Showing posts with label boutique hotel. Show all posts
Showing posts with label boutique hotel. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Bliss Boutique Hotel Johor Bahru, 2 Malam Di Sini

Hi Korang,


Teringin benau nak citer tapi apakan daya kesuntukan masa yang mencemburui kita kan.. arghhh poyo ek ayat.

Kat anniversary ktorang bulan lepas so tak de apa plan pun nak travel oversea, musim cuti sekolah kan semuanya mahal jadi kita jejalan dalam Malaysia sudehh..


3 hari sebelum travel baru terhegeh-hegeh nak booking thru agoda.com, itu pun browse 5-6 kali baru pick hotel. Ktorang nak duduk tengah-tengah JB town dan aku rasa Bliss Boutique Hotel ni memang perfect place. Maklumlah tempat ni dulu jalan aku nak pi sekolah rendah kat Taman Pelangi tu so kira friendly area, sebelah Plaza Pelangi, sebaris kedai mamak, ada kedai runcit lagi memang senang.


Masuk-masuk kat lobby area hotel ni memang cantik betul rasa esklusif sangat, walaupun 3 stars tapi dah macam 4-5 stars gituh. Sementara nak tunggu check-in ada welcome drink lagi, minum je seberapa banyak korang mampu.


Ada banyak sofa-sofa untuk melepak dan jugak tempat IT untuk kegunaan guest. Masa aku sampai tuh, ada budak siap main game lagi dua beradik kan..





Ini dia bilik ktorang Myterious Turquise iaitu designer boutique room, semalam RM209++ kot semua Mr Big yang buat booking. Bagi dia yang penting keselesaan, yelah balik berjalan masuk bilik sejuk je so sedaplah berehat. Itu laki aku, yang penting selesa. Mahal sket tak per sebab sekali sekala je pun bukan setiap hari



Bilik aku warna turquoise themenya, ada cermin beso kat pintu bilik air. Ada ruangan tengok tv yang mengadap jalan besar. So sambil tengok tv sambil tengok view kat luar.

Bagi aku oklah bilik sebab ktorang bukan everytime ada kat bilik pun, most of the time berjalan je keluar. Facilities macam fridge, coffee, tea, mineral water semua ada kecuali cupboard tapi diorang sediakan tempat penyangkut yang unik dan comey. WiFi?? Hebat laju berdesup tengok youtube ek hehehe




Walaupun hotel ni nampak kecik je tapi ada include breakfast sekali tau, tapi simple jelah menunya. Alah sekali nasi lemak, kuih muih, kopi, teh tu ok lah kan janji kenyang sebelum keluar berjalan.


Security hotel ni sangat bagus, once kita nak masuk ke area bilik memang kena guna access card bilik kat kawasan lobby dan juga bilik, lepas tu untuk parking plak don’t worry walapun rumah kedai tapi ada security yang akan bantu korang parking. Diorang dah allocate parking untuk guest hotel ni. Korang balik malam ke subuh ke insyallah still ada parking jugak. 

Ni tempatnya 

Bliss Boutique Hotel
50, Jalan Jaya, 
Taman Maju Jaya, 
80400 Johor Bahru, Johor

Tel : 07-332 7188


Korang pun boleh cuba gak lah, ni dah nak dekat cuti CNY kan better baik korang booking cepat.