Showing posts with label buffet dinner in Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label buffet dinner in Putrajaya. Show all posts

Monday, April 16, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Destinasi Rasa di Le Meridien Putrajaya

Hi Korang, 


Ini kira kali pertama kak lily ke buffet ramadan di Le Meridien Putrajaya ni. 


Selalunya parking je kat hotel ni sebab ianya bersambung dengan iOi City Mall Shopping Mall Putrajaya ni. Cantik hotel ni, simple yet stylish. 

Dengan bertemakan Destinasi Rasa, pengunjung akan di hidangkan dengan pilihan hidangan 'buka puasa' ala mewah dari Le Meridien Putrajaya. Kali ini, lebih daripada 100 jenis kepakaran memasak dari negeri-negeri di Malaysia dan juga para tetamu akan di jamu mata untuk melihat pemandangan Le Meridien dari seluruh dunia. 


Para chef telah menggabungkan kepakaran mereka untuk mewujudkan penyebaran yang disiram dengan hidangan tandatangan khusus, termasuklah ayam percik ala kelantan, Udang Masak lemak cili padi belimbing buluh, dan gulai-gulai serta kambing panggang dengan nasi kebuli. 














Mulailah buka puasa korang dengan 'Som Tam' (salad betik) yang sihat dari Le Meridien Bangkok sebelum beralih ke hidangan dari Le Meridien Jaipur - 'Keema Bati' dan Ayam Tandoori yang lezat dari Le Meridien Gurgaon. Untuk merasai sesuatu Oriental, nikmati 'Gulangyu Fish Ball Soup' dari Le Meridien Xiamen, 'Oyster Omelettes' dari Le Meridian Taipei dan 'Dim Sum dan Chicken Bao · dari Le Meridien Cyberport Hong Kong. Ramai pengunjung dari Le Meridien Singapura, 'Chili Crabs' juga dipaparkan dalam menu yang luas. 

Jom kak lily kongsikan korang beberapa jenis menu hidangan bagi buffet Ramadhan kali ni ye.. 






Ermm sangat-sangat membuka selera ek hehehhehehe


Sebagai tambahan kepada menu 'buka puasa' istimewa, pelbagai menu harian yang istimewa juga akan disediakan di setiap lima dapur secara 'live'. Jika korang seorang peminat masakan Jepun, gulungan sushi, salmon dan tuna dalam bentuk salai dan sashimi disediakan. Daging panggang segar dan panggang, dengan ‘signature’ sos, juga disediakan setiap hari untuk dinikmati oleh semua tetamu. 

Untuk buffet ‘Destinasi Rasa’ ni, ianya bermula dari 17hb Mei 2018 – 14hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 

EARLY BIRD : RM120nett dewasa dan RM60nett (kanak-kanak 5-12 tahun) pembelian voucher dari 1hb April sekarang hingga 16hb Mei 2018 

Harga Walk In : RM168nett (dewasa) dan RM84nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Le Meridien Putrajaya boleh hubungi di talian 03-8689 888/6847/6868, email ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com 

Jom kita ke :- 

Le Meridien Putrajaya Hotel 
Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 
Sepang, 62502 Putrajaya 


Laman Web: 

Facebook: 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 


Tuesday, July 19, 2016

BBQ Dinner Setiap Malam Jumaat di JW Marriot Putrajaya

Hi Korang, 

Last week aku dapat jemputan ke majlis BBQ di Tuscany Italian Restaurant di JW Marriot Putrajaya. Ingatkan ada ade event apa lah kan rupanya ada makan-makan BBQ je. Wow makan siapa yang tak suka kan, so teman yang diheret tak lain dan tak bukan blogger sumijelly sebab dia je yang dekat dengan umah aku dan tengah free time tuh.


Rupanya ada promosi buffet BBQ night di Tuscany Italian Restaurant, Cuma setiap hari jumaat malam je tau.






Cantik jugak restoran Itali ni ek, simple cozy dan rasa selesa nak makan. Korang boleh pilih nak makan kat dalam ke kat luar ek. Memana pun boleh ye… 

Ermm buffet BBQ mesti korang tak berapa nak faham cam ne konsep buffet ni ek.







Memang betul kita boleh pilih je apa jua nak makan tapi in raw, so once kita dah pilih nak makan apa, kita bawak bahan mentah macam daging ke ayam ke sotong ke tempat BBQ nanti ada chef yang akan masakkan untuk korang.




Bukan setakat main course je ada chef masakkan even kalau korang nak makan spagethi or pasta pun ada jugak chef yang akan masakkan untuk korang on the spot. Pilih-pilih then chef masak, then makan sajor hehehehe 

Selain dari main course dan side dish, soup, pizza, salad even dessert pun ada jugak tau.













Sedapkan...

Ni dessert plak ek,









Ermm tergugat iman tak pada mereka yang nak kurus tuh ek hehehehhe

ok layan nyanyi-nyanyi dulu ek...

Kira sementara nak tunggu main course siap di grill bolehlah pekena appetizer yang simple-simple lagi berkhasiat ni kan.








Sebab apa hanya setiap jumaat malam je ek? 

Sebab hari jumaat kan penghabisan hari kita bekerja so seronoklah nak makan tanpa rushing nak balik gosok baju anaklah, teman anak buat keje sekolahlah, nak masak bagai kan. Just chillax makan-makan sekeluarga sambil borak-borak seronok apeee..


Harga Buffet BBQ Dinner ini adalah 

RM110nett untuk dewasa 

RM67nett untuk kanak-kanak 

Harga termasuklah 

• Includes a glass of House Wine or Mocktail 

• Additional Wine/Mocktail Carafes going for RM40nett per carafe (serves up to 4) 

Ok untuk korang yang teringin nak makan daging ala-ala BBQ grill ni boleh datang cuba ke Tuscany Italian Restaurant di JW Marriot ni ek

Putrajaya Marriott Hotel
IOI Resort City
Sepang Utara, 
62502 Malaysia

Phone: +60 3 89498888
Fax: +60 3 89498999
Sales: +60 3 89498888 ext. 1366

Nak ingatkan hanya setiap hari jumaat malam je tau, hari lain tak de. So buat booking siap-siap dulu ek. 

Alah sekali sekala makan daging banyak apa salahnya