Showing posts with label buffet ramadan shah alam. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadan shah alam. Show all posts

Tuesday, June 21, 2016

Buka Puasa Makan Dim Sum di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam

Hi Korang,

Ini citer ahad lepas.

Kan weekend lepas aku balik berbuka puasa dengan mak aku kat kampung kan so ahad tuh lepas masak siap-siap lauk ktorang terus gerak balik KL balik. Sebab dah agak dah lepas buka, toll simpang ampat kat Alor Gajah tu akan jem teruk sebab ramai balik KL lepas buka kan.


Sambil drive tu, otak ligat berfikir nak buka puasa petang tuh ek. Alah saje malas nak buka kat umah walaupun dah ada lauk nak makan. Tup-tup whatsapp bunyi, check-check bebudak berdua ni Nannie dengan Ayu ajak berbuka sekali sebab ada barang nak bagi daripada PR. 

Cakap dengan Mr Big so terus je confirm pi makan kat area Shah Alam. Maknanya dari umah mak aku terus je ke Shah Alam tak singgah umah pun, so sampai sana awal ktorang lepak kat Plaza Shah Alam pi survey baju raya. Dalam masa 1 jam aku boleh beli sehelai jubah, Mr Big sempat pi beli kasut jalan jugak hehehehe

Rupanya diorang ajak pi makan dimsum kat GrandBlue Wave Hotel.


Ermm ok sangatlah sebab dah biasa pi makan kat situ. Sesampai je bebudak ni dah order apa yang patut, ktorang berdua just datang makan dan bayo hahahha . Aku malas nak pilih-pilih ni semua, so makan jelah. 

Di sebabkan ‘All you can eat’ buffet dan ktorang seramai 14 orang so semuanya bantai order 2 sets kan. Hah makan sampai muntah memasing hahahaha… Sampai je mangkuk dimsum tuh makan, sampai lagi then makan lagi. Berhenti solat then sambung makan lagi hahahaha


Tapi bestlah sambil makan sambil borak-borak citer-citer hah family memang seronoklah.

Anak-anak pun happy sebab dapat makan then dapat main lelari bagai hahahaha

Harga yang ktorang makan ni sorang RM68nett dan mintak je apa saja sampai korang kenyang je. Tapi jangan lupa once dah order memang kena abiskan so sebelum order tuh fikir dulu cukup ke tak kan.

HALAL ke Dim Sum ? 

Of courselah HALAL sebab di Hotel Grand Bluewave semua makanannya adalah HALAL.

Ini hah alamatnya:-

Restoran Tung Yuen,
Hotel Grand Bluewave 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40000 – Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Phone: 03- 5511 8811 ext.2616


Tenkiu korang sebab arrange buka puasa adhoc ni, so lepas ni tak yah nak plan-plan sangat. Call je then terus set meet up kan hehehhehe....

Monday, June 20, 2016

Buka Puasa Di INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE, Shah Alam

Hi Korang,

Last week sempat pi berbuka puasa di Intekma Resort Shah Alam.


Actually memang tak plan pun, kebetulan ktorang ada #bloggerkakimakan meet up so terus je buat booking kat sini ek. Alah sekali sekala tuko angin makan di Shah Alam apa salahnya kan.

Ini kira 2nd time aku ke marilah, before this ada lunch review so yang ini buffet ramadan pulak ek. 

Rupanya diorang tak buat kat coffee house pun, diorang buat kat convention centre dan tepi swimming pool. Ya ampun best sungguhlah kan. 


Untuk convention centre tu mostly untuk corporate diners yang bertemakan ala Moroccan bagi para pengunjung merasai suasana yang unik dan baru. Buffet ramadan yang kat swimming pool tu open for public. 




















Untuk menu makanan pulak, Buffet Ramadhan di Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) ni menyediakan lebih dari 6 gerai makanan yang terdiri daripada aneka jenis makanan seperti Sup tulang Berempah, Kari kepala Ikan, Perut Gulai, Ayam Panggang, Sotong Berempah dan pelbagai lagi menu yang lazat dan sedap sedap belaka. 







Menu Berbuka Puasa Di Intekma Resort & Convention Centre (IRCC)

Gerai 1
Bubur Lambok Daging, Bubur Lambok Ayam
Mee Kari
Sup Kambing Berempah
Sup Perut

Gerai 2
Mutabak Ayam & Daging Dalcha, Kari Ayam

Gerai 3
Kambing Bakar

Gerai 4
ABC, Ais krim

Gerai 5
Rojak Mamak
Sotong kangkung

Gerai 6
Roti John




Harga Buffet Ramadhan Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) 2016

Berbuka Puasa :
RM55 nett dewasa
RM27 nett kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun)

Pakej keluarga : RM149.00 nett (2 dewasa + 2 kanak-kanak)

Alamat :

INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor

Tel:
+603 5522 5009/5001/5222/5066

Email:

Website:

Facebook:

Instagram :


Tenkiu Raihan for this, ktorang memang suka sangatlah sebab dapat makan menu-menu yang enak belaka especially mee goreng dan char kuay teow panas tuh ek...