau & tak lupa Nescafe tarik serta Teh Tarik panas 

Harga bagi “Selera Kampung” Buffet di RHR Hotel @ UNITEN ini dari 25 April hingga 21 Mei 2020 adalah 

RM75.00nett dewasa 

RM38.00 nett Kanak-kanak dan Warga emas (kanak-kanak 5 hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas) 

TAWARAN PEMBELIAN AWAL > RM 55 BERSIH bermula 1 Mac - 21 April 2020 

Tempahan boleh whatsapp terus > whatsapp.com/601163182088

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8922 2088 sambungan 8036/8013, atau email ke dahlia@rhrhotel.com 

Jom kita ke: 

RHR Hotel UNITEN Bangi 
Kampus Putrajaya Universiti Tenaga Nasioanl 
KM 7, Jalan Ikram-Uniten
43009 Kajang Selangor 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram :


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 



#buffetramadan2020
#rhrhoteluniten


Wednesday, June 12, 2019

Skybridge Level 41 Di Petronas Twin Towers

Hi Korang,


Setelah berehat rasanya hampir seminggu so haruslah ahkak ko ni menyambung membebel di blog kan, selain menyembat di IG story hehehehe 

Citer ni sebelum raya kisahnyer


2-3 hari sebelum raya, kitaorang berkesempatan untuk berbuka puasa Malaysian Petroleum Club di Petronas Twin Towers. Ermm ini namanyer rezeki di hujung Ramadan kan, memang cantik pemandangan dari atas ni. Memang keseluruhan kawasan KLCC ni, sampai ade tempat yang kak lily tak pernah pi pun boleh nampak ye hehehe

kak lily belasah makan oyster je sebab bulan puasa ni tak dapat nak makan sangat mende ni hah

Lepas buka puasa tuh, one of our friends tuh dah siap-siap tanye boleh ke kami ke area skybridge tuh?? Yelah kalau sesaje nak naik ke situ kena purchase pass kat bawah dan slot untuk naik tuh memang payan nak dapat coz mostly tourist yang dapat pass ni, kita as local ni nip ayah sket kena walk in untuk dapatkan pass sebab diaorang nak tengok mykad bagai. 

Yesza dapat masuk uolls!! 

Haruslah excited sebab dari petang sebelum buka puasa tadi kak lily dah aim nak masuk ke situ kan. 

By the way untuk orang yang gayat tak yah la ek, nanti kang bertambah gayat dibuatnye hahaha. 

Cantik memang cantik pemandangannya, lebih-lebih lagi bila di waktu malam


Dengan lampu-lampu bercahaya di sekeliling kawasan KLCC ni kan, kak lily just enjoy the view je. Tak delah nak beria sangat nak bergambar pun. Diorang-diorang ni ber OOTD bagai, pose sane pose sini. 

So lebih kurang 10 – 15 minit, ktorang kat sini dan ktorang jugaklah orang terakhir yang tinggalkan skybridge ni hehehehe. Haruslah happy sebab berpeluang ke sini dengan jalan yang mudah tanpa bersusah payah, itulah rezeki namanyer kan.

Meh layan video sengal ni ek



Kak lily tak plan pun nak buat video tapi sebab gambar tak banyak, so ahkak compile je IG story je hah senang. Layannnnn.....

Oh ye ni kak lily kongsikan sedikit info mengenai Skybridge dan Observation Deck di Petronas Twin Towers ni ek 

Operating Hours 

Visiting Days: Tuesdays to Sundays 
Visiting Hours: 9.00 am - 9.00 pm 

(CLOSED every Monday) 
(CLOSED on Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha) 
(CLOSED between 1.00 pm - 2.30 pm on Fridays) 

Last admission: 8.30pm 

TICKETS 

harga ni untuk pelancong ye, kalau warga tempatan lain harganya

For more information, please call +603 2331 8080 or email to skybridge@petronas.com.my. (daily, from 9.00 am to 5.30 pm) 

Note: Issuing of tickets will start from 8.30am (tickets are limited and issued on a first come, first served basis). Advance purchase is available. 

For the time being, 
PETRONAS Twin Towers Visit Operations does not offer online ticketing for MyKad and MyKid holders. To enjoy MyKad and MyKid ticket prices, you can present your MyKad/MyKid when purchasing the ticket at the Ticketing Counter, Concourse Level, PETRONAS Twin Towers. 

Korang boleh check it out kat sini ek : http://www.petronastwintowers.com.my/en/tickets

Ermm cam tuh je caranyer.. 

Ok selamat melawat ye korang, enjoy the view












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, May 22, 2019

Buka Puasa Di Luar

Hi Korang, 

Sepanjang 17 hari kita berpuasa ni, most of the time kak lily buka puasa di luar. 

Tak kiralah dekat kampung ke, hotel ke, restoran ke, umah adik-beradik ke kan tetap buka di luar. Seriously tahun ni memang terlampau banyak invite yang kak lily tak mampu nak tolak. 

Biasalah client ajak buka, kengkawan ajak buka, family ajak buka. Lepas tuh client bukan sorang dua ramai plak. Kengkawan plak banyak jenis so banyak open tablenyer 

Ermm apa-apa pun itu semua rezeki kan 

Seronoknya buka di luar ni salah satunya sebab kita dapat meet up new people dan dapat gain some knowledge and experience from them. Actually makan tuh tak delah banyak mana pun tapi sembang je lebih kan. Inilah masanya kita nak catch up dengan kengkawan kita, borak pasal past, present dan future life masing-masing 

Kalau korang perasan kat Instagram kak lily, korang akan nampak betapa ramai sekali ktorang makan sama, jadinya macam-macam citer pasti diborakkan hehehhehe seronok tuh. 

ni sebab nak abiskan voucher so kite pilah dengan bebudak ni hah

sebab lama tak jumpa so kita buka kat luar, panjang sembangnya sampai nak kene halau dengan orang-orang banquet hahahaha

sebab lama tak jumpa Aerian lebih 10 tahun so kita buka sesama, ajak bebudak ni hah

sebab ada event so kita pun buka sesama dengan bebudak media

sebab ada event, so kita buka kat luar dari kl sket heehe

Cuma yang kak lily nak tekankan kat sini, tak salah nak buka di mana-mana pun asalkan korang ada budget, sebabnya kak lily ada perasan ada orang complain kat twitter harga buffet Ramadan ni semakin ridiculous, sekepala sampai RM200, budak kecik RM80 sorang. 

Yesza itu memang betul pun. 

Tapi pokok pangkalnya budget, kalau ada rezeki lebih bulan Ramadan ni nak belanja family members kita so why not makan di hotel alah bukan setiap hari pun. Kekadang company memang ada budget untuk belanja staff or client kan, so haruslah hotel tempat yang di tuju. 

Memang ada restoran yang tawarkan buffet Ramadan pada harga macam RM30 or RM40 or RM60 even RM25 pun hado tapi pilihan makanan pun pada harga yang di tawarkan, kekadang kita pentingkan keselesaan. Ni kalau sampai nak lalu ke buffet line pun sempit penuh dek kerusi orang cam ne plak kan. 

So terpulanglah kepada korang ye yang tentukan. 

Kalau rasa tak de budget so kita masak je kat rumah senang, jimat tak pun ke bazaar Ramadan tapi bazaar pun sesetengah tempat harga makanan pun ala-ala yahudi jugakkan. 

Jangan complain, rezeki masing-masing. 

Kak lily lain case ye, kami memenuhi undangan client sajor hehehhe sebab tuh hari-hari memang makan luar huahauhauahuaa 


Ermm petang ni buka di mana ek??









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com