Hi Korang,
Hari tuh sebelum Raya Cina, dapatlah kak lily cuti sehari awal. Itu pun sebab ganti hari sabtu yang cuti tuh kan.
Ingatkan dapatlah berehat-rehat bangun lambat ermm idok lah ye.
Bebudak ni panggil mesyuarat tergempar pulak. Ishkk cuti-cuti pun nak ajak meeting.
Atas rekemen bebudak ni so melepaklah kami di O'Briens Cafe, The Curve ni. Akak lily pun senang gak nak pi, park si Evo tu kat MRT Kajang then naik je train ke Mutiara Damansara. Sempatlah lelap mata kan huahauhauhau
Best plak lepak kat O'Briens ni ek
Breakfastnya ohsem.
Korang pi je nak set breakfast yang mana jadi pilihan korang then order then bayar, kemudian diorang hantar je kat meja korang
Mudah kan.
Kak lily hari tuh, siap bertambah-tambah minum kopi, sedap wei kopinya. Daripada cawan saiz kecik terus ke cawan besar.
Borak punye borak sampai tengahari kat situ, seronok wei selain daripada kopinya sedap, wifinya laju ya ampun.
Sekali sekala lepak-lepak ala orang kaya kan hauhauhauhau