Showing posts with label buffet hi tea. Show all posts
Showing posts with label buffet hi tea. Show all posts

Friday, August 2, 2019

Promosi MAKANAN BULAN MERDEKA (OGOS) Di GRAND BLUEWAVE HOTEL Shah Alam

Hi Korang,

Olla dari GrandBlue Wave Hotel Shah Alam...



Sempena sambutan Tahun Kemerdekaan yang ke 62 tahun, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) akan menawarkan Promosi Makanan Bulan Merdeka (Ogos) untuk sepanjang bulan Ogos iaitu promosi Hi Tea Bulan Merdeka RM62.00+, promosi Vibrant Rainbow Cake 1 KG RM62.00+ dan Set Merdeka untuk 2 orang RM62.00+. 

Tumpuan bagi promosi bulan Merdeka ialah Hi Tea Bulan Merdeka dengan harga RM62.00+. Promosi ini boleh didapati setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ogos bermula dari 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang dengan pilihan menu berbeza pada Sabtu dan Ahad. 


Pembuka selera yang ditawarkan kepada pengunjung ialah pelbagai jenis sayur dan salad seperti Vegetable Crudités with Green Pea Dip, Sliced Smoked Salmon Platter, Cold Steamed Chicken with Marinated Cucumber Thai Style, Turkey Ham Vegetable Salad with Corn Chips, Quinoa Salad with Cherry Tomato dan banyak lagi






Semasa Hi Tea Bulan Merdeka ini juga, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan masakan Melayu, India, Cina dan Barat yang disediakan oleh chef berpengalaman kami. Penggemar masakan Melayu dan Indian bolehlah mencuba hidangan seperti Kambing dengan Cili Merah, Nasi Kukus Jasmin, Kari Kambing Hijau dengan Terung, Roti Naan, Kari Ayam Madrashah dengan Santan dan Kari Sayur Dhal dengan Kerepek Rangup. Selain itu, pengunjung turut dapat menikmati masakan Cina seperti Nasi Goreng Cina, Sotong Cili Kering, Ikan Masam Manis dengan Nanas, Sotong Goreng bersama Sos Masam Manis dan Seasonal Green Vegetable with Herbs

Manakala mereka yang menggemari masakan Barat, pengunjung boleh mencuba Roasted Chicken with Black Pepper Sauce, Sautéed Garden Vegetables in Light Herb Butter, Foot Long Sausage, Roast Pumpkin, Rolled Beef Sliced Filled with Force Meat Roasted in Creamy Mushroom Sauce, Chicken Schnitzel with Lime and Tatar Sauce dan Lemon Crumb Fish Fillet with Sticky Tomato Dip. 





Buffet ni turut mempunyai gerai show kitchen yang menawarkan Satay Ayam, kuih Malaysia seperti Pisang Goreng, Cucur Udang, Cucur Ikan Bilis dan Keropok Lekor. Antara lain yang boleh dinikmati di gerai ini ialah pizza, burger dan sosej. Selain itu, di ‘live stalls’, pengunjung boleh memilih untu mencuba masakan seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak Pandan, 5 jenis Mee, Pasta, serta hidangan Jepun seperti pelbagai jenis tempura dan sushi. Tetamu turut disarankan untuk mencuba ABC kami di live stall kami. 

Selain itu, sesi hi tea tidak akan lengkap tanpa pelbagai pencuci mulut dan pastri. Semestinya, semasa Hi Tea Bulan Merdeka ini, pengunjung dapat merasai pelbagai pilihan pencuci mulut dan pastry seperti Danish pastries, donut, kek seperti American Baked Cheese Cake, Chocolate Devil Cake, Mousse Cake, Praline Cheese Cake, Tiramisu, puding, Waffle serta penkek. Antara lain yang boleh didapati adalah bahagian salad dan buah-buahan. 


Untuk menambah lagi kemeriahan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun, GBWHSA turut menawarkan promosi kek Vibrant Rainbow 1 KG dengan harga RM62.00+ terhad kepada 20 kek setiap hari dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2019. Bagi mendapatkan promosi kek ini, pelanggan haruslah membuat tempahan kek dan pembayaran 3 hari sebelum tarikh mengambil kek melalui pegawai telepemasaran kami. 


Antara promosi ‘mesti cuba’ kami bagi bulan Merdeka ini ialah Set Merdeka untuk 2 orang. Set ini termasuklah Ikan Siakap Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Kailan Ikan Masin and Nasi Putih yang amat sesuai untuk dinikmati ketika waktu makan tengahari. Harga bagi promosi ini ialah RM62.00+ untuk 2 orang. 

Untuk pengetahuan, kesemua promosi ini berlangsung dari 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2019 dan promosi-promosi ini hanya sah bagi pelanggan yang membuat tempahan melalui pegawai telepemasaran kami. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran kami melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST. 


Jom kita ke 

Restoran Royal Songket 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 





Monday, August 21, 2017

Malaysia Day Hi Tea Di Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Dah ada plan ke masa Hari Malaysia 16hb September 2017 nanti ek.

Kalau tak kemana boleh ke Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kerana ada promosi baik punya sempena hari tersebut. 

“Malaysia is a country unlike any other: Full of promise and fragility. Its history, cultural and religious diversity make it a rich, compelling and surprising land” 

Haruslah promosi makan-makan lah..

Restoran Royale Songket Restaurant akan mengadakan promosi Hari Malaysia Hi-Tea bermula dari RM68.00 bagi orang dewasa, RM55.00 untuk warga emas dan RM35.00 untuk kanak-kanak. Hanya pada 16 September 2017, korang boleh menjamu selera kesemua juadah bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.




Di antara pembuka selera yang bakal menjadi hidangan seperti sandwich mini, open sandwich, pilihan keju bersama keropok, Cold Chinese Salad of the Day, Sotong Kangkung Padang Kota dan pembuka selera lain. Manakala mereka yang lebih suka pembuka selera yang panas, korang boleh mencuba hidangan sup cendawan dan Sup ekor Assam Pedas dan Assorted Rolls and Butter.









Bagi promosi ini juga, Restoran Songket Royale menawarkan hidangan panas yang menarik seperti Laksa Johor, Itik Salai dengan masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin dengan Tempoyak, Burasak dan banyak lagi. Pihak hotel juga menawarkan Live Show Kitchen yang menunjukkan Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper with Peanut Sauce dan Otak-otak Kempas di masak panas-panas. 


Di samping itu, kelab kanak-kanak juga disediakan untuk kanak-kanak yang kami sediakan makanan seperti Fish Finger with Tartare Sauce, Golden Chicken Nugget, and many more. Lastly, for the dessert, we have Assorted French Pastries, Assorted Fresh Fruit Platter, ABC Stall with Condiments dan banyak lagi

Info mengenai Hi Tea Buffet di Hari Malaysia


Harga : 

RM 68.00+ (Adult)

RM 55.00+ (Senior Citizen) 60 years above

RM 35.00+ (Children) 4 – 11 years old

Hari : 16th September 2017 (Saturday)

Masa : 12.00 noon – 4.00 pm

Lokasi : Royale Songket Restaurant, Ground Floor

Mari jadikan Hari Malaysia ini sebagai satu kenangan korang yang berharga yelah menghabiskan masa bersama yang tersayang kan. Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi di Restoran Songket Royale 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.

Jom kita ke

Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-5511 8811




Jom pi makan la ek...





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com