Showing posts with label buffet ramadhan 2015. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadhan 2015. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Buka Puasa Di NANDO’S Bukit Indah, JB

Hi Korang,

Weekend lepas aku tak balik KL pun sebab Mr Big cakap tak perlah tak yah balik sebab next weeknya nak balik untuk raya pulak kan. Kira dapatlah jimat sket untuk raya nanti, kang tak cukup duit nak berjalan raya nanti hehehhe.



So nak buka dengan sapa plak ni kan?

jadilah dikongsi bersama kan

Haruslah aku ajak adik aku dengan kawan aku Mariana sekeluarga buka sekali. Ktorang pilih untuk berbuka puasa di Nandos, sebab aku ada dapat voucher hari tuh masa makan di Nandos Alamanda. So why not di kongsikan bersama dengan mereka yang tersayang kan, murah rezeki ktorang sekeluarga nanti. 

Memang cabaran betul bila berbuka di luar time hujung minggu, merata tempat penuh. 

Nasib baik Nandos ada kira macam service ‘Chup Meja’.


Hah aku pun tak tau gak, ktorang sampai awal hari tuh dan terus ke restoran Nandos ni. Abang manager tu bagitau diorang ada service ‘Chup Meja’ ni. Alah bagitau je nak order makan, then bayar terus. Lepas tuh, bolehlah pi shopping dulu sampai tunggu waktu berbuka kan. 






update dulu sementara nak tunggu wak tu buka, laju tu WiFi kan


Tengoklah ramainya orang berbuka puasa di Nandos ni, yelah makanan sihat, memang eloklah berbuka di sini bersama keluarga kan.


Of courselah kitaorang makan Ramadan Platter

2 x 1/4 Chicken with 2 sides

1 x Large PERI Chips

2 x Bottomless soft drinks

2 x Orange Bolo Cake

pada harga RM59.00 dan bila di tambah dengan GST jadi RM62.54





Bolo Orange Cake, macam Bika Ambon pun ada gak 

Ktorang order 2 set sebab 5 orang dan tambah mushroom soup untuk si budak kecik Marissa ni, melayan budak dapat puasa kan, tunaikanlah hajat sikecik tuh. 

Dengar je azan terus baca doa dan makan. 


semua sos amik, tamak kan



erm makan tak henggat kan

Bila time makan tu senyap betul cuma dengar bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan kan. Ktorang pun gituh gak, laju je adik aku menyuapkan makan. Siap bertukar-tukar sos lagi untuk di makan sekali dengan ayam grill. Sudahnya sedap pulak sos-sos Nandos ni di campur-campur kan. Pedas, masam semua ada sekali gak.

happy semuanya dapat makan kan

lepas ni ko banjer aku plak makan ek dik!

Ok ok korang yang kat JB ni kalau dah teringin nau lepas baca entry aku ni nak makan Nandos, mehlah ke 

Nando’s Restaurant
Lot G03, Ground Floor,
AEON Bukit Indah Shopping Centre,
No.8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, Johor Bahru

Tel : 07 - 234 6555

Kalau dah tak de seat nak berbuka kat restoran, why not korang takeaway je


Senang kan, tak yah nak pening-pening kepala. 

Apa lagi jom berbuka di Nandos ek..eh #BloggerKakiMakan pun korang dah buka puasa di Nandos ke belum ek....


Sunday, July 5, 2015

Buka Puasa Di Hotel Equatorial Melaka

Hi Korang,


Bagi korang yang hari ni tak tau nak pi berbuka kat mane especially korang yang ada kat Bandar Melaka tu. Meh sini aku nak kongsikan sedikit info mengenai tempat berbuka di Melaka ni


Di Hotel Equatorial Melaka ni, Executive Chef Mohamad Sharif ni bersama teamnya menyajikan pelbagai jenis hidangan berkonsepkan menu antarabangsa bersama hidangan timur yang tengah IN sekarang ni kan. Lebih 200 jenis hidangan dihidangkan secara buffet harian yang mampu membuat korang lebih berselera kan. 



Untuk pengalaman makan Timur Tengah, para tetamu boleh memulakan dengan pembuka selera seperti Sotong dengan Mango Salad. Hidangan cara klasik salad mangga dengan gabungan mangga kuning rangup dan julienne sotong yang diperap dengan sos ikan, jus lemon dan tradisional Nyonya sambal belacan yang menggoda selera anda.



Untuk hidangan utama pula, korang tidak harus melepaskan seperti Udang Dengan Buluh. Para tetamu boleh menikmati udang goreng diperap dengan goreng pucuk buluh yang seimbang indah dengan sambal Melayu tradisional semasa makan malam mereka.



Untuk tetamu yang mencari masakan Melayu asli tradisional, Ikan Pari Assam Manga Muda (tumis Stingray dengan Spicy Young Mangga Sauce), dengan ikan yang crunchy, tumis dengan kunyit segar dan asam jawa buatan sendiri yang sempurna.

Harga buffet ramadhan di Phoenix Ballroom ni adalah

RM88nett untuk dewasa

RM44nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Untuk tempahan, korang boleh hubungi +06 282 8333 ext: 3331 atau email to grace.leong@mel.equatorial.com

Jom kita ke:

Hotel Equatorial Melaka 
Bandar Hilir, 75000, Melaka, Malaysia
Tel : 06-282 8333

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Wednesday, June 17, 2015

Merasai Buffet Ramadhan di NANDO'S Alamanda Putrajaya

Hi Korang,

Dah dekat nak puasa ni, lagi banyak invitation untuk buffet ramadhan 2015 aku dapat. 


Rasa cam pening-pening jugak mana satu nak pi, yelah sekali dalam email satu hari sampai 3 tempat. Sakit jugak nak arrange jadual ek. 

Semestinya aku akan pergi dengan bebudak geng #BloggerKakiMakan. Cam biasa ada food blogger Hazman, blogger kaki masak Madi, blogger #projek2015 Shakiddo dan blogger unit trust explorasa jugak.

Sebab apa ke Nando's Alamanda pulak kan?






La bukan apa, sebab Nando's yang dulu terletak di tingkat atas di shopping mall Alamanda ni. Sekarang ni diorang dah pilih pulak di tingkat bawah bersebelahan dengan panggung wayang GSC tuh, kira sementara nak tunggu tengok wayang tu bolehla pi singgah makan kat sini. Lagipun restoran Nando's yang baru ni lebih cantik dan lebih luas so ramai boleh makan sekali dalam satu masa. 


Untuk bulan puasa ni, Nando's telah pun menyediakan 'Ramadan Platter' untuk 2 orang yang mengandungi

2 x 1/4 Chicken with 2 sides

1 x Large PERI Chips

2 x Bottomless soft drinks

2 x Orange Bolo Cake

pada harga RM59.00 dan bila di tambah dengan GST jadi RM62.54

Bagi aku not bad jugak tuh.




Ada ayam, ada 2 pilihan sides dish macam coleslaw ke french fries ke, vegie salad ke dan nasi jugaklah. Soft drinks boleh tambah berapa kali yang korang nak dan pencuci mulut orange bolo cake yang sedap di makan sejuk-sejuk.

Lepas tu kalau korang nak ADD-ON order untuk dessert pun ada pilihan seperti

Caramel Cheesecake 
(RM9.90 with GST RM10.49)

Lighten Up Chocolate Cake 
(RM9.90 with GST RM10.49)


Chocolate Mud Pie with Ice Cream 
(RM13.90 with GST RM14.73)

Haruslah ktorang berlapan makan dengan bersungguh-sungguhnya. Masa sebelum makanan sampai bukan main bising lagi, lepas makanan sampai ermm semuanya senyap tak terkata. Nak enjoy the food katanya kan. hehehehhe


Korang pun kalau dah teringin benau sampai terkeluar air liuq baca post aku ni, so cer-cepatlah ke restorang Nando's berdekatan dengan korang. Alah ada banyak outlet sebenarnya merata Malaysia ni. Just check it out di nandos.com.my untuk keterangan lanjut ek.

Dah-dah lap air liur tu ek.. menjejes dah tuhhh




Tuesday, June 16, 2015

Buffet Ramadhan 2015 Di CHAKRI PALACE, Suria KLCC

Hi Korang,


Citer bab makan memang laju je kan.

Sebab apa? seronok la dapat makan.


Kali ni aku nak tunjukkan korang gambar-gambar yang bakal membuatkan korang meleleh air liuq time puasa nanti, ishkk jahat bebenau kan aku ni.. Hilang pahala posa nanti la wei hehehehhehe

As usual, ktorang dapat invitation food review di Chakri Palace ni.


Last year, ktorang pi time bulan puasa but sekarang ni dapat invite sebelum puasa kan. Of courselah jangan lepaskan peluang. Sedap tu restoran authentic Thai kan.

Meh aku citer sket pasal restoran Thai ni ye

Chakri Palace Pavilion KL merupakan salah satu restoran yang bercirikan mewah dihias cantik dan menjadikan tetamu makan dengan sangat selesa. Bila masuk ke kedalam restoran ni, sememangnya korang akan rasa korang di Thailand. Dekorasinya sangat-sangat beridentitikan negara gajah putih tersebut.



Sudah meh tengok gegambar ni


















Lapo tak? haruslah lapoooooo kan

tengokla Mr Big 2 kali bertambah makan pulut mangga

geng #bloggerkakimakan tengah sedap makan kan

Untuk buffet Ramadhan 2015 ni, ianya bermula dari 20hb Jun 2015 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2015 di Chakri Palace ni adalah

RM 89.90++ untuk dewasa

RM 45.90++ untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan juga warga emas (60 tahun ke atas)


Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tempat ini bolehlah melayari www.chakri.com.my



Jom kita ke:-

IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

Outlet lain:

CHAKRI PALACE PAVILION
Level 4 Connrction, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my

CHAKRI EXPRESS
Lot G85, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre
Jalan Alamanda, Precint 1, 62000 Putrajaya
Tel : 03-8890 1616
Fax : 03-8890 1717

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.