Showing posts with label buffet ramadhan dewan perdana felda 2015. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadhan dewan perdana felda 2015. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Buka Puasa Dengan Hidangan Dari Felda D’SAJI Di Dewan Perdana FELDA

Hi Korang,

Bila ada kesempatan balik ke KL ni, haruslah berjumpa dengan bebudak geng #BloggerKakiMakan, just some catch up dengan project-project terbaru BKM ni.


Ktorang sekali lagi dapat jemputan berbuka puasa bersama Felda D’Saji dan kali ni bertempat di Dewan Perdana Felda. Salah satu tempat kelolaan Felda D’Saji sendiri selain daripada Asmara Penchala, Felda Villa dan D’Saji KL Titiwangsa 


Buffet ramadan di Dewan Perdana Felda ni menghidangkan lebih 90 jenis masakan tradisional melayu yang bertemakan Warisan Nusantara, dari pembuka selera hingga ke pencuci mulut. Di antaranya pembuka selera yang berwarna warni, lauk-pauk masakan melayu yang lazat, pelbagai jenis mee seperti mee rebus, laksam, mee goreng, pemanis mulut tradisional dan moden dan yang penting sekali of courselah ada kambing golek yum yum..

Yang best tuh, Felda D’Saji ada menyediakan buffet berkonsepkan gerai-gerai kayu yang comel ala-ala gerai di kampung.






Gerai yang paling aku suka sekali adalah gerai kopi kampung ni sebab sambil minum kopi, kita boleh pilih biskut mana yang sedap di pairing sekali dengan kopi atau teh ni, tengok tin biskut ni dah tempting ini kan pulak bila dapat makan biskut sambil cicah kopi panas ermmm





Buffet Ramadhan Sedap di Dewan Perdana FELDA

Tak complete rasanya kalau aku tak letak gambar bebanyak kan,alah rasa nak tambahkan selera korang untuk datang ke sini lah.

Pembuka Selera 










Hidangan Utama - Aneka Lauk Pauk 

















Pemanis Mulut - Kuih Muih












Bukan ini sahaja, ada banyak lagi menu makanan yang di sajikan kan. Itu baru gambar je kan, kalau makanan depan mata ermm mesti tak keruan korang kan. 


Komen Cik Lily Putih

Overall makanan di sini memang enak-enak belaka, orang kata cukup garam cukup gulanya. Kepekatan kuah setiap makanan bersantan memang betul-betul di masak style orang dulu-dulu masak. 






Pekat kuahnya, likat santannya hehhehe ewah kemain pulak lagi ek. Aku dapat rasa sket-sket je makanan, la tak kan makan semua, mau meletup perut dibuatnya nanti. 

Untuk buffet ‘Warisan Nusantara’ ni, ianya bermula dari 22 Jun 2015 hingg 16 Julai 2015.

Harga buffet ramadhan 2015 di Dewan Perdana Felda ni adalah

RM79 nett untuk dewasa

RM42 nett untuk kanak-kanak


Ktorang team #BloggerKakiMakan dah cuba dah pun hidangan daripada Felda D’Saji ni, korang bila lagi ek. Jom lah ek


DEWAN PERDANA FELDA
No. 1, Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat,
Wilayah Persekutuan, 54000 Kuala Lumpur

Telefon : 03 26988302



Dont worry, tempat parking yang luas dan banyak sekali kat dewan perdana Felda. Of course, surau pun luas gak tau. Makan sekejap then solat dulu kemudian sambung makan balik sehingga sepuasnya kan

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.